Monday, December 26, 2016

The Travel Project : Turki (Day 2) Part I - Istanbul

Sebelum keluar kitorang check out siap-siap memandangkan hari ini kami akan bertolak ke Gorome pada sebelah malam. Untuk hari ke dua sepatutnya kami ke Dolmabahçe Palace. Tapi tak pasti ada event apa kat perkarangan Dolmabahçe Palace. Ramai orang berkumpul dan pelawat tak di benarkan masuk. Jadi untuk mengelakan stuck lama dekat situ kami pun terus ke Rumelihisarı.

masih tak boleh move on the tulip kat sini 

Bhosphorus Cruise. Kalau tak silap harga tiket dalam 30TL 

Dolmabahçe Camii 


 Rumelihisarı ataupun Boğazkesen Castle merupakan kubu yang di bina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Uniknya kubu ini diinspirasi daripada parit yang digali oleh Rasulullah sewaktu Perang Khandak. Ukuran kedalaman dan kelebarnya juga hampir menyamai ukuran parit tersebut.

Untuk sampai ke sini kami menaiki bas 25E dari Kabataş. Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan indah Rumelihisarı dari Selat Bhosphorus dengan menaiki cruise. Tiket cruise juga boleh di beli di Kabataş.


Salah satu landmark yang ada dekat dengan perhentian bas untuk ke Rumelihisarı 

Selat Bosphorus


Berlatar belakangkan Selat Bosphorus dan juga Fatih Sultan Mehmet Bridge yang juga di kenali Second Bosphorus Bridge. Sewaktu diawal pembinaanya Jambatan ini merupakan jambatan tergantung ke lima terpanjang di dunia.

Restaurant Rumeli Balıkçısı kalau di translate Rumeli Fisherman :)

Bayaran sebanyak 10TL dikenakan untuk masuk ke dalam. Tripod tak dibenarkan untuk dibawa masuk, jadi saya tinggalkan sahaja dikaunter tiket.


Rumelihisarı ni besar jugak sebenarnya, naik turun bukit semput dibuatnya. Ada juga sesetengah kawasan yang ditutup untuk project konservasi.


Kami spend lebih kurang sejam lebih dekat sini. Record video bagai, tak tahulah bila pulak nak compile semua video-video tu haha. Next kami ke Emirgan Park, InsyaAllah saya sambung dalam Part 2 pulak

No comments: