Bila teringat balik macam mana boleh terplan nak travel ke sini sebenarnya dari masa kat Korea lagi. Back in 2012, tengah jalan-jalan hirup udara malam dekat Jeju tiba-tiba saya dan Dayana (yang sepatutnya jadi travel mate saya ke Turki) tanya kita nak pergi mana taun depan? Saya terpikir lama, bersusun list yang ada dalam kepala.
Kita pergi Turki la nak? sambung Dayana,
dan saya pun dengan mata bersinar jawab JOM!
Bermula dari situ saya start planning, cari segala resource, tiket murah dan sebagainya. Kira hampir dua tahun jugaklah saya plan semua ni. Dayana pun dah selamat kawin dan beranak. Nak follow trip ni memang tak lah! End up masa tu nekad sangat kalau tiada siapa-siapa memang last skali saya berdua dengan Nabilah sahaja lah.
Tapi aturan Tuhan tu kadang-kadang datang tepat je pada masa dia.
Tiba-tiba bos assign project lain.
Tiba-tiba je jadi rapat dengan Kak Huzai (yang sekarang ni dah jadi travel buddy forever).
Tetiba je dia tanya macam-macam pasal Turki dan saya pun jujur lah bagitahu saya memang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat ni, just in case kalau nak join sekali.
Dan lepas tu tiba-tiba je kawan lama masa kat UMP dulu mesej pasal buku Ahmad Ammar, kisah pelajar Malaysia yang kemalangan dan meninggal di Turki. Dia pesan kalau ada plan nak ke sana, dia nak ikut.
Maka akhirnya berangkatlah kami berempat ke Turki.
Azi, Kak Huzai, saya dan Nabila semasa di Gülhane Park, Istanbul
Peta kat bawah ni secara kasarnya perjalanan kami sepanjang di Turki: Istanbul - Nevşehir - Antalya - Pamukkale - Selçuk - Izmir - Bursa - Istanbul
InsyaAllah nanti saya cerita lagi details dalam entry yang akan datang ;)
No comments:
Post a Comment