Monday, December 26, 2016

The Travel Project : Turki (Day 2) Part I - Istanbul

Sebelum keluar kitorang check out siap-siap memandangkan hari ini kami akan bertolak ke Gorome pada sebelah malam. Untuk hari ke dua sepatutnya kami ke Dolmabahçe Palace. Tapi tak pasti ada event apa kat perkarangan Dolmabahçe Palace. Ramai orang berkumpul dan pelawat tak di benarkan masuk. Jadi untuk mengelakan stuck lama dekat situ kami pun terus ke Rumelihisarı.

masih tak boleh move on the tulip kat sini 

Bhosphorus Cruise. Kalau tak silap harga tiket dalam 30TL 

Dolmabahçe Camii 


 Rumelihisarı ataupun Boğazkesen Castle merupakan kubu yang di bina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Uniknya kubu ini diinspirasi daripada parit yang digali oleh Rasulullah sewaktu Perang Khandak. Ukuran kedalaman dan kelebarnya juga hampir menyamai ukuran parit tersebut.

Untuk sampai ke sini kami menaiki bas 25E dari Kabataş. Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan indah Rumelihisarı dari Selat Bhosphorus dengan menaiki cruise. Tiket cruise juga boleh di beli di Kabataş.


Salah satu landmark yang ada dekat dengan perhentian bas untuk ke Rumelihisarı 

Selat Bosphorus


Berlatar belakangkan Selat Bosphorus dan juga Fatih Sultan Mehmet Bridge yang juga di kenali Second Bosphorus Bridge. Sewaktu diawal pembinaanya Jambatan ini merupakan jambatan tergantung ke lima terpanjang di dunia.

Restaurant Rumeli Balıkçısı kalau di translate Rumeli Fisherman :)

Bayaran sebanyak 10TL dikenakan untuk masuk ke dalam. Tripod tak dibenarkan untuk dibawa masuk, jadi saya tinggalkan sahaja dikaunter tiket.


Rumelihisarı ni besar jugak sebenarnya, naik turun bukit semput dibuatnya. Ada juga sesetengah kawasan yang ditutup untuk project konservasi.


Kami spend lebih kurang sejam lebih dekat sini. Record video bagai, tak tahulah bila pulak nak compile semua video-video tu haha. Next kami ke Emirgan Park, InsyaAllah saya sambung dalam Part 2 pulak

Friday, December 23, 2016

The Travel Project : Turki (Day 1) - Istanbul

Untuk flight ke Turki, kami menggunakan Etihad Airway yang kebetulan tengah buat promo masa tu dapatlah harga dalam RM 1,800. Standard harga KL - Istanbul dalam RM 2, 000 ke atas. Tapi kalau rajin survey dekat Skyscanner, insyaAllah boleh dapat harga yang jauh lebih murah. Paling murah pernah saya survey RM 1, 260 for round trip menggunakan Turkish Airlines.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam dan kami transit di Abu Dhabi. Kami bertolak dari Malaysia sekitar 3:25 pagi (waktu Malaysia) tiba di Istanbul lebih kurang pukul 1 tengah hari. Sekadar info juga, waktu Turki lewat 5 jam daripada Malaysia.

Dari Istanbul Atatürk Airport kami menggunakan Metro untuk Zeytinburnu dan dari Zeytinburnu kami menggunakan tram untuk ke Gülhane iaitu stesen yang paling hampir dengan hostel kami.

Dekat stesen Metro ni jugak anda boleh membeli Istanbul Kart untuk kegunaan sepanjang di Istanbul. Harganya dalam 10 Turki Lira (TL) yang dimana di dalam kad tersebut mempunyai baki sejumlah 3TL. Sebenarnya kalau anda nak jimat, amat disyorkan agak berkongsi kad sahaja memandangkan kad tersebut valid for multiple person. Tapi kalau mahukan kenangan seperti kami, beli lah seorang satu ;)

Di stesen Zeytinburnu mahu menuju ke Gülhane


Saat kami tiba di Istanbul ni, orang baru sahaja selesai solat jumaat. Memang bersesak-sesaklah di dalam tram. Tabahkan ajelah.

Sepanjang berada di Istanbul, kami menginap di Istanbul Harmony Hostel. Kalau nak di ikutkan hostel ni dekat sangat dengan tram station. Keluar Tram, ke kiri dan jalan terus. Memang hostel tu exactly depan laluan tram.Memandangkan masing-masing pun tak berapa nak pandai baca peta maka sesat larat lah kami dalam mencari jalan ke hostel tersebut.

Rasa-rasanya adalah nak dekat 5 orang Turki yang kami tanya, semua nya ke laut. Bawa masuk celah lorong entah mana-mana, lepas tu tiba-tiba sampai restoran tempat dia kerja sebenarnya (Nak suruh kami singgah pekena kopi secawan lettew).

Kak Huzai dah geleng-geleng kepala tengok saya ikut mamat Turki tu bukan main laju. Akhirnya berjaya jugak jumpa biarpun mereka tak membantu sangat sebenarnya. Jadi pengajaran ya gais, jangan suka-suka hati ikut orang tempatan kalau di Istanbul. Tempat lain still acceptable (haha)

Istanbul Harmony Hostel

Selesai check in, receptionist pun tunjuk lah dorm kami. Nak dijadikan cerita hostel ni tengah buat renovation sikit, tukar tingkap bagai. Jadi hajat hati nak melepaskan lelah tak kesampaian, kami siap-siap solat terus keluar melihat-lihat sekitar kawasan Sultanahmet.

Tingkap tu tenganga belum pasang lagi 


Jadi destinasi pertama kami adalah Gülhane Park, sekitar 5 minit berjalan dari hostel. Yang bestnya kalau datang bulan April dan May banyak bunga Tulip sekitar Istanbul. Memang every year akan ada Tulip festival dekat sini.

Arca Mustafa Kamal Atartuk

Cat Woman in Istanbul?

Daripada Gülhane Park ikut jalan belakang boleh tembus ke Hagia Sophia

Daripada Gülhane Park kami berjalan-jalan terus ke Blue Mosque dan Hagia Sophia. Sepanjang lorong ni banyak kedai-kedai poskad dan barangan cenderahati. Harga oun quite reasonable jugak.




Blue Mosque terletak bertentangan dengan Hagia Sophia. Rasa speechless kejab bila tengok depan mata.





Sebelum pulang ke hostel kami singgah makan terlebih dahulu. Perihal makanan jangan risau, insyaAllah tersangatlah mudah cuma sesuai atau tidak je dengan tekak Malaysia. 

Balik tu kami terus book tiket bas untuk ke Goreme. Harga tiket 75TL sekali dengan transit daripada Sultanahamet ke Harem Terminal Istanbul. Staff dekat situ ajak kami bersosial dekat ruang makan tingkat atas hostel, ada makan malam di sediakan(bukan percuma ya). Biarpun dah kenyang kami pun layankan ajelah beramah-mesra dengan traveler lain yang menginap dekat situ jugak. Habis satu cup teh kami pun turun besiap-siap untuk esok.

Ringkasan perjalanan hari pertama:
Malaysia - Abu Dhabi - Istanbul - Gülhane Park - Blue Mosque - Hagia Sophia

Accomodation:
Istanbul Harmony Hostel

Total Expense: 154 TL
Istanbul Kart: 30 TL
Hostel: 35 TL
Dinner: 14 TL
Overnight Bus to Goreme: 75 TL

End of day 1
InsyaAllah sambung lagi nanti.

Tuesday, December 20, 2016

The Travel Project : Turki

Finally gagah jua menulis kisah travelog tertunggak yang dah lebih setahun hahaha better late than never right?

Bila teringat balik macam mana boleh terplan nak travel ke sini sebenarnya dari masa kat Korea lagi. Back in 2012, tengah jalan-jalan hirup udara malam dekat Jeju tiba-tiba saya dan Dayana (yang sepatutnya jadi travel mate saya ke Turki) tanya kita nak pergi mana taun depan? Saya terpikir lama, bersusun list yang ada dalam kepala.

Kita pergi Turki la nak? sambung Dayana,
dan saya pun dengan mata bersinar jawab JOM!

Bermula dari situ saya start planning, cari segala resource, tiket murah dan sebagainya. Kira hampir dua tahun jugaklah saya plan semua ni. Dayana pun dah selamat kawin dan beranak. Nak follow trip ni memang tak lah! End up masa tu nekad sangat kalau tiada siapa-siapa memang last skali saya berdua dengan Nabilah sahaja lah.

Tapi aturan Tuhan tu kadang-kadang datang tepat je pada masa dia.
Tiba-tiba bos assign project lain.
Tiba-tiba je jadi rapat dengan Kak Huzai (yang sekarang ni dah jadi travel buddy forever).
Tetiba je dia tanya macam-macam pasal Turki dan saya pun jujur lah bagitahu saya memang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat ni, just in case kalau nak join sekali.

Dan lepas tu tiba-tiba je kawan lama masa kat UMP dulu mesej pasal buku Ahmad Ammar, kisah  pelajar Malaysia yang kemalangan dan meninggal di Turki. Dia pesan kalau ada plan nak ke sana, dia nak ikut.

Maka akhirnya berangkatlah kami berempat ke Turki.

Azi, Kak Huzai, saya dan Nabila semasa di Gülhane Park, Istanbul

Peta kat bawah ni secara kasarnya perjalanan kami sepanjang di Turki: Istanbul - Nevşehir - Antalya - Pamukkale - Selçuk - Izmir - Bursa - Istanbul

InsyaAllah nanti saya cerita lagi details dalam entry yang akan datang ;)

Lesson #9


Sometimes we win, sometimes we loose learn 

Siapa yang paling cepat dia yang menang!
Berlumba-lumba dua beradik itu berlari, mahu mendapat gelaran pemenang lagaknya masing-masing.

Petang itu saya ke rumah opah, kebetulan anak-anak pak cik ada bersama.Lama betul tak duduk-duduk sebigini. Saya yang selalu terperangkap antara kerja dan juga kelas. Salute saya pada teman-teman yang bekerja sambil belajar, sumpah tak mudah tambah-tambah minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan. Langsung tak melekat kat rumah.

Sesekali becok si adik mengulang,
Siapa yang paling tinggi dia yang menang!
Siapa yang sampai sini dulu dia yang menang!

Tergelak saya melihat keletah mereka. Budak-budak apalah sangat yang mereka faham perihal menang dan kalah. Segala yang paling hebat, paling tinggi, paling cepat, paling dan paling merekalah JUARA titik (.) 

Itu ukuran mereka.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mungkin kelak saat si kecil ini menginjak dewasa ukuran itu menjadi sesuatu yang sangat berbeza.
Bila mana kalah dan menang bukan lagi apa-apa.

Satu saat di masa hadapan mereka faham menjadi hebat bukan bermaksud menang dalam setiap perkara tapi pelajaran yang kita ambil setiap kali kalah dalam percubaan.

Lalu bangkit lagi meneruskan perjalanan.
Indah bukan?