Hari ini 28 Januari 2009 bersamaan dengan hari Khamis iaitu hari yang akan mementukan siapakah calon-calon yang akan menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2009/2010.
Petang tadi sewaktu aku leka mencari bahan untuk menyiapkan tugasan, satu mesej diterima melalui ovoo dan kandungannya amat-amat mengecewakan aku. Mesej yang dihantar oleh seorang yang menggelarkan dirinya pemerhati PRK (barangkali pemerhati bebas) yang memberi cadangan agar mengundi tujuh calon yang dirasakan layak bagi menduduki kerusi MPP 09/10. Aku tidak menyalahkan si penghantar mesej. Mungkin sahaja mesej itu juga diterima daripada sesiapa yang dia sendiri tidak tahu asal usulnya.
Cuma aku agak kecewa kerana mesej itu seolah-olah ingin menaikan pihak-pihak tertentu mungkin atas kepentingan peribadi ataupun agenda yang tersendiri dan menjatuhkan pihak-pihak yang lain yang aku yakin mereka juga berpotensi untuk menjadi MPP.
Aku kira mahasiswa UMP belum tertalu BEBAL, BUTA, PEKAK dan TULI sehingga tidak mampu menilai calon-calon MPP 09/10 dengan mata dan akal fikiran mereka sendiri. Mahasiswa berhak memilih. Tidak perlulah ada anasir-anasir luar yang cuba mengsabotaj, menghasut atau menyebarkan khabar angin yang kurang enak terhadap calon-calon yang lain.
Ayuh mahasiswa tunaikan kewajipan anda. Pilihlah calon yang terbaik untuk menerajui kepimpinan MPP 09/10. Kerana MPP adalah suara kita dan pastikan suara ini berkesan~!

TARIKH MENGUNDI: 28 JANUARI 2009 (KHAMIS)TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGMASA : 9.00 AM – 6.00 PM
JANGAN LUPA UNTUK BAWA BERSAMA KAD MATRIK ANDA~
SELAMAT MENGUNDI~!
SELAMAT MENGUNDI~!
1 comment:
setuju!
kecewa sgt ngn org yg sebarkn rumors ney.
x perlu kot! kte sndr bole nilai..haih!
Post a Comment