Azairina Yusoff teman yang aku kenal ketika belajar di STTJ. Dia adalah seorang manusia yang sangat sengal pernah aku jumpa. Aku tahu dia bukanlah golongan skema yang sentiasa bergelumang dengan buku masa sekolah dulu, tapi semangat, usaha dan kerja keras membuatkan dia berjaya sampai ke tahap ini. I know she deserve for it~!
Ingat lagi dulu, kalau stress time study mesti aku dok cari dia. Alasanya dia mampu membuat semua orang disekilingnya gelak sakan dengan senda guraunya. Dan sekarang aku sangat rindu pada kesengalan itu.hahaha
Tapi saat ini, ketika aku menulis entri ini, dia tengah marah dengan aku dan usop. Dia menganggap aku seolah-olah mempertikaikan profession dia sebagai seorang guru. Memandang rendah terhadap kebolehan dia. Dia begitu berkecil hati dan marah terhadap comment yang kami beri di Facebook
Seriously aku tak pernah langsung mempertikaikan dan memandang rendah terhadap kebolehan dia. Apatah lagi kerjayanya sebagai seorang guru mebuatkan aku begitu menghormati dia kerana orang-orang sepertinya lah yang akan mendidik anak bangsa aku menjadi bangsa yang berjaya. Dan semestinya sebagai seorang kawan apa lagi yang dapat membuatkan aku bahagia apabila melihat semua rakan-rakan berjaya dalam bidang masing-masing.
Aku pernah berkongsi cerita dengan seorang teman aku di UMP:
“aku tak sangka kawan aku boleh jadi cikgu, sebab dialah orang paling sengal yang pernah aku jumpa”
Dan dia cakap
“bagus la tu, cikgu sengal baru la seronok murid nak belajar. Kalau tak mengantuk je duduk dalam kelas”
Aku terfikir sejenak, betul juga apa yang dikatakanya. Tengok saja semua favorite cikgu aku masa sekolah dulu: Cikgu Raden, Cikgu Tipah, Cikgu Baiyah, Cikgu Kamal, Umi Rohazlina, cikgu Hazrian dan beberapa cikgu yang lain. Semua mempunyai sense of humor dan memiliki cara tersendiri untuk tarik minat pelajar.
Jauh di sudut hati aku bangga punya kawan seperti ko azai. Dan aku tahu kau boleh jadi lebih baik dari itu. Dan kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf secara terbuka di atas comment yang pernah aku bagi sampai membuatkan kau marah dan sakit hati. Aku ngan usop tak ada niat nak melemah dan mematahkan semangat kau. Niat kami hanya sekadar ingin bergurau dan tak lebih dari itu.
Satu lagi aku nak kau tahu. Aku sentiasa menyokong apa pun yang kau fikirkan terbaik dalam menentukan kerjaya dan masa depan kau. Azai aku kagum punya kawan seperti kau~!
No comments:
Post a Comment