Tuesday, December 27, 2016

The Travel Project : Turki (Day 2) Part II - Istanbul

Sambungan dari The Travel Project : Turki (Day 2) Part I kami menyambung perjalanan ke Emirgan Park which is the best place to see Tulip in bloom.

Dari Rumelihisarı kami patah balik ke Kabatas dan dari Kabatas boleh ambil bas nombor 22, 22RE dan 25E untuk sampai ke sini. Tapi jaga-jaga jikalau berkunjung pada hujung minggu, kebarangkalian untuk stuck dalam traffic jam sangatlah tinggi. Sebab kebanyakkan penduduk tempatan juga mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berkelah bersama keluarga.


Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Emirgan Park. Ia adalah salah satu taman awan untuk pengunjung berkelah dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga. Pasangan pengantin yang shoot kat sini pun ramai jugak.

Sebelum bersiar-siar di Emirgan Park Kami sempat tapau salah satu makanan tempatan yang banyak di jual di pintu masuk taman. Simit antara local street food yang paling popular dan boleh didapati sekitar Turki. Harganya dalam 1.5TL. Sekali pandang rupa simit lebih kurang seperti Aunty Anne's Pretzel tetapi rasanya agak plain dan sedikit tawar. Mujur kami ada bawa bekal jam, choki-choki dan madu sebagai penambah perisa :)

Antara street food yang terdapat di sekitar Emirgan Park

Bekelah menikmati makan tengah hari 



Sungai Tulip dan angsa putih 


Kami bergerak pulang ke hostel kira-kira 4:30 petang. On the way nak keluar dari Emirgan Park ni boleh pulak saya terseliuh (saya dan terseliuh berpisah tiada). Yang peliknya jalan kat situ landai ja, tak pasal bengkak kaki. Trafik memang sesak sangat petang tu dengan bas yang penuh bertabah sahajalah. Kami dah siap-siap check out sebelum keluar pagi tu sebab di sebelah malamnya kami akan menuju ke Goreme.

Tiket bas telah pun ditempah sehari sebelum dengan bantuan receptionist Istanbul Harmony Hostel sekali dengan transit daripada hostel ke Harem Terminal Istanbul. Alternatif lain, anda juga boleh menaiki bas daripada Bayrampasa/ Enseler Terminal.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam dan harga tiket bas 75TL (include transit dari Sultanahmet). Kami menggunakan perkhidmatan Bas Kamil Koc yang selepas itu kami rasa macam nak banned sebab kes halau penumpang. Cuak gila malam tu, kesian pun ada dengan mamat dari Yaman yang saya rasa jadi mangsa keadaan. Boleh refer cerita malam tu dekat entry saya yang lepas.

Selain Kamil Koc, ada lagi bas lain yang menawarkan perkhidmatan ke Gorome antaranya Suha(60TL) dan Metro bus(65TL). Paling best naik bas dekat Turki ni sebab ada pembantu bas ala-ala pramugara gittew. So setiap kali trip dia akan hidangkan air dan makanan percuma.

Ringkasan perjalanan hari kedua:
Dolmabahçe Palace - Rumelihisarı - Emirgan Park - Overnight bus ke Goreme

Total Expense: 20.5 TL
Rumelihisarı: 10 TL
Simit: 1.5 TL
Street Food (tak ingat nama dia apa): 5 TL
Dinner (Kebab + Air Mineral): 4 TL

End of Day 2

1 comment:

Siti Farhana said...

cantiknya tulip. kalau pergi turki lagi belikan tulip kayu 1. :D