Sunday, December 22, 2019

The Travel Project : Turki (Day 10) - Izmir


Kami stay di Izmir hanya semalam sahaja. Di Izmir kami stay di Konak Saray Hotel. Location pun kat city center, Cuma lorong hotel ni memalam macam seram sikit.

Siap-siap pagi tu kami terus check out dan pergi ke stesen bas Izmir. Book ticket nak ke Bursa. Plan asalnya nak ajak travelmates saya pergi Bergama Acropolis dan explore area Izmir. Tapi kesilapan pertama seorang perempuan adalah mengunjungi tempat shopping di pagi hari. Hahaha makanya semua tempat yang kami plan nak pergi, semuanya cancel.

Apa yang ada dekat Kemeraltı Bazaar ni? Macam-macam. Dari ikan, sayur, barang perhiasan rumah, baju, seluar, kasut dan banyak lagi la. Paling penting harga dekat sini jauh lebih murah dari Grand and Spice Bazaar di Istanbul. 


Rambang mata kami dibuatnya. Masing-masing dok pakat borong baju turki kot kat sini.

Benda paling saya suka sekali bila lalu dekat kawasan market jual ikan. Meriah sangat. Meriah dengan ikan sudah pastinya. Tapi yang menarik mulut ikan tu disumbat dengan Salad/Sayur, first time tengok benda rare macam tu.




Lama juga kami spent masa kat situ, almost separuh hari tu pun masing-masing macam lupa dunia sekejab. Mujur akhirnya kami sedar diri dan kembali ke pangkal jalan. Petang yang sama kami bertolak ke Bursa mengunakan bas. Sebelum naik bas tapau siap-siap kebab buat makan tengah hari.

Waktu dalam bas tu memang banyak layan perasaan la. Ditambah lagi dengan satu family tiga beranak ni yang share dua seat sahaja. Sekejab-sekejab bapak dia berdiri nak bagi ruang kat anak dia. Sesekali dia menyangkung kat atas lantai memang sebak sangat mengenang pengorbanan seorang ayah. Post lama yang pernah saya tulis pasal 3 beranak ni.



Hampir 5 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bursa. Kami tiba di stesen bas Bursa sedikit lewat, mula-mula singgah surau nak solat Isyak, tapi memandangkan tak ramai orang kami pun terus lepak je dekat dalam surau tu. Ramai je orang local yang datang bersilih ganti. Tiap kali orang baru datang, mesti diorang tanya kami dari mana? Nak cakap English mereka tak faham, maka berbicaralah kami umpama ayam dan itik. Mujur Kak huzai, boleh cakap sikit-sikit. Maka dia ajalah jadi kami punya kamus dan translator hahaa. Jika dibandingkan dengan semua tempat yang kami singgah, kira orang kat Bursa ni lah yang paling ramah sekali.

So malam tu kami overnight dekat surau dalam stesen bas Bursa. Ada juga beberapa orang tempatan yang tidur sekali kat dalam surau tu. Mujur tak kena halau dengan security guard. Kalau tak tahulah apa nasib kami malam tu


Ringkasan perjalanan hari ke-sepuluh:
Kemeraltı Bazaar - Bursa

Total expenses:
Bus to Bursa : 45 TL


End of Day 10

No comments: