Kepala Mendusa |
Kami kemudianya ke Spice Bazaar untuk membeli barang-barang sovenier. Dah nama pun Spice Bazaar ye dak, dah tentulah banyak jual rempah ratus. Antara sovenier yang boleh didapati kat sini ialah Turkish Delight, baklava, apple tea, coffee turki, sejadah, rempah ratus, kacang, tshirt, sejadah, lampu turki tu dan banyak lagilah.
Untuk hari
terakhir kami kat Istanbul, hujan dari pagi tak berhenti. Usai breakfast
masing-masing layan perasaan berkira-kira nak teruskan ke Masjid Eyup atau
tidak. In the end kami pergi juga ke Masjid Eyup dalam renyai hujan yang masih
belum berhenti. Untuk ke Masjid Eyup ni boleh ambil bus 36CE, 44B, 99 atau 99A.
Bas akan berhenti dekat Masjid Eyup.
Masjid Eyup
ni dibina sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai penghormatan
kepada Ayub Al-Anshari r.a yang juga merupakan sahabat Rasulullah. Ketika hayat
baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa " Constantinople
bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya
adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."
Ayub
Al-Anshari gugur dalam perang penakhlukan Kota Constantinople dan dikuburkan
dibawah kubu Kota Constantinople. Beliau sendiri berwasiat untuk dikebumikan di
situ kerana ingin mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin
sebaik-baik tentera ketika mereka berjaya masuk ke dalam Constantinople.
Selesai solat
di masjid kami menziarahi makan Ayub Al-Anshari r.a. dan juga kubur arwah Amar,
pelajar Malaysia yang meninggal disebabkan kemalangan di Istanbul. Hari itu
langit mendung hingga ke petang, sama sedihnya hati kami yang bakal
meninggalkan kota Istanbul.
Ringkasan perjalanan hari ke-14:
Basilica Cistern - Hagia Sofia - Spice Bazaar
Ringkasan perjalanan hari ke-15:
Masjid Eyup.
15 belas hari berkelana menyelusuri sejarah Turki dan kotanya membuka mata saya tentang banyak hal. Soal budayanya, orangnya dan juga sejarahnya yang begitu panjang untuk dikenang. Moga kelak ada kesempatan untuk sampai ke sini lagi.
15 belas hari berkelana menyelusuri sejarah Turki dan kotanya membuka mata saya tentang banyak hal. Soal budayanya, orangnya dan juga sejarahnya yang begitu panjang untuk dikenang. Moga kelak ada kesempatan untuk sampai ke sini lagi.
No comments:
Post a Comment