Usai solat subuh, kami survey-survey tempat nak naik bas
menuju ke Pamukkale. Bus dari Denizli Otogar ke Pamukkale run every 30 minit
and more frequent during weekend. Kami ambil bas yang pertama, and it takes
about 30 minutes untuk sampai ke Pamukkale. Kami drop dekat perhentian bas
berdekatan dengan hostel tempat kami menginap.
Di Pamukkale kami stay di Aligau Hotel. Selain Cappadocia,
Aligau Hotel ni antara penginapan yang saya paling suka. Lokasi dia macam kampung-kampung
and sangat peaceful. Kira bersahabat dengan alam gitu.
Hotel tu pun macam tak ramai orang, owner dia bagi kami
check in awal. Dapat katil sambung lagi tidur. Lepas lunch, solat zohor semua
baru kami sambung explore area Pamukkale.
Kebetulan hari yang kami sampai di Pamukkale, sedang
berlangsung Turkiye Presidential Cycling Tour. Ada certain kawasan ditutup
untuk bagi laluan pada para pelumba. Awalnya kami pun pelik, apa yang meriah
sangat hari tu. Ingat ada festival ke apa ke, rupanya ada tournament. Organizer
siap offer makanan and tshirt event. Kami pun apa lagi, kecil tapak tangan bag
besar kami tadahkan.
So first stop kami adalah Karahayıt. Actually Karahayıt ni tak
ada dalam plan pun. Naik-naik bas pastu tak sure nak turun kat mana, the bus
end at Karahayıt Town. Kami pun turun la, tunngu next bas untuk ke Cotton Castle entrance.
View Cotton Castle on the way nak ke Karahayıt |
The small town of Karahayıt |
Karahayıt Beyazıt Cami |
Karahayıt was once known for its rust-red hot mineral waters, filled
with iron and calcium. Dekat area ni banyak hotel/motel yang menawarkan
kemudahan thermal bath.
Kami masuk Cotton Castle melalui North Gate Entrance. Masuk
dari sini kami disajikan dengan pemandangan Hierapolis, ancient city that was
founded around 190 BC and was famous for its sacred hot springs. Banyak binaan dekat
sini dah runtuh disebabkan gempa bumi.
Hierapolis, Pamukkale |
Duk sibuk bergambar sana-sini, nyaris tertinggal phone dekat sini, huhu Mujur ada sorang guide tu tolong simpankan |
Since kami datang dari atas, tak adalah rasa mencungap sangat nak ke Hierapolis Theatre. Kalau tengok dari bawah teater ni nampak macam biasa sahaja, tapi padangan dari atas, Subhanallah cantik sangat.
Disini juga sangat terkenal dengan Cleopatra’s Antique Pool.
Nak masuk pool tu ada additional entrance fee.
Puas bergambar dekat Travertine dan hari pun dah nak senja, kami semua menyusuri pesisir bukit dan keluar ikut South Gate. Dekat area situ ada kolam buatan dan juga kedai-kedai yang jual sovenier.
Sebelum kembali ke hotel, kami singgah
dulu dekat satu kedai makan ni untuk dinner.
Paling lawak, tengah sedap-sedap layan angin petang sambil tengok menu nak order makanan sekali keluar anjing besar dari bahagian dalam restaurant.
Pergh kitorang semua dah panik ayam dah. Takut kena gigit satu hal, kang kena
jilat lagi jenuh nak cari tanah buat samak. Kawan saya azi, panik dia memang
tak boleh bawa berbincang. Siap nak panjat kerusi selamatkan diri.
Unfortunately banyak gambar yang hilang dalam phone lama. Hanya yang tinggal apa
yang ada dalam memori saya sahaja :D
Ringkasan perjalanan hari ke-tujuh:
Denizli Otogar – Karahayıt – Hierapolis - Travertine
Total expenses:
Aligau Hotel: 25.5 TL
Minibus to Hotel: 3.5 TL
Bus from Hotel to Karahayıt: 2 TL
Bus from Karahayıt to Hierapolis: 2.5
Dinner: 17 TL
Food & Drinks : 8.75 TL
End of day 7
No comments:
Post a Comment