Saturday, December 7, 2019

The Travel Project : Turki (Day 6) - Antalya


Untuk hari ke enam kami menuju ke Perge Acient City. Selesai je breakfast dan urusan check out kami pun bertolak menaiki train. Owner hostel tu siap bagi kami direction macam mana nak ke sana. Biarpun dia tak boleh berbahasa Inggeris, kami sangat menghargai usaha dia. Siap lukis map bagi kat kami, risau kami sesat.



So dari Kaleiçi kami menaiki tram menuju ke Meydan station dan kemudianya mengambil bus menuju ke Aksu (AC03). Dari Aksu kami naik bas nombor AC05 menuju ke Perge.

Dulu-dulu Perge ni merupakan salah  satu bandar terpenting bagi Pamphylian. Ia di bina sekitar 12th to 13th centuries BC dan antara acient site terbesar di Turki. Sama macam acient site lain, kat sini pun ada Theater, stadium, Basilica and Baths and etc. Tapi banyak struktur kat sini musnah disebabkan gemba bumi.

  











Tinggalan lama: water canal











Theather di Perge

Berjalan balik ke main road untuk naik bas. Tapi tunggu bas lama sangat, kami decide untuk jalan kaki sahaja
Tak pasti frequency bas dari Perge balik ke Aksu berapa lama, takut membazir masa tunggu bas kami pun berjalan balik ke main road. Ada lah dalam 2KM kot kami jalan. Punyalah haus dan panas berjalan tengah hari buta.


Serik Bus Station
Next dari Aksu kami ke Serik dan dari stesen bas serik kami menuju ke Aspendos mengunakan bus nombor 10. Perjalanan lebih kurang sejam jugak, and view sepanjang jalan semua cantik-cantik. Apa yang ada kat Aspendos ni lebih kurang sama macam Perge sebab Aspendos pun pernah menjadi bandar terpenting Pamphylia satu ketika dulu. Tapi orang kata Aspendos ni terkenal sebagai best preserved antique theaters in the world dan saban tahun International Opera and Ballet Festival turut di adakan disini.






















Aspendos Theather




Habis explore dekat area Aspendos kami pun balik. Memang budget nak ambil bas yang terakhir lalu kat depan Aspendos. Punya la panik takut bas dah terlepas, mujur sempat, tak dapat bayang kalau kami terlepas bas petang tu. huhu

Dari Aspendos kami kembali lagi ke Serik untuk ambil bas ke Ismetpasa. Dari Ismetpasa kami ambil tram sampai ke Antalya Otogar. Rushing balik ke hostel amil bag sebab nak kejar bas kami ke Denizli. Sampai dekat hostel, owner tu punyalah baik hati bagi kami tumpang mandi biarpun berkali-kali kami tolak. Dia kata mesti kami letih lepas seharian di luar, dia bagi kunci tiada charge katanya ;)

Malam tu juga kami bertolak ke Denizli. Perjalanan lebih kurang 4 jam dengan harga tiket sekitar 48TL.

Ringkasan perjalanan hari ke-enam:
Kaleici - Madyan Station - Aksu - Perge - Aksu - Serik - Aspendos

Total Expense:
Tram to Madyan : 1.75 TL
Bus to Perge (AC05) : 2.25 TL
Bus to Serik : 14TL (Round trip)
Tram to Ismetpasa: 1.75 TL
Tram to Otogar 1.75 TL
Perge Entrance: 20 TL
Aspendos Entrance: 20 TL
Bus Ticket to Denizli: 48 TL



End of Day 6

No comments: