Tuesday, November 7, 2017

Memoir of Trans Japan Korea #5




Petang itu selepas menghabiskan masa di Mijayima Island kami pulang kembali ke Hiroshima's Peace Memorial Park untuk mengambil bag dan barangan yang kami tinggalkan sedari pagi. Tiket bas menuju ke Hakata pukul 6.35 petang. Sebab punctuality dekat Japan ini lain macam, kami mengambil langkah selamat untuk datang lebih awal. Jenuh pulak kalau ditinggal bas nanti.

Dengan Confident dari Genbanku Dome-mae Station kami bergerak  ke Hiroshima Station menaiki tram. Sampai sahaja di stesen Hiroshima kami terus cari platform bas antarabandar. Peluh dah merecik-recik, bawa bag nak dekat 20 kilo tapi platform bas masih tak jumpa-jumpa. Saya dah mula panic.

Tanya-tanya pada orang, rupa-rupanya stesen bas antarabandar memang terletak betul-betul di hadapan Hiroshima's Peace Memorial Park. Saya tepuk dahi, padan nampak banyak bas turun dari bangunan tu tadi.

Dari Stesen Hiroshima kami berpatah balik ke Stesen Genbanku Dome-mae. Memang waktu tu saya harap tram tu dapat bergerak sepantas Shikansen. Asal tram berhenti di satu-satu stesen, saya tengok map. Dok kira berapa banyak lagi stesen kat depan. Cemasnya Tuhan ajalah yang tahu.

Mungkin kerap sangat tengok map, salah seorang lelaki jepun di sebelah menegur saya. Tanya saya nak ke mana? Saya pun cerita la, kami rushing nak kejar bas dan tersalah turun dekat Stesen Hiroshima. Dia pun gelak. Tak apa katanya, stesen bas tu tak jauh dari tram station. Sementara nak sampai tu kami sempat bersembang pasal Hiroshima dan Malaysia. Namanya Kenta, dia masih lagi study di Hiroshima University. Pernah ke Malaysia sewaktu belajar di Thailand. Saya bagi kad nama saya dan kak Huzai, in case kalau dia datang Malaysia bagitahu kami. Kami boleh bawa tour around KL. Gittew semenjak dua menjak jadi Tour Guide ni, semangat betul promote Malaysia kat orang luar.

Sampai je dekat stesen Genbanku Dome-mae nanti, Kenta kata dia boleh tunjukan stesen bas tu di mana. Kebetulan katanya dia nak turun dekat situ jugak. Saya dah rasa bersalah. Tak pasti sama ada betul-betul dia nak turun kat situ ataupun apa. Sebab pernah beberapa kali kami bertanya arah pada orang local. Dia punya semangat nak tunjuk tempat tu sampai dah masuk dalam Train Station untuk naik train, depa boleh keluar balik bawa kita tunjuk jalan. Kagum kejab dengan attitude orang-orang jepun.

Memang station tu tak jauh dari Tram Station, dari Hiroshima's Peace Memorial Park pun dah boleh nampak. Kenta bawa kami sampai ke kaunter ticket dan tolong check kan sekali platform kami di mana. Waktu tu ada setengah jam lagi sebelum berlepas. Fuh lega!

Lepas ucap terima kasih dan selamat tinggal, Kenta pun berlalu. Nak jumpa kawan katanya. Kebaikkan Kenta ni betul-betul mengingatkan saya sewaktu trip kami kami ke Turki dua tahun lalu (link).

Sungguh orang baik tu masih wujud, kalau masih belum jumpa
Just be the one lah!

Tuesday, October 24, 2017

Mémoire of Trans Japan Korea #4



Satu pagi saat kami di Osaka, kawan saya mengomel
“Engkorang ni asyik pergi temple je, bukan nak cari masjid”

Saya tergelak sendirian, teringat Masjid Tokyo yang saya skip disebabkan kekangan waktu, Masjid Kyoto (Kyoto Prayer Hall) yang kebetulan tutup berikutan cuti golden week. Kecewa agaknya sebab dia betul-betul mahu menulis perihal makanan halal dan muslim society di Jepun.

Lepas berkira-kira kami sepakat untuk mengubah hala, mencari Masjid di sekitar bandar Osaka. Dan pencarian itu membawa kami ke Cibune. Stesen keretaapi paling hampir dengan Masjid Osaka. Sepanjang jalan kami bertemu dengan anak-anak kecil jepun yang baru pulang dari sekolah.


Teringat satu documentary yang pernah diceritakan oleh seorang kawan, bagaimana selamatnya berada di Jepun sehingga warga Jepun begitu bersahaja membiarkan anak-anak kecil seusia empat ke lima tahun pergi ke kedai seorang diri.

Lima minit berjalan, kami sampai di hadapan Masjid Osaka. Kami ambil peluang untuk solat jamak di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Hiroshima petang nanti. Usai solat, kawan kami perkenalkan dengan Imam Masjid Osaka yang juga dari Malaysia. Ustaz ini merupakan anak jati Kelantan, baru beberapa bulan berhijrah ke Osaka. Terlalu jarang jumpa orang Malaysia di situ katanya, lalu diajaknya kami minum teh berdekatan dengan kawasan Masjid.


Bercerita perihal komuniti Islam dan makanan halal di sekitar Jepun. Ternyata bilanganya masih terlalu sedikit. Ramai komuniti Islam yang tinggal berdekatan dengan Masjid Osaka merupakan warga Indonesia dan Timur Tengah. Ada yang belajar, ada yang bekerja dan berniaga.

Pertemuan singkat tapi banyak yang kami belajar terutamanya perihal masyarakat Jepun. Sungguhpun mereka baik dalam serba serbi masih ada lompong kosong yang belum dipenuhi.

Dan angin dari Sungai Kanzaki berhembus lembut. Menghantar kami pulang dengan seribu kenangan tentang Osaka dan seisinya.


Wednesday, August 16, 2017

Mémoire of Trans Japan Korea #3: Honolu dan Ramen




Sepanjang di Jepun, boleh kira dengan jari berapa kali kami makan di kedai. Nak save budget punya pasal. Hari-hari makan onigiri ataupun tapau makanan yang kami bawa dari Malaysia.

Malam itu sebelum ke Dontobori kami singgah ke Halal Osaka Ramen Honolu. Ingin mencuba ramen halal yang banyak mendapat feedback positif dari orang Malaysia yang berkunjung ke sana.  Café kecil yang terletak di tengah-tengah deretan kedai tenggelam dalam kepekatan malam. Mujur ada Offline Map menunjukkan kami ke jalan yang terang ahaa.

Saat kami tiba ada sorang writer dari Singapura yang baru sahaja selesai menikmati makan malamnya di situ. Dia datang untuk interview pemilik Restaurant Honolu, malangnya pemilik kedai tiada di situ. Sambil menikmati ramen, kami mendengar soalan-soalan yang diajukan kepada perkerja-pekerja tersebut sebagai wakil kepada pemilik kedai.

Sesekali saya mencelah bertanya sekiranya pemilik kedai ini seorang muslim. Mereka menggeleng. Saya kagum dan tertanya-tanya macam mana pemilik kedai ni boleh terpikir nak buka kedai makanan halal sedangkan dia bukan seorang muslim.

Pemilik kedai ini membuka kedai halal ramen sebab dia nampak potensi dan sambutan makananan halal yang masih lagi sedikit di sekitar Jepun. Mereka bercerita nama Honolu di ambil kerana bos mereka terlalu ingin ke Honolu di Hawaii. Tidak kesampaian ke sana lalu di bukanya Honolu di Osaka, Japan.

Daripada mee, rempah ratus, daging ayam,  semua bahan mentah yang digunakan akan di pastikan status halalnya,. Tidak hairanlah jika Halal Media Japan turut mencadangkan muslim traveler untuk singgah ke sini.

Perkerja-perkerjanya semua baik-baik belaka, ramah melayan soalan kami dan reporter dari Singapura tadi. Kebanyakkan mereka beerasal dari Indonesia, belajar Bahasa Jepun di sini lalu berkerja sambilan sementara menunggu semester habis. Mereka tak lokek becerita tentang makanan –makanan yang boleh di makan terutamanya bagi pelancong muslim.

Memang di sesetengah kawasan, restaurant makanan halal sangat sukar di dapati. Tetapi sebagai alternatif lain, boleh ambil onigiri telur, tuna atau seafood. Orang cakap kalau pergi negara yang minoritinya muslim tu, bab paling susah adalah untuk mencari makanan halal. Itu saya setuju. Tapi dari situlah jugak yang akan kita rasa indah dalam sebuah perjalanan sebab sebagai muslim mencari yang Halal itu adalah wajib!