Showing posts with label Turkey. Show all posts
Showing posts with label Turkey. Show all posts

Thursday, May 7, 2020

The Travel Project : Turki - Travel Tips


Last entry pasal Turki yang tergendala since last December. So ini ringkasan travel tips untuk yang pertama kalinak travel ke Turki. Hopefully sedikit sebanyak dapat membantu untuk korang buat iti :

1. Transportation
  • Untuk flight kami naik Etihad, seingat saya, saya book tak ada lah awal sangat. Rasa dalam 3 bulan sebelum travel yang kebetulan masa tu memang tengah sale. Masa booking ni kami guna Expedia. Sebab compare dengan harga website, harga dekat Expedia jauh lebih murah sebab dapat below RM 2K for round trip.
  • Other alternative maybe korang boleh juga try dekat Skyscanner
  • Untuk perjalanan antara bandar kami mengunakan night bus. So boleh jimat hostel dah kat situ. Range price tiket bas lebih kurang 50 TL – 90 TL depends pada jarak. Dalam bas dia ada cabin crew juga tau. Khelass sangat dapat air dengan snack percuma.
  • Masa dekat Turki kami banyak guna train/tram/metro. Macam dekat Istanbul kami beli Istanbul Kart siap. Tapi hanya boleh guna dekat Istanbul sahajalah, harga dia 30 TL. Kami beli dekat Train Station di Istanbul Airport.
  • Rasa train network ni banyak dekat Istanbul, Antalya dan Bursa. So dekat selain dari 3 city tu kami banyak gunakan local bus untuk pergi ke tempat-tempat attraction dia. Price range dalam 1.25 TL – 7 TL
  • Macam dekat Bursa, tiket bas tak dijual dalam bas. Diaorang jual dekat kiosk-kiosk kecil yang jual jajan atau pun newspaper. Waktu first time naik termangu-mangu juga kami sebab driver tanya mana billet (tiket)
  • Macam dari Bursa balik ke Instanbul, kami menggunakan Feri. So tiket ferry ni boleh beli dekat kaunter. Tak sure kalau dia dah boleh beli online atau tidak. Maybe korang boleh try search kot.

2. Accomodation
  • Macam dekat Istanbul kami stay dekat Sultanahmet. Memang lokasi dia strategic sangat. Dekat dengan train station, Hagia Sopia, Topikapi, Bacillica Cistern and Eminönü. Other alternative korang boleh juga try dekat area Eminönü or Karaköy.
  • Di Cappadocia kami stay cave hostel di Göreme. Kawasan ni memang highly recommended lah. Sebab Kawasan ni dekat dengan stesen bas dan pagi-pagi boleh nampak view hot air ballon yang awesome gila.
  • Dekat bandar-bandar lain pun, kami banyak cari hostel dekat-dekat stesen bas ataupun kawasan attraction, sebab boleh jimat banyak dekat transport. Cuma masa di Bursa, Antalya dan Pamukkale stesen bas dengan town dia agak jauh sedikit.
  • Dekat Pamukkale korang boleh juga try stay dekat area Karahayıt. Situ pekan kecil paling dekat dengan Cotton Castle.

3. Makan/Halal Restaurant
  • Dekat Turki, tak risau sangat sebab banyak option makanan halal cuma sesuai atau tidak je dengan budget korang
  • So normally kami spend dalam 10 TL – 15 TL untuk satu meal and makan luar sehari sekali sahaja either lunch or dinner sebab nak save budget. The rest kami tapau and picnic macam family lain kat Turki gittew barulah rasa maca #livelikelocal kan
  • Maybe some street food yang korang boleh try seperti Simit, Balık Ekmek, Börek, lokma and banyak lagi lah.

4. Sim Card/Internet
  • Kebanyakkan restaurant and hostel ada wifi tapi kalau nak beli sim kad kat sana macam lupakan je lah. Better korang sewa siap-siap hotspot dari Malaysia rasa macam lebih jimat.
  • Masa travel dulu, kami megharapkan wifi restaurant atau hostel sahaja. So kalau sesat dekat mana-mana terpaksa on data sehari RM 35+ kot

5. Communication
  • Rasa macam dekat bandar-bandar besar dan tempat tarikan pelancong, tak susah sangat kot nak communicate sebab ramai je yang fasih berbahasa Inggeris. Tapi kalau tempat-tempat yang outskirt macam Pamukkale, Bursa, Antalya macam tak ramai yang boleh cakap English.
  • So nak mudahkan komunikasi hafal lah beberapa potong ayat untuk mudahkan urusan korang
  • Satu lagi, orang-orang dekat Kawasan luar bandar ni jauh lebih friendly compared to orang-orang yang tinggal kat bandar besar. Mereka lebih lembut dan ramah biarpun tak boleh cakap English

6. Best Season to go?
  • Ikut preference korang macam mana, kalau saya suka masa Spring sebab tak sejuk dan tak panas sangat. Dan sebab banyak bunga juga especially mana yang minat Tulip tu bulan April memang best season to go tau, sebab Turki buat Pesta Tulip sepanjang bulan tu.
  • Saya rasa cuaca kat Cappadocia jauh lebih extreme compare kat bandar lain. Masa spring pun rasa macam winter. Time winter tak pasti rasa macam mana.
  • Antalya a bit warmer sebab kedudukan dia dekat dengan laut.

7. Safety
  • So saya travel ni in group, so far tak banyak kes-kes pick pocket yang kami dengar. Ada tapi tak banyak, kira kes terpencil la kot. Namun jangan buat sambil lewa ya.
  • Kat Turki ni banyak budak-budak yang mengemis and diaorang ni agak aggressif sedikit, so berhati-hati takut kena serbu dengan yang lain.
  • Kalau ada yang nak travel solo kesini, Istanbul or Bursa rasanya ok je. Tapi kalau nak pergi ke kawasan countryside macam tak digalakkan sangat je pergi solo. Better travel in group kot lebih selamat. Well ni based personal opinion saya sahaja.

So ini je yang dapat saya kongsi, semoga bermanfaat untuk korang. 



Saturday, December 28, 2019

The Travel Project : Turki (Day 14 & 15) - Istanbul

Hari ke 14 kami ke Basilica Cistern, the largest ancient cisterns yang stored and supplied water kepada penduduk kawasan ini suatu ketika dulu. Ia dibina sewaktu zaman pemerintahan Byzatine.  Memang cantik sangat kat dalam ni. Tapi gamba tak dapat tangkap banyak sebab low light and tak bawa tripod.





Kepala Mendusa
Seterusnya kami ke Hagia Sofia. Hagia Sofia ni kira tourist spot yang must visitlah orang kata. Dibina sekitar tahun 532 SM sewaktu zaman Byzantine. Hagia Sofia sangat dikagumi bukan sahaja sebab kecantikan senibinanya malah struktur banggunan itu sendiri yang dibina tanpa mengunnakan keluli. Selepas jatuhnya Kota Constantinople ke Kerajaan Uthmaniah, banggunan yang dahulunya dijadikan gereja bertukar menjadi Masjid untuk tempoh 500 tahun. Namun sayang Masjid ini kemudianya dijadikan Muzium sewaktu pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk.





Kami kemudianya ke Spice Bazaar untuk membeli barang-barang sovenier. Dah nama pun Spice Bazaar ye dak, dah tentulah banyak jual rempah ratus. Antara sovenier yang boleh didapati kat sini ialah Turkish Delight, baklava, apple tea, coffee turki, sejadah, rempah ratus, kacang, tshirt, sejadah, lampu turki tu dan banyak lagilah.

Untuk hari terakhir kami kat Istanbul, hujan dari pagi tak berhenti. Usai breakfast masing-masing layan perasaan berkira-kira nak teruskan ke Masjid Eyup atau tidak. In the end kami pergi juga ke Masjid Eyup dalam renyai hujan yang masih belum berhenti. Untuk ke Masjid Eyup ni boleh ambil bus 36CE, 44B, 99 atau 99A. Bas akan berhenti dekat Masjid Eyup.


Masjid Eyup ni dibina sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai penghormatan kepada Ayub Al-Anshari r.a yang juga merupakan sahabat Rasulullah. Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa " Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."

Ayub Al-Anshari gugur dalam perang penakhlukan Kota Constantinople dan dikuburkan dibawah kubu Kota Constantinople. Beliau sendiri berwasiat untuk dikebumikan di situ kerana ingin mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka berjaya masuk ke dalam Constantinople.

Selesai solat di masjid kami menziarahi makan Ayub Al-Anshari r.a. dan juga kubur arwah Amar, pelajar Malaysia yang meninggal disebabkan kemalangan di Istanbul. Hari itu langit mendung hingga ke petang, sama sedihnya hati kami yang bakal meninggalkan kota Istanbul.

Ringkasan perjalanan hari ke-14:
Basilica Cistern - Hagia Sofia - Spice Bazaar

Ringkasan perjalanan hari ke-15:
Masjid Eyup.


15 belas hari berkelana menyelusuri sejarah Turki dan kotanya membuka mata saya tentang banyak hal. Soal budayanya, orangnya dan juga sejarahnya yang begitu panjang untuk dikenang. Moga kelak ada kesempatan untuk sampai ke sini lagi.

Friday, December 27, 2019

The Travel Project : Turki (Day 13) - Istanbul

Untuk hari ke-13 kami start tour ke Istanbul Archeological Museum. Di Istanbul, kami ambil Istanbul Muze Kart valid untuk 72 jam. Harga dia dalam 72 TL. Antara muzium yang cover under pakej ini adalah Istanbul Archeological Museum , Topkapi Palace, Hagia Sophia, The Chora, Istanbul Mosaic Museum, The Museum of Turkish and Islamic Arts.







Seterusnya, kami ke Dolmabahçe Palace. Istana ini dibina sekitar 19th Century and served as the main administrative center of the Ottoman Empire from 1856 to 1887. Dekat sini juga ada free guided tour tapi kena datang ikut jadual yang ditetapkanlah. Kat dalam Dolmabahçe Palace ni seingat saya macam tak boleh tangkap gambar.

Next kami meneruskan lagi perjalanan ke Panorama 1453 History Museum yang memaparkan kisah-kisah penakhlukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga askar-askarnya. Best kot muzium ni memang tak rugilah singgah sini. Main galeri ni pengunjung bolek menikmati panorama 360o


Sebelum ke Topikapi, kami singgah area Grand Bazaar. Tak explore pun belah dalam bazaar ni, kami turun sini sebab nak tukar duit dekat money changer hahaha sebab nampak rate dia lagi rendah compared kat tempat lain.

Sebelum adanya Dolmabahçe Palace, Topkapı Palace ni served as the main residence and administrative headquarters of the Ottoman sultans. Besar sangat kot sampai letih berjalan. Dari taman diraja, dapur istana, masid, dan balai mengadap dan banyak lagilah. Orang kata Topkapı Palace ni one of world’s richest museums dan kat sini jugaklah terdapat koleksi-koleksi porselin terbaik dari Cina. Senibina dan decoration istana ni pun cantik dan sangat halus.


 Baghdad Pavilion






The Imperial Gate

The Fountain of Sultan Ahmed III, social center and gathering place during the Ottoman period of Constantinople.
Last stop before balik ke hostel kami singgah di Blue Mosque dan Arasta Bazaar. Blue Mosque ni juga dikenali sebagai Sultan Ahmet Camii. Mendapat jolokan nama Masjid Biru disebabkan ribuan Jubin Iznik buatan tangan yang menghiasi bahagaian dalam masjid.

Cantik-cantik semua wanita Turki


Street food yang tak pasti apa namanya haha


Blue Mosque





Ringkasan perjalanan hari ke-13:
Istanbul Archeological Museum - Dolmabahçe Palace - Panorama 1453 History Museum - Grand Bazaar Topkapı Palace Blue Mosque - Arasta Bazaar


End of Day 13



Tuesday, December 24, 2019

The Travel Project : Turki (Day 12) - Bursa & Istanbul


Hari ke-12 kami pulang kembali ke Istanbul menaiki ferry. Awalnya kami macam lost sikit sebab tak sure macam mana nak ke Ferry Terminal. Sesat larat jugak lah sebab kena transfer dua bas dan kedua-dua stesen bas ni jauh antara satu sama lain. Nasib baik jumpa seorang pak cik ni. Dia yang bawa kami ke stesen bas untuk ke Ferry Terminal. Baik sangat, sampai tolong bayarkan tambang kami berempat. Saya pernah tulis pasal dia dalam entry yang lepas.



Yellow Bus 1-F or 1-GY (TL2.50) untuk dari Emek İstasyonu - ke Güzelyalı Ferry Dock
IDO Ferry Terminal
Tiket ferry kami dari Bursa‘s Güzelyalı Ferry dock ke Istanbul pukul 12 tengah hari. Sementara menunggu, sempat lagi berjalan area port tu. Perjalanan dari Bursa ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai dalam pukul 2 lebih.


Sampai je dekat Yenikapı ferry Terminal, Istanbul kami ambil train balik ke Sultanahmet. Dari pelabuhan nak train station pun a bit tricky, sebab kena jalan jauh sikit masuk terowong keluar terowong baru jumpa.

Letak bag dekat hostel, kami sambung berjalan cari tempat makan area Galata Bridge sambil nikmati sunset dan angin petang.


Galat Bridge and Galata Tower




Restorant bawah Galata Bridge. Orang kata kalau nak cari balık ekmek sedap, cari kat sini.





Yeni Camii or New Mosque new Galata Bridge
Seterusnya kami ke Karakoy dan Galata Tower, one of the highest and oldest tower in Istanbul. Malam-malam kat area Galata Tower tu memang happening la. Ramai sangat anak muda dok melepak kat area tu. Ingat nak sambung lagi ke Taksim Square. Tapi masing-masing dah tak larat, kami decide balik berehat dekat hostel sahaja.

Galata Tower



Ringkasan perjalanan hari ke-dua belas:
Bursa – Istanbul – Eminönü - Karakoy – Galata Tower

Total expenses:
Ferry Ticket: 20 TL
Dinner: 10 TL

End of Day 12