Monday, August 30, 2010

untitled

Saatnya entry ni ditulis, aku masih lagi di office menghabiskan beberapa kerja yang tergendala. Minggu lepas aku berkesempatan untuk mengikuti Bengkel Trasformasi In-Smartive di Cameron Highlands. Banyak perkara yang berlaku di sana membuatkan aku betul-betul terkedu dan memikirkan semula tentang kehidupan. Ya Allah hebatnya perancangan Mu. Kau ambil nikmat yang telah dikurniakan. Namun tanpa sedar, Kau berikan satu lagi nikmat yang tak pernah disangka-sangka. Hanya hamba ini yang selalu leka. Leka mengejar keindahan dunia. Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus kerana sesungguhnya perjalanan ini masih jauh.

Wednesday, August 25, 2010

Formula mudah untuk berjaya~

“Aku dah berjangkit dengan kau~!”
“Berjangkit dengan aku? Aku ada penyakit apa?”
“Kau tak tahu kau ada penyakit ke?”

Ntah bagaimana boleh terbuka cerita lama. Terkejut juga bila pulak aku yang sihat walafiat pada zahirnya ni dikatakan ada berpenyakit. Lantas teringat peristiwa semester lepas, aku pernah menegur…not exactly menegur lebih tepat marah kot sebab datang pinjam nota yang aku buat.

Sebenarnya tak kisah pun nak pinjam, tapi mungkin waktu tu stress sebab banyak chapter yang tak cover lagi sedangkan exam tak sampai 24 jam. Aku ni yang bersengkang mata buat nota pun baca macam angin lalu je. Dia pulak datang bilik aku dengan senang hati

“ijan nak pinjam nota”

Apa lagi aku pun hangin la. Hahaha…Sorry la geng. Tapi aku rasa memang perangai kot, tak suka nak bagi sesuatu mudah-mudah jer kat orang lain terutama sekali yang berkaitan dengan pelajaran. Bukan kedekut ilmu tapi aku nak mereka belajar~! 

Ingat lagi dulu zaman kat matriks, classmate slalu minta nak photostat mind map Kimia aku. Sekali lagi aku ulang, aku tak kisah andai ingin menjadikan nota aku sebagai rujukan tapi bukan dengan photostat. Korang melutut bagi aku RM10 juta mungkin aku boleh pertimbangkan pun jangan harap la aku nak bagi.

Aneh, kadang-kadang ada orang nak berjaya, tapi tidak mahu bersusah payah untuk itu. Adakah mereka mengharapkan assignment bertimbun boleh siap dengan sekadar memetik jari? (ala macam dalam cerita silap mata tu) Ataupun mengharapkan alat-alat dari Doraemon untuk membantu mereka. Hello…wake up guys, ini bukan cerita cartoon ok~!


USAHA, DOA, TAWAKAL
Rasulullah pernah menegur secara bijaksana terhadap orang Badui yang memahami tawakal hanya pasrah saja kepada Allah tanpa ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik, suatu ketika seorang laki-laki datang kepada Rasulullah sambil meninggalkan unta tunggangannya, seraya berkata, "Aku lepas untaku dan aku bertawakal." Maka, Nabi berkata, "Ikatlah ia dan bertawakallah kau."

Begitu juga konsepnya dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa (masih punya beberapa bulan untuk menyandang title itu). Berusaha sehabis baik dahulu baru tawakal. Bukan usaha yang membuahkan hasil, tetapi Allah s.w.t yang memberi rezeki atas usaha yang kita lakukan.  Ini tidak, asal keluar exam je dialog yang selalu kedengaran:

“Amacam geng boleh buat tak?”
“hurm tawakal je la..”

Usaha tanpa tawakal adalah sombong, tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong


Monday, August 9, 2010

Langit Mendung Seakan Mengerti…

Seorang lagi kenalan telah kembali ke rahmatullah lewat petang semalam.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Assuandie
Semoga rohmu ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman

Di luar, langit mendung seakan mengerti
Seolah-olah turut sama menangisi
kehilangan seorang lagi teman
yang pergi menemui Sang Penciptanya~

Monday, August 2, 2010

Wanita dan high heels...

Ada yang mengatakan wanita begitu anggun dan feminine dengan kasut tumit tinggi. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka kelihatan seksi malah ada yang berpendapat tahap keyakinan mereka bergantung kepada ketinggian kasut. (hurm ada ke macam tu??)

Pernah juga aku cuba untuk memakai high heels. Tak ada lah selesa mana pun. Barangkali kesan daripada kaki aku yang pernah terseliuh beribu kali (sekadar metafora). Sakit dan Lenguh tapi kenapa wanita suka pakai?

Dalam pengiraan kasar, setiap hari manusia mengatur 10,000 langkah dan ini bersamaan dengan kira-kira 115,000 kilometer (km) bagi satu jangka hayat. Angka ini mencukupi untuk melakukan empat pusingan mengelilingi bumi dengan hanya berjalan kaki!

Bebanan yang ditanggung oleh kaki sewaktu berjalan adakalanya melebihi berat badan kita. Tekanan tersebut boleh mencecah sehingga empat kali ganda (berat tubuh) apabila kita berlari. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

"Sebenarnya, kira-kira 75 peratus manusia dianggarkan akan mengalami masalah kaki pada sesetengah peringkat kehidupan mereka. Tetapi kaum wanita adalah empat kali ganda lebih tinggi risikonya kerana kecenderungan untuk kelihatan cantik," ujar Guido salah seorang pakar dalam bidang ortopedik
  image from washingtonpost

Berikut adalah risiko memakai kasut bertumit tinggi :
1. Jejaskan peluang untuk mendapatkan anak.
2. Punca rambut gugur.
3. Kasut tumit tinggi berukuran 12.7 cm boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita.
4. Menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang dan bahu menjadi sakit.
5. Menyebabkan pening dan kitaran haid tidak teratur.

Tips Pemilihan kasut :
1. Pastikan saiz kaki kamu, kerana kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring usia.
2. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki. Elak kasut yang boleh menyesakkan kaki kamu.
3. Cuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.
4. Ketahui material kasut tersebut.
5. Kasut yang selesa ialah kasut cermat dan kemas dibuat, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung dengan stabil.
6. Jangan beli kasut kerana jenama dan harga, sebaliknya pentingkanlah keselesaan.

image from inmagine

Sumber: kosmo, utusan