Thursday, May 7, 2020

The Travel Project : Turki - Travel Tips


Last entry pasal Turki yang tergendala since last December. So ini ringkasan travel tips untuk yang pertama kalinak travel ke Turki. Hopefully sedikit sebanyak dapat membantu untuk korang buat iti :

1. Transportation
  • Untuk flight kami naik Etihad, seingat saya, saya book tak ada lah awal sangat. Rasa dalam 3 bulan sebelum travel yang kebetulan masa tu memang tengah sale. Masa booking ni kami guna Expedia. Sebab compare dengan harga website, harga dekat Expedia jauh lebih murah sebab dapat below RM 2K for round trip.
  • Other alternative maybe korang boleh juga try dekat Skyscanner
  • Untuk perjalanan antara bandar kami mengunakan night bus. So boleh jimat hostel dah kat situ. Range price tiket bas lebih kurang 50 TL – 90 TL depends pada jarak. Dalam bas dia ada cabin crew juga tau. Khelass sangat dapat air dengan snack percuma.
  • Masa dekat Turki kami banyak guna train/tram/metro. Macam dekat Istanbul kami beli Istanbul Kart siap. Tapi hanya boleh guna dekat Istanbul sahajalah, harga dia 30 TL. Kami beli dekat Train Station di Istanbul Airport.
  • Rasa train network ni banyak dekat Istanbul, Antalya dan Bursa. So dekat selain dari 3 city tu kami banyak gunakan local bus untuk pergi ke tempat-tempat attraction dia. Price range dalam 1.25 TL – 7 TL
  • Macam dekat Bursa, tiket bas tak dijual dalam bas. Diaorang jual dekat kiosk-kiosk kecil yang jual jajan atau pun newspaper. Waktu first time naik termangu-mangu juga kami sebab driver tanya mana billet (tiket)
  • Macam dari Bursa balik ke Instanbul, kami menggunakan Feri. So tiket ferry ni boleh beli dekat kaunter. Tak sure kalau dia dah boleh beli online atau tidak. Maybe korang boleh try search kot.

2. Accomodation
  • Macam dekat Istanbul kami stay dekat Sultanahmet. Memang lokasi dia strategic sangat. Dekat dengan train station, Hagia Sopia, Topikapi, Bacillica Cistern and Eminönü. Other alternative korang boleh juga try dekat area Eminönü or Karaköy.
  • Di Cappadocia kami stay cave hostel di Göreme. Kawasan ni memang highly recommended lah. Sebab Kawasan ni dekat dengan stesen bas dan pagi-pagi boleh nampak view hot air ballon yang awesome gila.
  • Dekat bandar-bandar lain pun, kami banyak cari hostel dekat-dekat stesen bas ataupun kawasan attraction, sebab boleh jimat banyak dekat transport. Cuma masa di Bursa, Antalya dan Pamukkale stesen bas dengan town dia agak jauh sedikit.
  • Dekat Pamukkale korang boleh juga try stay dekat area Karahayıt. Situ pekan kecil paling dekat dengan Cotton Castle.

3. Makan/Halal Restaurant
  • Dekat Turki, tak risau sangat sebab banyak option makanan halal cuma sesuai atau tidak je dengan budget korang
  • So normally kami spend dalam 10 TL – 15 TL untuk satu meal and makan luar sehari sekali sahaja either lunch or dinner sebab nak save budget. The rest kami tapau and picnic macam family lain kat Turki gittew barulah rasa maca #livelikelocal kan
  • Maybe some street food yang korang boleh try seperti Simit, Balık Ekmek, Börek, lokma and banyak lagi lah.

4. Sim Card/Internet
  • Kebanyakkan restaurant and hostel ada wifi tapi kalau nak beli sim kad kat sana macam lupakan je lah. Better korang sewa siap-siap hotspot dari Malaysia rasa macam lebih jimat.
  • Masa travel dulu, kami megharapkan wifi restaurant atau hostel sahaja. So kalau sesat dekat mana-mana terpaksa on data sehari RM 35+ kot

5. Communication
  • Rasa macam dekat bandar-bandar besar dan tempat tarikan pelancong, tak susah sangat kot nak communicate sebab ramai je yang fasih berbahasa Inggeris. Tapi kalau tempat-tempat yang outskirt macam Pamukkale, Bursa, Antalya macam tak ramai yang boleh cakap English.
  • So nak mudahkan komunikasi hafal lah beberapa potong ayat untuk mudahkan urusan korang
  • Satu lagi, orang-orang dekat Kawasan luar bandar ni jauh lebih friendly compared to orang-orang yang tinggal kat bandar besar. Mereka lebih lembut dan ramah biarpun tak boleh cakap English

6. Best Season to go?
  • Ikut preference korang macam mana, kalau saya suka masa Spring sebab tak sejuk dan tak panas sangat. Dan sebab banyak bunga juga especially mana yang minat Tulip tu bulan April memang best season to go tau, sebab Turki buat Pesta Tulip sepanjang bulan tu.
  • Saya rasa cuaca kat Cappadocia jauh lebih extreme compare kat bandar lain. Masa spring pun rasa macam winter. Time winter tak pasti rasa macam mana.
  • Antalya a bit warmer sebab kedudukan dia dekat dengan laut.

7. Safety
  • So saya travel ni in group, so far tak banyak kes-kes pick pocket yang kami dengar. Ada tapi tak banyak, kira kes terpencil la kot. Namun jangan buat sambil lewa ya.
  • Kat Turki ni banyak budak-budak yang mengemis and diaorang ni agak aggressif sedikit, so berhati-hati takut kena serbu dengan yang lain.
  • Kalau ada yang nak travel solo kesini, Istanbul or Bursa rasanya ok je. Tapi kalau nak pergi ke kawasan countryside macam tak digalakkan sangat je pergi solo. Better travel in group kot lebih selamat. Well ni based personal opinion saya sahaja.

So ini je yang dapat saya kongsi, semoga bermanfaat untuk korang. 



Friday, May 1, 2020

Nota Pertama di Tahun 2020



Tahun 2019 melabuh tirai dengan kenangan yang manis serta hal-hal yang mengembirakan hati saya. Banyak sekali mimpi-mimpi yang menjadi nyata. Iya tahun itu, tahun 2019 dan saya menulisnya selepas lima bulan kita ditahun baru. Seperti biasa, saya hidup dalam garis waktu yang berbeza.

Dalam keletihan menjalani hari-hari yang panjang, saya selalu berkira-kira mahu mengambil cuti sehari dua. Cuti yang hanya mahu dihabiskan dengan bermalas-malasan di rumah. Tapi agaknya perancangan Tuhan itu lebih hebat ya, penularan wabak Coronavirus yang akhirnya menjadi asbab untuk tinggal di rumah lebih lama.

Hari ini hari ke-45 semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dalam tak sedar, dah nak masuk dua bulan kita menjalani hari-hari dirumah sahaja.

So how was your day?
Berapa banyak angan mu yang berlalu menjadi angin?

Pagi tadi usai Subuh, ternampak satu post dari IG Ustaz Zahid Zin dan saya sangat tertarik dengan kata-kata dalam salah satu video beliau:

“Kita tak akan faham apa yang Allah nak kan dalam kehidupan kita. Dan sekalipun kalau Tuhan fahamkan kita satu sahaja sebab kenapa Tuhan tak izinkan doa kita termakbul, mungkin kita akan faham bahawa sebenarnya penolakkan doa-doa itu adalah sebahagian pemberian Allah”

Too deep, sungguh hal yang berkaitan dengan hati tu sangat sukarkan? Ditengah pandemik COVID-19 yang entahkan bila akan berakhir, kita dipaksa akrab dengan berbagai ketidakpastian. Banyak hal yang menjadi tanda tanya dan meresahkan kita.

Dan hidup terus berputar dalam norma yang baru, yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Saat rencana hanya tinggal rencana, kita belajar menyesuaikan diri dengan rencana-Nya. Moga Tuhan sentiasa melapangkan dan meluaskan hati kita untuk itu.


yang masih bertahan,
Norizan Syahnan