Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 8) & wrap-up - Seoul

Yeay akhirnya sampai jugak ke entry yang terakhir. phew! gigih tak gigih jugak la..

Untuk hari terakhir, agenda kami adalah shopping! Kami keluar dari rumah agak lewat pagi tu. Semuanya tidur mati akibat keletihan. Sebelum bertolak ke Namdaemun, kami singgah dahulu ke Korea University untuk melawat kawasan uni. Sempat beli t-shirt dan fridge magnet Korea University buat kenang-kenangan.


Last day ni tak banyak sangat gambar untuk di kongsi sebab masing-masing sibuk shopping. Tapi seriously Namdaemun Market ni sumpah besar. Banyak sangat sangat sangat barang-barang kat sini. Bayangkan first-first sampai, kami terus masuk dalam kedai-kedai yang jual pakaian bayi. Rambang mata nak beli, end up saya tak beli apa-apa pun.

Banyak jugak kami shopping kat sini, fridge magnet, t-shirt, seaweed, brooch & accessory. Dekat accessory section memang banyak brooch lawa-lawa dan unik. Boleh tawar-menawar kalau pandai. Biarpun tak pandai berbahasa korea, saya selalu mencuba nasib kot-kot dapat harga yang lebih rendah ;)

Plan asalnya, lepas Namdaemun kami akan ke Dongdaemun semula untuk beli comforter dan kain cotton korea. Tapi ralit sangat berjalan di Namdaemun tak sedar hari dah nak pukul 6. Waktu kami sampai di Gwangjang Market tu banyak kedai-kedai dah mula tutup. Tapi mujur sempat jugak beli satu comforter. Tapi paling ralat sekali, tak dapat nak beli kain cotton tu. Ingat nak bagi dekat mak, but somehow takde rezeki gamaknya. Sobs sedih!

Kami sampai kat rumah dalam pukul 8 malam. Campak barang semua, solat bagai then keluar balik. Last night kat Korea, janji nak makan sama-sama ngan Shaqifah kat Itaewon.


Lepas makan, teman Shaqifah shopping barang dapur dia and then meet up my old friend masa dekat KMK. Haih punya la besarnya Malaysia sampai tak pernah berjumpa. Tup tup datang Korea jumpa kawan lama.

last pose sebelum balik Malaysia

Bersembang panjang kami malam tu dalam pukul 1:00 pagi baru kami balik. Sampai-sampai rumah memang kelam kabut cap ayam. Dengan barang tak kemas bagai, malam tu sempat tidur sejam lebih je kot. Flight kami keesokan paginya pukul 9:30 pagi.

- - - - - - -

Pagi esoknya, kami gerak awal. Shaqifah yang menghantar kami ke perhentian bas dekat-dekat rumah dia. Dia cakap memang ada bas pergi airport lalu dekat situ. Tunggu punya tunggu nak dekat setengah jam lebih dah. Bas yang dijadualkan tiba tak muncul-muncul. Orang korea yang dok tunggu bas kat situ pun buat muka pelik dok pandang beg besar kami. Sampai la ada seorang local yang tegur Shaqifah. Bla bla bla (dia cakap dalam bahasa korea) katanya bas nak pergi airport dah tak lalu kat sini dah, kena tunggu depan sikit.

Pergh bayangkan cemasnya kami tahap beruang kutub dah. Risau terlepas flight. Terus tahan teksi memecut ke airport. Laju gila uncle tu bawa, Alhamdulillah nasib baik sempat sampai. Tak pasal kena 58K ₩. Memang waktu tu Dayana ngan Fatin dah kehabisan duit korean won. Bila fikir balik, ada hikmahnya jugak tak dapat beli kain cotton tu. At least saya masih ada duit in case of emergency macam ni.

Sampai-sampai, terus check in bag dan bekejar-kejaran lah kami nak naik flight..
Selamat je naik, masing-masing lap peluh, LEGA! :)

So pengajaranya kawan-kawan sentiasa bersedia dalam apa saja kemungkinan. Kat bawah ni saya share some tips, semoga membantu:
  1. Saya kira Korea selamat andai anda ingin melancong berseorangan. Orangnya ramah dan sudi membantu kalau anda sesat.
  2. Susah sikit nak cari tempat solat, so selalu rancang dahulu perjalanan anda. 
  3. Kalau nak shopping pergi ke Seoul tapi kalau nak tengok pemandangan yang cantik-cantik silalah ke Jeju. 
  4. Spend lebih masa di Jeju sebab tempat dia saaaaangat cantik!
  5. Cukup sekadar melawat satu palace sahaja sebab semuanya lebih kurang sahaja.
  6. Tiada apa di Nami Island heee, ia sekadar pulau kecil sahaja. Tak perlu spend terlalu lama di sana ;)
  7. Elakkan melawat museum yang ada kat Malaysia macam Trick Art Museum or Wax Museum sebab feelingnya lebih kurang sahaja
  8. War Memorial of Korea tempat yang wajib pergi!
  9. Kemana-mana anda pergi, mereka pasti tertarik dengan apa yang kita pakai kat kepala :)
  10. Jangan terkejut bila mereka senyum-senyum kat anda sambil cakap "yeppeoyo". Its mean you're pretty ^_^
  11. Insadong macam Cental Market
  12. Myondong macam Bukit Bintang
  13. Namdaemun macam Masjid Jamek
  14. Itaewon macam Kampung Baru, banyak restaurant makanan halal kat sini
  15. Dongdaemun macam Jalan Kenanga kot
  16. Untuk shopping saya cadangkan anda ke Namdaemun ataupun Dongdaemun. Tapi kalau nak beli kasut mungkin boleh ke Myondong. Comforter boleh cari di Gwangjang Market.
  17. Nak pakai pakaian traditional Korea boleh ke Kokdu Traditional House di Bukchon Hanok Village tapi berbayar sikit la ye. Tapi all the way dekat Insadong pun ramai je yang menawarkan service yang serupa. Dalam studio barangkali.
  18. Singgah Itaewon, jangan lupa makan Mr Kebab
  19. Kalau nak ke Namsan Tower, boleh naik shuttle bas, cable car or daki bukit sendiri. Pilihan bergantung pada tahap kecergasan anda ;)
  20. Kalau letih berjalan, boleh naik teksi dalam Seoul. Ia boleh di consider murah lagi as long as tak lebih 10K ₩. Sepanjang kami kat sana, paling jauh pun kami kena 7K ₩.
  21. Maybe you can consider untuk menyewa hostel/hotel di tengah bandar macam Itaewon/Dongdaemun/Myondong or Hongdae. Lebih dekat accessnya ke tempat tarikkan pelancong.
  22. Book tiket awal-awal jika mahu ke Jeju, kalau dapat masa promo tak sampai pun RM 200 round trip.
  23. Access to public transport kat Jeju tak sehebat di Seoul. Kalau berani boleh sewa kereta dan drive sendiri di Jeju. Kalau malas macam kami boleh hire taxi driver. InsyaAllah servis mereka memuaskan. Tapi kena tahan dan buat muka garang sebab ada sesetengah driver macam miang sikit T_T
  24. Nak hire taxi driver dekat Jeju boleh email kimi9461@hanmail.net (Mr Kim Ki Hyung). In case dia tak free, dia akan recommendkan kawan-kawan dia.
  25. Pakai kasut yang selesa untuk elakkan kaki melecet. 
  26. Minum air secukupnya untuk elakan dehydrated. Pakai losyen dan lip balm untuk elakkan kulit dan bibir kering.
  27. Kat Korea ada tourist police dan mereka sangat-sangat membantu terutamanya jika anda berada dalam kawasan yang sangat besar macam kat Namdaemun. InsyaAllah tak sesat ;)
  28. Bawa instant food banyak-banyak macam sardine, Brahim, tuna etc. Save budget dan tak membazir masa untuk cari kedai makan yang halal.
  29. Jika ada kawan-kawan disana, anda boleh berjimat dengan menumpang rumah mereka. (Thanks Shaqifah sudi tumpangkan kami)
Total Cost
Flight Ticket to Korea : RM 1024
Jeju Air Ticket (Round Trip) : RM 210
Goodstay Namguk Hotel, Jeju : RM 50
HK Jeju Guesthouse: RM 52
Taxi to Incheon Airport: RM 55
Jeju Taxi Tour: RM 122
Add On Luggage: RM 90
Token: RM 85
Entrance Fee: RM 52 (Jeju) + RM 192 (Seoul)
T-money card + reload : RM 50
Food + Accomodation lain : RM 150


Total : RM 2132 (lebih kurang tapi rasa macam lebih)

But roughly tak lebih RM 3500 tambah tolak dengan shopping semua. Paling jimat RM 3000 tu selamat dah pergi dan balik. Kira berpuas hati travel sendiri daripada ikut travel agent. At least saya tahu kat mana semua duit tu dihabiskan.

Bila teringat balik, rindu kadang-kadang. Buat semak dekat rumah dia, main masak-masak kat sana sampai bersin-bersin, tunggu shaqifah balik dari kelas dan dinner sama-sama. Kami akan bersorak gembira once she open the door. supprise gittew. Dinner kami lewat, makan-makan terus tidur. Sebelum tidur, soalan favorite Shaqifah "Korang jalan mana harini?" and we are telling her all the story sampai masing-masing mengantuk dan kemudianya dia tanya pulak "Esok nak pergi mana pulak?" lepastu dia akan bagi tips-tips ataupun direction nak ke tempat tu. 

Tidur kami ditemani melodi dengkuran yang sahut bersahut. Rumah shaqifah yang sebesar kotak mancis tu tersangat padat dipenuhi kami. Umpama tin sardin saya kira. Well after one year plus, those memory still remain. :)

So what's next?

Saturday, January 3, 2015

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 7) - Seoul

Been a while after my last post here. haha agak tak senonoh di situ, orang kat Korea tu pun dah balik Malaysia, saya je yang masih belum habis-habis menulis hee. Anyway continue from previous story.

Pagi tu tiket flight kami ke Seoul pukul 8:25am dan tiba di Gimpo Airport sekitar 9:30 pagi. Dari airport kami terus menuju ke Stesen Hongik University untuk ke Hello Kitty Cafe. From subway station tu kene berjalan dalam 5-10 minit. Mujur terserempak dengan tourist dari Singapore. Mereka yang besungguh-sungguh menunjukkan kami jalan untuk ke sana. Obvious sangat kot muka kitorang macam orang sesat. Dengan mengusung beg berat lagi. Mujur mereka sudi menolong.

Tourist yang baik hati dari Singpore. Friendly sangat diorang ni.


On the way back sempat tapau Gong Cha buat membasah tekak yang kekeringan. Kami singgah sebentar di Seoul Station untuk tapau nasi dan simpan semua barang-barang dekat locker yang disediakan. Seterusnya kami ke Hwaseong Fortress yang terletak di daerah Suwon. Untuk ke sini, kami menaiki Subway line 1 dan turun di Suwon Station. Perjalanan untuk ke Suwon agak jauh jugak sebenarnya since ia berada di luar daripada daerah Seoul. Lebih kurang sejam lebih, itupun kalau tak tersalah naik train. 

Dari Suwon Station, kami menaiki teksi. Lebih kurang 10 minit perjalanan barulah sampai ke Hwaseong Fortress. Hwaseong Fortress ini adalah salah satu UNESCO World Cultural Heritage Site. Korang boleh google sendiri kalau nak tahu sejarah asal dia. Kami tak sempat pusing habis pun sebab hari dah nak gelap. Sampai dekat atas, kami berhenti rehat dan makan!

Dari atas ni boleh dilihat permandangan sayup-sayup bandar Suwon. Cantik dan mendamaikan, ala-ala Bukit Ampang gittew. Di tambah lagi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang sesuai untuk release stress.

Kami tak dapat nak berlama-lama di sini kerana hari makin gelap ditambah langit mendung seakan mahu hujan. Dalam pukul 5:00 petang kami begerak kembali ke Seoul. Memang dalam train semuanya tido mati. Sedar-sedar dah nak sampai ke Dongdemun.

Kami turun di Jongno 3(sam)-ga untuk ke pasar Dongdemun. Serius tempat ni memang besar gilors! Boleh sesat larat dibuatnya. Letih barangkali kami seakan tidak bernafsu untuk shopping. Semua kedai-kedai kat sini menawarkan belian runcit ataupun borong. Memang banyak choice. Terlalu banyak pilihan dari shawl, topi lelaki, handbag, payung dan lain-lain. Sesuai sangat untuk mereka yang nak berniaga.

Serius rambang mata, silap-silap masuk dalam ni boleh sesat woo 


Memandangkan hari dah malam, banyak kedai dah tutup. Kami hanya sempat berjalan dalam satu banggunan sahaja. Memang masa ni berkira-kira nak beli satu tote bag tu. Cantik design dia, memang tak pernah jumpa kat Malaysia. Tapi mengenangkan harga dia dah nak mencecah RM 100, saya pun membatalkan niat tu. But end up menyesal! lol perempuan oh perempuan =.='

On the way balik ke rumah jumpa plak satu kubu ni kat tengah-tengah bandar. Rasa-rasa Seoul  Fortress kot. Cantik plak kubu ni time malam-malam.

End of Day 7!
Lesson learn: next time kalau pergi mana-mana, ada barang yang berkenan beli je kalau tak nak menyesal. Sebab tu mungkin kali terakhir korang jumpa benda tu! :p

Wednesday, June 4, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 6) Part II - Jeju

Cont. from previous post

Puas menikmati bayu laut di Seongsan Ilchulbong kami ke Seopjikoji. Tak silap saya Seopjikoji ni adalah salah satu lokasi pengambaran drama Korea. Pemandangan dia pun cantik ada banyak bunga-bunga lagi tapi sayang tak larat nak explore sampai ke hujung sebab sibuk bergamba dan ehem kami di warning oleh Mr Kim supaya spend only 45min sahaja di sini.

pemandangan kat sini sangat awesome, jatuh cinta ngan bunga-bunga ni! 



Few places to go dan kami sangat-sangat mengejar masa. Dari Seopjikoji kami ke Jeongbang Falls. Jeongbang Falls adalah satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke laut. Kami singgah sekejab sahaja di sini sebab rushing ke Jusangjeolli Cliff. Sayang sangat sebab tak banyak gambar kat sini sebab Mr Kim pegang camera saya. Dia yang tersangat baik hati nak tolong tangkapkan gambar tapi malangnya saya ter set manual focus dan semua gambar yang dia tangkap tu bluuuur. Sangat sedih wuuuu!

singgah sebentar beli sotong bakar buat alas perut


Kami tiba Jusangjeolli Cliff agak petang dan kat situ terlalu ramai umat manusia so memang agak susah sedikit nak cari nice view untuk bergambar. Itupun mujur ada Mr Kim yang dok cari port-port cantik. Mr Kim macam tahu je kegilaan kami adalah bergambar, dan dia tak bagi saya pegang camera sebab kalau saya pegang for sure kami akan lewat ke destinasi seterusnya. =.=’


Ada beberapa tempat yang terpaksa kami batalkan atas kekangan masa seperti Jeju Folk Village dan Cheonjeyeon Waterfall dan Seonimgyo Bridge. Seonimgyo Bridge tu pun dapat tengok dan bergambar dari jauh je. Kami berehat sebentar untuk solat dan kemudian meneruskan kembali perjalanan ke destinasi terakhir Cheonjiyeon Waterfall.

Seonimgyo Bridge di kejauhan 

Destinasi terakhir kami sebelum pulang, Cheonjiyeon Waterfall 


Habis melawat semua tempat, kami di hantar ke HK Jeju Guesthouse yang terletak di Jeju-si. Dah sampai hostel baru la terasa letih, dapat pulak bilik kat tingkat 3. Jenuh la mendaki tapi malam tu saya dan Dayana sempat lagi pusing-pusing underground market sekitar tempat kami menginap.


End of Day 6: Jeju is awesome!