Showing posts with label nota kehidupan. Show all posts
Showing posts with label nota kehidupan. Show all posts

Wednesday, August 18, 2021

Arah Musim

 Beberapa minggu sudah kakak ipar saya sampaikan berita, jiran dikawasan perumahan kami meninggal dunia akibat covid. Lama tak balik ke Ampang saya pun tak pasti macam mana keadaanya di sana. Sesekali kawan saya whatsapp bercerita perihal jiran-jiran kami yang turut dijangkiti. Saling berpesan jaga diri baik baik, entah tidak pasti bila agaknya rezeki untuk berjumpa lagi.

Minggu lepas seorang kenalan sekolah turut pergi di jemput Tuhan. Dirumah, saban hari emak akan mengupdate perihal jiran-jiran disekitar taman. Sipolan ni sudah tak ada, sipolan itu sudah tak ada. Makin hari, makin banyak berita sedih yang kita terima dan kita saling bertukar takziah, memberi semangat dan menguatkan.

Sedihkan, andai kehilangan orang yang kita sayang sebelum pandemik sudah begitu menyakitkan apatah lagi pemergian orang yang kita sayang tanpa bisa bersua buat kali terakhir. Entah bagaimana agaknya mereka melewati hari-hari sulit seperti ini.

Tidak cukup dengan perihal kehilangan, di belahan bumi yang lainya, ada jiwa yang masih berperang untuk meneruskan kehidupan.

Sesekali merajinkan diri bertanya khabar dengan teman-teman lama. Dari cerita perihal keluarga, kerja dan hal hal seputar alam. Ramai yang hilang mata pencarian, ada kebimbangan yang kita kongsikan sehingga kita turut sama kehilangan kata untuk menguatkan.

Berat ya menjadi manusia ketika ini?

Saat ujian itu datang bertubi-tubi.

Sememangnya arah musim yang kita lewati tidak sama. Ada yang masih dalam kemarau panjang. Ada yang sedang melewati mendungnya awan tapi masih belum siap menerima hujan. Bahkan ada juga yang sudah kebasahan dan tenggelam dalam lebatnya hujan. Mencari-cari tempat barpaut agar tidak hanyut bersama ribut.

Saat ini, mengungkap sabar terkadang memang mudah. Tapi untuk bahu yang memikul saya yakin ia terlalu berat dan menyesakkan. Bagaimana kita belajar meyakinkan diri untuk terus bersangka baik dengan takdir Tuhan disaat dunia tidak ramah seperti kebiasaan.

Sekeras apa pun musim yang engkau lewati sekarang, saya cuma harap semoga Tuhan mudahkan.



Saturday, May 1, 2021

Ramadhan 19: Untuk apa segala kelelahan kita, andai tidak ada Tuhan di hujungnya?


“Letihnya hari ni, I dah tak larat” kata seorang teman

“Saya pun…” kami sama-sama meluahkan sambil menyiapkan lagi saki baki kerja yang tak habis-habis

Seminggu yang lalu, seorang kawan yang lainya turut bertanya “ijan kau okay ke?” Saya semacam tak dapat tangkap, mengenangkan banyak pertanyaan dia perihal kerja yang tak sempat saya balas.

 “taklah, bukan pasal tu. Semua tu dah settle dah. Saja tanya keadaan kau”

Saya termengeluh, letihnya dihujung hari Tuhan sahajalah yang tahu. Ada banyak hal yang datang menyesak-nyesak sehingga dada terasa sempit dan bahu terasa lebih berat dari biasanya.

Disember 2020 yang lalu, saya berharap dapat memulakan tahun dengan lebih baik. Baik dengan erti kata lain bertenang-tenang, belajar menjadi lebih manusia dan menikmati hari-hari dengan melakukan apa yang saya suka, menulis salah satu darinya. Dan dari hari ke sehari ingin menulis panjang tapi tak pernah berkesempatan.

Niat ingin menulis sepanjang Ramadhan ini pun selalu berakhir “Tak apalah, esok sahaja. Rehat dulu untuk hari ini”

Dan separuh Ramadhan pun berlalu pergi. Sesekejab itu ia berlalu, atau mungkin saja roda saya yang berputar terlalu laju hingga tidak sempat menikmatinya barang sejenak. Banyak harinya saya terdiam merenung sendiri,

“Untuk apa segala kelelahan ini kalau tidak ada Tuhan di hujungnya?”

Iya sesibuk apa pun kita, semoga sentiasa ada Tuhan didalamnya.
Dan moga-moga segala lelah itu juga bukan sesuatu yang sia-sia


Ramadhan 19, 1442H
Norizan Syahnan

Tuesday, June 4, 2019

Nota Penghujung Ramadhan

Lama dah rasa nak menulis, tapi macam tak ada idea. Owh entry pasal Turki pun belum habis, InsyaAllah sambung lagi nanti lepas habis puasa.

Alhamdulillah sampai juga kita ke penghujung Ramadhan, sayu dia lain macam pulak tahun ni. So korang macam mana Ramadhan? Harap semuanya baik-baik sahaja. Tahun ni rasanya tahun pertama tak attach dekat mana-mana project masa bulan puasa lepas hampir sembilan tahun berkerja kat company ni. Dalam erti kata lain tidaklah terkejar-kejar seperti selalunya.

Seingat saya, bulan puasa tahun lepas paling mencabar sekali. Berulang-alik dari Cyberjaya – Ampang setiap hari, penatnya ya ampun, Tuhan ajelah yang tahu. Hari pertama puasa lagi saya dah terlajak tidur, letih punya pasal tak bangun sahur. Sedar-sedar je, dengar azan subuh. Padahal nasi buat sahur dah tanak malam sebelum. Sedih woo tapi paling terharu, lepas kes tu terus officemate saya buat wakeup call kejutkan bangun sahur keesokkan harinya. Thank you sista!

Tahun lepas jugak saya dan seorang lagi officemate ada ambil kelas Mandarin. Hampir lima ke enam kelas jatuh pada bulan puasa. Maka berkejaranlah kami lepas kerja sambung belajar mandarin. Tiap-tiap malam masuk kelas tersengguk-sengguk tahan mengantuk.

Mana tidaknya pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun matahari dah tak ada. Boleh kira dengan jari berapa kali je dapur saya berasap dan semua skill memasak saya pun turut ke laut. Untung lah kalau satu hari tu tak bergaduh dengan client ataupun bos. Tapi kenyataanya memang hari-hari memendam perasaan orang kata silap haribulan boleh meletus bak gunung berapi.

Pernah sekali usai berbuka dalam kereta saya cakap pada seorang teman: “Mungkin Ramadhan terbaik bagi sesetengah orang tu dengan memperbanyakkan amal, pergi terawikh ada masa buat tahajud dan sebagainya. Tapi mungkin Ramadhan yang terbaik buat kita tu datang dari hal-hal kecil seputar hidup yang mana kalau kita mampu marah mahupun mengeluh tapi kita memilih untuk sabar, mungkin itulah yang terbaik” acah-acah nak sedapkan hati sendiri.

Jadi tahun ini sengaja saya tak accept mana-mana assignment untuk guiding, tak plan nak buat masjid hopping mahu pun travel kemana-mana sepanjang bulan puasa. Sekadar menjalani hari-hari Ramadhan yang biasa untuk merasa menjadi lebih manusia.

Dulu entah macam mana saya terluah dekat seorang teman bila saya rasa tak happy dengan diri sendiri.Dia tanya kenapa?

“Sebab saya rasa diri saya yang semalam lagi baik dari yang sekarang”

Tergelak besar dia dengan jawapan saya “ Awak ni perfectionist la Ijan” dia sambung gelak lagi.

Saya pun tergelak sekali “Tak akak, saya bukan perfectionist la! Saya cuma tak nak jadi golongan yang dicelakakan Tuhan sebab hari semalam yang lebih elok.”

Dia diam, saya diam.

Sunyi



Ramadhan 1440H, seakan terjumpa kembali diri sendiri yang telah lama hilang. Alhamdulillah untuk semua hal yang Allah mudahkan. Moga kita tetap istiqamah dalam kebaikkan.


Ramadhan 30, 1440H
Norizan Syahnan 

Monday, June 22, 2015

Nota Ramadan #2


“Adakalanya Tuhan timpakan musibah pada orang lain agar ia menjadi cerminan pada kita. Untuk sama-sama belajar dari kesilapan”


Andai bukan kerana kerusi tidak cukup tatkala berbuka senja itu pasti saya pun tidak tahu menahu apa yang berlaku. Entah kenapa semua cerita-cerita emak kerap bermain-main dalam kepala. Perihal seorang nenek yang sudah separuh abad datang menumpang di rumah.

Dia hanya ada seorang anak perempuan, tinggal di hujung jalan kawasan perumahan kami. Anak perempuannya baik, tapi Tuhan uji dia dengan kehadiran menantu lelaki. Hidupnya nomad, tak pernah berlama-lama di sini. Adakalanya dia tinggal di rumah adik-beradiknya atau menumpang kasih anak-anak buah yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Cuma Ramadan kali ini, anak perempuanya mengajak dia kembali ke rumah untuk berpuasa bersama. Seperti selalu, hadirnya dia tidak disukai oleh menantu. Habis semua pinggan mangkuk diasingkan. Kuman katanya jika berkongsi pinggan dengan wanita tua itu. Pili air ditutup tidak boleh membasuh dan berwuduk. Dan saya kira banyak lagi yang emak cerita. Cuma cukup saya simpulkan semua itu adalah satu kebiadapan seorang anak biarpun wanita itu sekadar ibu mertua.

Rumah itu tidak pernah tenang. Anak-menantunya tak pernah sehaluan. Sebab itu dia lebih suka menyinggah ke rumah-rumah jiran tetangga saat anak perempuanya keluar bekerja. Satu hari dia datang menyinggah ke rumah kami, bersembang dengan emak.

Dari sehari ke sehari, dari datang menyembang, tumpang berbuka terus diajak emak untuk bermalam sahaja di rumah. Kasihan kata emak, bulan-bulan puasa ni. Anak perempuanya pun bersetuju dari melihat ibunya sakit hati diperlakukan sedemikan rupa oleh suami sendiri.

Saya tidak pasti jika mana saya berada di tempat anak perempuan nenek tu. Dilemma buat seorang wanita. Memilih ibu mahupun suami. Dan saya lihat kerisauan emak itu sama. Andai nasib dia juga begitu (moga Allah jauhkan dari kami adik-beradik). Mungkin kita sebagai anak berusaha untuk jadi anak terbaik buat mereka, tapi pasangan kita belum tentu.

Orang boleh kata “itulah dulu tak nak pilih pasangan betul-betul”. Tapi saya kira, sebaik mana pun pilihan kita dulu, manusia boleh berubah. Berubah seiring dengan waktu. Untung andai perubahan itu kearah kebaikkan, maka kebaikan itu juga untuk diri mereka sendiri. Tapi andai sebaliknya, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dia rencanakan untuk kita.

Adakalanya Tuhan berikan anak yang baik, tapi tidak pada menantu
Adakalanya Tuhan berikan suami yang baik, tapi tidak pada mertua
Adakalanya Tuhan berikan suami dan mertua yang baik, tapi bukan pada ipar duai.

Entahla aturan Allah tu aneh-aneh, tapi semuanya adalah yang terbaik. Mungkin Ramadan ini ada sesuatu yang Tuhan ingin ajarkan pada kami sekeluarga. Perihal wanita itu.



Nota kaki: Semalam sebelum pulang terbaca nota adik bongsu saya yang emak kepitkan pada cermin solek dibiliknya. Tersenyum seorang, tapi dalam hati seakan mahu pecah menahan tangis T_T

Wednesday, November 23, 2011

Nota Kecil: Bangkitlah wahai jiwa yang lelah

 
Kebelakangan ini banyak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup aku. Kadang-kadang aku sendiri tidak pernah terfikir perkara tersebut akan terjadi dalam hidup ini. Dan peristiwa pagi tadi betul-betul membuat aku tersentap. Jiwa tertunduk lesu. Aku datang ke office dengan hati yang membengkak marah, mata merah menahan tangis. Dan sesekali air mata itu tumpah jua. Tenggelam dalam emosi.

Ada yang perasan lalu menengur. Hanya beberapa patah aku jawab. Tiada nafsu untuk berbual. Diam, sepi mencari hikmah. Ya Allah teguran Mu ini terlalu halus dan amat sukar dimengerti. Barangkali ini adalah balasan atas dosa semalam. Atau mungkin juga teguran kerana aku terlalu jauh dari Mu. Terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa tugas hakiki seorang hamba pada Tuanya.

Bangkitlah wahai jiwa yang lelah, kembalilah pada Tuhan mu. Berhentilah menangis. Binalah kekuatan dengan doa-doa mu. Yakin dan pasti Allah Maha Adil. Dia yang sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-hamba-Nya. Semoga dia menerima balasan yang setimpal. Ameen…

credit picture to weit

Sunday, August 7, 2011

Tatkala hati mula ragu

Teringat kembali beberapa bulan sebelum menamatkan latihan industri, rata-ratanya teman-teman aku sudah pun sibuk mencari kerja. Aku pun tidak terkecuali. Resah benar hati, takut andai menjadi pengangur terhomat tatkala habis latihan industri nanti. Tak sanggup rasanya hendak memegang title tersebut.

“Ijan kau ada apply tak postion #$&%#% kat jobstreet? Dia ada panggil aku interview…”
“Ijan, resume yang kita hantar dekat company &%#@$& hari tu dah panggil aku interview…”
“5,6 company panggil aku interview… Ijan kau macam mana?”

Resume sudah banyak di hantar, permohonan melalui Jobstreet apatah lagi. Beratus gamaknya. Segala job site dah di register. Pameran kerjaya sudah berkali-kali pergi. Interview juga begitu. Bukan tiada respons positif. Aku yang memilih barangkali.

“Ijan, tahu tak dia dah dapat kerja kat $#^&@%, company tu offer RM@#$!”
“Ijan, aku dah dapat kerja dah kat &#%$&”

Bohong jika aku tidak kecewa. Dan bohong juga andai aku katakan aku tidak cemburu mendengar berita teman-teman seperjuangan sudah mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar! Terdetik dihati barangkali keputusan aku menolak tawaran HP dan Exxon Mobil satu kesilapan. Mengapa aku harus memilih, sedangkan rezeki sudah di depan mata.

Segera hati beristigfar. Mengapa perlu cemburu? Mengapa perlu iri hati? Bukankah Rasulullah mengajar kita untuk mendoakkan kebaikan orang lain. Bukankah kebaikan yang kita doakan buat orang lain akan berbalik semula kepada kita, malah lebih berganda. Mudah bukan?

Usaha diiringi doa, namun berita baik tak kunjung tiba. Sabar, jangan lelah untuk terus menanti. Jangan ragu, Allah sentiasa mendengar doa yang kita titipkan tatkala usai bersolat. Bukan Allah tidak mahu menjawab doa kita, Dia Maha Tahu bila waktunya untuk menjawab doa kita.

Buat teman-teman yang sudah habis belajar dan masih lagi mencari-cari kerja, sabar dan terus berusaha. Barangkali berita baik masih dalam perjalanan.



"…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. 
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. 
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 
[65:2-3]

Friday, August 5, 2011

Dan pada setiap penciptaan itu, amat mudah bagi Allah



Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam 
Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
[35:11]

Friday, March 25, 2011

A blessed friday morning


credit picture to weit

 Don't ruin today by worrying about yesterday's problems
new sunshine may brighten your day
just take a deep breath, smile and say
Good Morning

Monday, August 9, 2010

Langit Mendung Seakan Mengerti…

Seorang lagi kenalan telah kembali ke rahmatullah lewat petang semalam.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Assuandie
Semoga rohmu ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman

Di luar, langit mendung seakan mengerti
Seolah-olah turut sama menangisi
kehilangan seorang lagi teman
yang pergi menemui Sang Penciptanya~