“Entah kenapa saya tidak sebaik dia”
Itu sahaja ayat yang kerap bermain-main di kepala. Lewat petang tadi saya bertemu dengan teman lama. Hampir setahun dia menyepi. Saya pun tidak tergerak hati untuk menghubunginya. Sangka saya, sepi itu tanda segalanya baik sahaja. Namun sangkaan saya jauh meleset. Ayahnya disahkan menghidap kanser tahap ke-4 sejak enam bulan yang lalu.
Saya terkesima, sesekali saya tertawa menyembunyikan rasa terkejut. Sedikit tersentuh apabila dia bercerita tentang ayahnya, lantas teringat ayah di rumah. Entahlah saya sendiri tidak yakin saya mampu menjadi seperti dia.
Berkongsi cerita tentang keluarganya, kerjaya dan kehidupan peribadinya, membuatkan saya sedikit kagum. Ya dia masih sama seperti yang saya kenal lapan tahun yang lalu malah lebih matang dari itu. Disebalik kesedihan itu dia masih mampu ketawa. Dan saya tetap yakin, dia masih kuat seperti dulu. Semoga dia dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian dari Allah dan semoga Allah sentiasa merahmati dia dan keluarganya. Ameen…
3 comments:
meremang bulu roma baca kak...
sedih yerr ;(
tu la akk pun terkejut dapat tahu. ujian Allah hadir dalam bentuk yang kita tak sangka2. Semoga dia tetap kuat =)
Post a Comment