Monday, September 30, 2013

Lesson Number 5

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Belajar mendengar dengan hati
supaya engkau lebih menjiwai apa yang mereka rasa
supaya engkau lebih kenal siapa mereka...










Friday, September 27, 2013

Bodohnya bila kita hanya malu pada manusia, tidak pada Allah


Ntah apa yang tak kena dengan setting gtalk saya, atau barangkali memang ia sedikit tintong. Tadi petang, saya ditegur oleh teman sepejabat. Dia kata, dia dapat mesej gtalk yang saya hantar untuk seorang lagi kawan. Siap di copy paste semuanya. Hurm malu sebentar! Mujur hanya bercerita perihal belog. 

Ok belum habis lagi. Nak dijadikan cerita, bukan dia seorang sahaja yang dapat mesej gtalk mengarut saya. There are few more since I’ve been chatting with few others huh dan paling tak sangka salah satu daripadanya adalah manager saya. Gulp! Sekali lagi mujur tiada unsur mengumpat mahu pun mengutuk orang. But still malu malah lebih malu dari kisah salah masuk dewan exam empat tahun lepas.

Actually lepas dari tu, banyak benda yang bermain dalam kepala. Dan sepanjang-pajang perjalanan pulang ke rumah saya tak habis-habis fikir segala kemungkinan yang berlaku. Malunya kalau orang lain tahu apa yang kita sembang, malunya kalau itu, malunya kalau dia tahu ini bla bla dan tiba tiba terlintas

“malu dengan manusia je kot, malu dengan tuhan?”
 Gulp! Allahuakbar

Dalam banyak keadaan pun, adakalanya kita lebih malu dengan manusia daripada Tuhan.
Kita malu dengan manusia sebab tak cantik, tapi kita tak malu dengan Tuhan sebab akhlak kita tak cantik

Kita malu dengan manusia jika mereka tahu kita tak solat, tapi kita tak malu dengan Tuhan kalau solat kita tak sempurna malah tergesa-gesa kerana mengejar dunia.

Kita malu dengan manusia bila mereka tahu apa yang kita bualkan, tapi kita tak malu dengan Tuhan sedangkan Tuhan lebih tahu segalanya umpat dan keji kita pada orang.

Kita malu dengan manusia bila mereka tahu kita buat jahat, tapi kita tak malu dengan Tuhan.
bahkan tatkala berseorangan, itu membuatkan kita lebih berani melakukan kemungkaran.
Kita kata “Ala tiada siapa nampak…”

Allah jahilnya kita. Bodohnya kita bila kita hanya malu pada manusia tapi tidak pada Allah, Tuhan sekalian alam pemilik kehidupan.

Sejujurnya, saya jadi malu sendiri bila mana kawan saya copy paste segala mesej tu. Kalau ini rasanya dekat dunia, saya tak dapat banyangkan bagaimana malunya dihadapan Tuhan kelak tika menerima buku amalan saya. Lebih memalukan, bila helaian demi helaian yang saya selak tidak punya amal kebaikkan langsung.

Lalu apa yang saya harus jawab dihadapan Tuhan nanti?
Apa yang akan kita akan jawab dihadapan Tuhan nanti?
Moga masih belum terlambat untuk kita!

Saturday, September 21, 2013

10 months of silence

Rindu. Sungguh tak tipu! 
Ntah apa yang disibukan sangat sehingga tak punya masa menulis. Barangkali ada yang lebih mengujakan saya di sini heeee. Eh tidak! Mungkin MALAS itu yang lebih tepat. 

10 bulan yang dingin semenjak entri terakhir, terlalu banyak yang berlaku. Berperang dengan kehidupan sendiri, pilihan sendiri, adakala sukar! Mujur ada teman yang baik hati dikirim Tuhan. 

10 bulan yang sunyi, Alhamdulillah rezeki makin murah. Makin ramai sahabat-sahabat yang melangsungkan pertunangan dan perkahwinan. Sedikit sebanyak tempiasnya ada juga yang terkena. Terima kasih kerana hired saya sebagai photographer. Terima kasih kerana percaya biarpun adakalanya saya semacam tak yakin. 

Dan ini adalah kisah sepuluh bulan saya: