Showing posts with label live your soul. Show all posts
Showing posts with label live your soul. Show all posts

Wednesday, August 18, 2021

Arah Musim

 Beberapa minggu sudah kakak ipar saya sampaikan berita, jiran dikawasan perumahan kami meninggal dunia akibat covid. Lama tak balik ke Ampang saya pun tak pasti macam mana keadaanya di sana. Sesekali kawan saya whatsapp bercerita perihal jiran-jiran kami yang turut dijangkiti. Saling berpesan jaga diri baik baik, entah tidak pasti bila agaknya rezeki untuk berjumpa lagi.

Minggu lepas seorang kenalan sekolah turut pergi di jemput Tuhan. Dirumah, saban hari emak akan mengupdate perihal jiran-jiran disekitar taman. Sipolan ni sudah tak ada, sipolan itu sudah tak ada. Makin hari, makin banyak berita sedih yang kita terima dan kita saling bertukar takziah, memberi semangat dan menguatkan.

Sedihkan, andai kehilangan orang yang kita sayang sebelum pandemik sudah begitu menyakitkan apatah lagi pemergian orang yang kita sayang tanpa bisa bersua buat kali terakhir. Entah bagaimana agaknya mereka melewati hari-hari sulit seperti ini.

Tidak cukup dengan perihal kehilangan, di belahan bumi yang lainya, ada jiwa yang masih berperang untuk meneruskan kehidupan.

Sesekali merajinkan diri bertanya khabar dengan teman-teman lama. Dari cerita perihal keluarga, kerja dan hal hal seputar alam. Ramai yang hilang mata pencarian, ada kebimbangan yang kita kongsikan sehingga kita turut sama kehilangan kata untuk menguatkan.

Berat ya menjadi manusia ketika ini?

Saat ujian itu datang bertubi-tubi.

Sememangnya arah musim yang kita lewati tidak sama. Ada yang masih dalam kemarau panjang. Ada yang sedang melewati mendungnya awan tapi masih belum siap menerima hujan. Bahkan ada juga yang sudah kebasahan dan tenggelam dalam lebatnya hujan. Mencari-cari tempat barpaut agar tidak hanyut bersama ribut.

Saat ini, mengungkap sabar terkadang memang mudah. Tapi untuk bahu yang memikul saya yakin ia terlalu berat dan menyesakkan. Bagaimana kita belajar meyakinkan diri untuk terus bersangka baik dengan takdir Tuhan disaat dunia tidak ramah seperti kebiasaan.

Sekeras apa pun musim yang engkau lewati sekarang, saya cuma harap semoga Tuhan mudahkan.



Saturday, May 1, 2021

Ramadhan 19: Untuk apa segala kelelahan kita, andai tidak ada Tuhan di hujungnya?


“Letihnya hari ni, I dah tak larat” kata seorang teman

“Saya pun…” kami sama-sama meluahkan sambil menyiapkan lagi saki baki kerja yang tak habis-habis

Seminggu yang lalu, seorang kawan yang lainya turut bertanya “ijan kau okay ke?” Saya semacam tak dapat tangkap, mengenangkan banyak pertanyaan dia perihal kerja yang tak sempat saya balas.

 “taklah, bukan pasal tu. Semua tu dah settle dah. Saja tanya keadaan kau”

Saya termengeluh, letihnya dihujung hari Tuhan sahajalah yang tahu. Ada banyak hal yang datang menyesak-nyesak sehingga dada terasa sempit dan bahu terasa lebih berat dari biasanya.

Disember 2020 yang lalu, saya berharap dapat memulakan tahun dengan lebih baik. Baik dengan erti kata lain bertenang-tenang, belajar menjadi lebih manusia dan menikmati hari-hari dengan melakukan apa yang saya suka, menulis salah satu darinya. Dan dari hari ke sehari ingin menulis panjang tapi tak pernah berkesempatan.

Niat ingin menulis sepanjang Ramadhan ini pun selalu berakhir “Tak apalah, esok sahaja. Rehat dulu untuk hari ini”

Dan separuh Ramadhan pun berlalu pergi. Sesekejab itu ia berlalu, atau mungkin saja roda saya yang berputar terlalu laju hingga tidak sempat menikmatinya barang sejenak. Banyak harinya saya terdiam merenung sendiri,

“Untuk apa segala kelelahan ini kalau tidak ada Tuhan di hujungnya?”

Iya sesibuk apa pun kita, semoga sentiasa ada Tuhan didalamnya.
Dan moga-moga segala lelah itu juga bukan sesuatu yang sia-sia


Ramadhan 19, 1442H
Norizan Syahnan

Friday, May 1, 2020

Nota Pertama di Tahun 2020



Tahun 2019 melabuh tirai dengan kenangan yang manis serta hal-hal yang mengembirakan hati saya. Banyak sekali mimpi-mimpi yang menjadi nyata. Iya tahun itu, tahun 2019 dan saya menulisnya selepas lima bulan kita ditahun baru. Seperti biasa, saya hidup dalam garis waktu yang berbeza.

Dalam keletihan menjalani hari-hari yang panjang, saya selalu berkira-kira mahu mengambil cuti sehari dua. Cuti yang hanya mahu dihabiskan dengan bermalas-malasan di rumah. Tapi agaknya perancangan Tuhan itu lebih hebat ya, penularan wabak Coronavirus yang akhirnya menjadi asbab untuk tinggal di rumah lebih lama.

Hari ini hari ke-45 semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dalam tak sedar, dah nak masuk dua bulan kita menjalani hari-hari dirumah sahaja.

So how was your day?
Berapa banyak angan mu yang berlalu menjadi angin?

Pagi tadi usai Subuh, ternampak satu post dari IG Ustaz Zahid Zin dan saya sangat tertarik dengan kata-kata dalam salah satu video beliau:

“Kita tak akan faham apa yang Allah nak kan dalam kehidupan kita. Dan sekalipun kalau Tuhan fahamkan kita satu sahaja sebab kenapa Tuhan tak izinkan doa kita termakbul, mungkin kita akan faham bahawa sebenarnya penolakkan doa-doa itu adalah sebahagian pemberian Allah”

Too deep, sungguh hal yang berkaitan dengan hati tu sangat sukarkan? Ditengah pandemik COVID-19 yang entahkan bila akan berakhir, kita dipaksa akrab dengan berbagai ketidakpastian. Banyak hal yang menjadi tanda tanya dan meresahkan kita.

Dan hidup terus berputar dalam norma yang baru, yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Saat rencana hanya tinggal rencana, kita belajar menyesuaikan diri dengan rencana-Nya. Moga Tuhan sentiasa melapangkan dan meluaskan hati kita untuk itu.


yang masih bertahan,
Norizan Syahnan

Tuesday, June 4, 2019

Nota Penghujung Ramadhan

Lama dah rasa nak menulis, tapi macam tak ada idea. Owh entry pasal Turki pun belum habis, InsyaAllah sambung lagi nanti lepas habis puasa.

Alhamdulillah sampai juga kita ke penghujung Ramadhan, sayu dia lain macam pulak tahun ni. So korang macam mana Ramadhan? Harap semuanya baik-baik sahaja. Tahun ni rasanya tahun pertama tak attach dekat mana-mana project masa bulan puasa lepas hampir sembilan tahun berkerja kat company ni. Dalam erti kata lain tidaklah terkejar-kejar seperti selalunya.

Seingat saya, bulan puasa tahun lepas paling mencabar sekali. Berulang-alik dari Cyberjaya – Ampang setiap hari, penatnya ya ampun, Tuhan ajelah yang tahu. Hari pertama puasa lagi saya dah terlajak tidur, letih punya pasal tak bangun sahur. Sedar-sedar je, dengar azan subuh. Padahal nasi buat sahur dah tanak malam sebelum. Sedih woo tapi paling terharu, lepas kes tu terus officemate saya buat wakeup call kejutkan bangun sahur keesokkan harinya. Thank you sista!

Tahun lepas jugak saya dan seorang lagi officemate ada ambil kelas Mandarin. Hampir lima ke enam kelas jatuh pada bulan puasa. Maka berkejaranlah kami lepas kerja sambung belajar mandarin. Tiap-tiap malam masuk kelas tersengguk-sengguk tahan mengantuk.

Mana tidaknya pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun matahari dah tak ada. Boleh kira dengan jari berapa kali je dapur saya berasap dan semua skill memasak saya pun turut ke laut. Untung lah kalau satu hari tu tak bergaduh dengan client ataupun bos. Tapi kenyataanya memang hari-hari memendam perasaan orang kata silap haribulan boleh meletus bak gunung berapi.

Pernah sekali usai berbuka dalam kereta saya cakap pada seorang teman: “Mungkin Ramadhan terbaik bagi sesetengah orang tu dengan memperbanyakkan amal, pergi terawikh ada masa buat tahajud dan sebagainya. Tapi mungkin Ramadhan yang terbaik buat kita tu datang dari hal-hal kecil seputar hidup yang mana kalau kita mampu marah mahupun mengeluh tapi kita memilih untuk sabar, mungkin itulah yang terbaik” acah-acah nak sedapkan hati sendiri.

Jadi tahun ini sengaja saya tak accept mana-mana assignment untuk guiding, tak plan nak buat masjid hopping mahu pun travel kemana-mana sepanjang bulan puasa. Sekadar menjalani hari-hari Ramadhan yang biasa untuk merasa menjadi lebih manusia.

Dulu entah macam mana saya terluah dekat seorang teman bila saya rasa tak happy dengan diri sendiri.Dia tanya kenapa?

“Sebab saya rasa diri saya yang semalam lagi baik dari yang sekarang”

Tergelak besar dia dengan jawapan saya “ Awak ni perfectionist la Ijan” dia sambung gelak lagi.

Saya pun tergelak sekali “Tak akak, saya bukan perfectionist la! Saya cuma tak nak jadi golongan yang dicelakakan Tuhan sebab hari semalam yang lebih elok.”

Dia diam, saya diam.

Sunyi



Ramadhan 1440H, seakan terjumpa kembali diri sendiri yang telah lama hilang. Alhamdulillah untuk semua hal yang Allah mudahkan. Moga kita tetap istiqamah dalam kebaikkan.


Ramadhan 30, 1440H
Norizan Syahnan 

Tuesday, December 20, 2016

Lesson #9


Sometimes we win, sometimes we loose learn 

Siapa yang paling cepat dia yang menang!
Berlumba-lumba dua beradik itu berlari, mahu mendapat gelaran pemenang lagaknya masing-masing.

Petang itu saya ke rumah opah, kebetulan anak-anak pak cik ada bersama.Lama betul tak duduk-duduk sebigini. Saya yang selalu terperangkap antara kerja dan juga kelas. Salute saya pada teman-teman yang bekerja sambil belajar, sumpah tak mudah tambah-tambah minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan. Langsung tak melekat kat rumah.

Sesekali becok si adik mengulang,
Siapa yang paling tinggi dia yang menang!
Siapa yang sampai sini dulu dia yang menang!

Tergelak saya melihat keletah mereka. Budak-budak apalah sangat yang mereka faham perihal menang dan kalah. Segala yang paling hebat, paling tinggi, paling cepat, paling dan paling merekalah JUARA titik (.) 

Itu ukuran mereka.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mungkin kelak saat si kecil ini menginjak dewasa ukuran itu menjadi sesuatu yang sangat berbeza.
Bila mana kalah dan menang bukan lagi apa-apa.

Satu saat di masa hadapan mereka faham menjadi hebat bukan bermaksud menang dalam setiap perkara tapi pelajaran yang kita ambil setiap kali kalah dalam percubaan.

Lalu bangkit lagi meneruskan perjalanan.
Indah bukan?
 

Wednesday, May 25, 2016

Satu malam di Perth

Kisah Daun Maple, Bintang dan Sebuah Pilihan

Malam itu malam terakhir kami. Perancangan awalnya mahu ke Kings Park, tapi memandangkan waktu operasi city bus pun sudah berakhir kami melanjutkan terus ke Elizabeth Quay. Menikmati panorama malam bandar Perth sambil menyelusuri Swan River.

“Nanti ingatkan saya nak ambil daun maple untuk kenang-kenangan” pesan teman saya.

Saya menganguk, daun maple yang terlalu sinonim dengan musim luruh. Perlahan warnanya betukar dari hijau ke merah/kuning lalu gugur mengering.

Saat berjalan pulang ke hostel, saya mengutip satu daun maple kering untuk simpanan sendiri lalu mengingatkan kembali teman saya

“Kutiplah cepat daun maple akak, nanti akak lupa”
“Tak nak lah, saya nak cari yang lain. Kalau tak jumpa, esok masih ada” katanya

 “Ok fine, I’ll keep this one first” sambil menunjuk daun maple yang saya kutip.
“Saya simpan yang ini dulu sebab saya takut tak jumpa daun lain yang lebih baik” sambung saya lagi.

Saya tergelak sendiri lalu teringat akan sebuah kisah yang saya sendiri tak pasti ianya hanya satu dongeng atau pun cerita benar.

Kisah seorang lelaki yang bertanya pada gurunya perihal jodoh. Mendengar soalan anak murid tersebut, guru meminta anak muridnya ke padang lalu mencari daun yang paling cantik. Murid itu pun pergi, lalu mencari daun yang cantik di pandangan mata. Lepas satu, satu yang dijumpainya. Tapi tidak satupun yang di ambil kerana selalu mengharap mungkin ada yang lebih elok lagi di hadapan. Hingga tiba di hujung padang dia kembali dengan tangan kosong. Hampa mungkin!

Dia tergelak, sambil mengiyakan “Macam tu jugak dalam kehidupan. Banyak benda yang kita belajar, kena praktikan dalam kehidupan” katanya
“Jangan biarkan semua yang ada di depan mata berlalu pergi” sambungnya lagi. Rasa macam kena brainwash sekejab.

“Tak semua orang ada banyak pilihan akak” luah saya
“Semuaaa orang ada baaaanyak pilihan ijan!”

“Ramai orang ada banyak pilihan, tapi tak semua orang ada ada banyak pilihan”
Dua tiga kali saya ulang supaya hadam.
“Ramai orang ada banyak pilihan, tapi tak semua orang ada ada banyak pilihan.
Bintang-bintang di langit je yang banyak kak” saya merenung langit Perth yang penuh bintang.

“Bintang memang banyak, tapi bulan tetap juga satu!” ujarnya. Kami berdua terdiam dengan random thought masing-masing lalu tergelak besar memecah kesunyian malam.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Dan malam itu sebelum tidur, saya termenung panjang. Memikirkan kembali perbualan kami, tentang hal-hal seputar hidup.

Kalau bintang tu banyak, bulan tu tetap satu
Kalau pilihan tu banyak, kenapa masih memilih yang satu?



Saturday, May 21, 2016

Aceh dan sebuah kenangan


Terlalu banyak cerita-cerita yang tak terungakap
dan kisah-kisah indah yang tak tertulis.

Allah rindu!

Sunday, July 5, 2015

Nota Ramadhan #4


Customer pertama saya pagi semalam seorang lelaki yang mungkin hampir sebaya umurnya dengan saya. Perlahan dia berjalan menghampiri kedai saya bersama ibunya yang hampir separuh abad.

“Ini mak!” sambil membelek-belek jubah unggu, Ibunya menangguk-anguk.

“ambil la mak, ok ni” anaknya meyakinkan. Saya cuma tersenyum.

Saya bagi tahu saiz paling besar ada dalam stock adalah XXL, boleh try kalau mahu. Saya tunjukkan fitting room yang terletak sedikit jauh dari booth saya.

Beberapa minit kemudiam mereka kembali semula, memulangkan kembali baju tadi

“Tak muat, ketat mak pakai” kata anak kecewa.
Saya senyum lagi “tak mengapa”
“Terima kasih ya!” ujarnya sebelum berlalu
Dipimpin tangan ibunya melangkah perlahan-lahan

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ntah kenapa kuat betul memori saya pada momen yang sebegitu. Terinspirasi barangkali. Mungkin sebab dah jarang benar melihat anak lelaki yang masih santun dan sabar melayan orang tuanya. Betapa saya mengharapkan anak-anak yang seperti itu masih belum pupus di telan waktu.

Betapa saya mengharap kelak jika di izinkan Tuhan menikah, suami dan anak-anak saya juga bisa jadi seperti itu:

Yang santun dan sabar pada ibu dan keluarganya.