Kami kami
memulakan perjalanan seawal pukul 10 pagi. Tak awal sebenarnya matahari dah
sejengkal atas kepala. Hari kedua kami ke Gyeongbokgung Palace. Dari Korea
University station kami turun di Yaksu dan ambil Subway Line 3 untuk ke
Gyeongbokgung Station.
Tak silap
saya untuk masuk ke sini dikenakan bayaran 3k ₩. Tapi disebabkan ada sambutan
yang saya tak pasti sambutan apa, pengunjung dibenarkan masuk secara percuma
pada hari itu.
Gyeonghoeru (Royal Banquet Hall)
Tengah jalan-jalan sekitar Gyeongbokgung jumpa dengan pelukis jalanan ni
Tengah duduk-duduk menghilangkan lelah dekat Hwangwonjeong, ada ajumma bagi kami buah pear.
Baik betul orang korea ^_^
Baik betul orang korea ^_^
Gyeongbokgung
Palace ni antara Five Grand Palaces yang dibina semasa Dinasti Joseon.
Serius besar sampai lenguh kaki jalan, dengan tersadung segala bagai.
Seterusnya kami ke National Folk Museum of Korea yang terletak bersebelahan dengan
Gyeongbokgung Palace. Kat sini boleh tengok macam-macam artifak sejarah yang
digunakan oleh masyarakat korea. Kat dalam muzium ni jugak terdapat Children’s
Museum tapi kami tak masuk pun sebab bukan free entrance.
Tak pasti la gunung apa belakang ni, tapi macam nice je tangkap gamba kat sini
Belum habis lagi, InsyaAllah nanti sambung lagi dengan perjalanan kami ke Gwanghwamun Square dan Namsan Tower
Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan ;)
No comments:
Post a Comment