Saturday, January 3, 2015

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 7) - Seoul

Been a while after my last post here. haha agak tak senonoh di situ, orang kat Korea tu pun dah balik Malaysia, saya je yang masih belum habis-habis menulis hee. Anyway continue from previous story.

Pagi tu tiket flight kami ke Seoul pukul 8:25am dan tiba di Gimpo Airport sekitar 9:30 pagi. Dari airport kami terus menuju ke Stesen Hongik University untuk ke Hello Kitty Cafe. From subway station tu kene berjalan dalam 5-10 minit. Mujur terserempak dengan tourist dari Singapore. Mereka yang besungguh-sungguh menunjukkan kami jalan untuk ke sana. Obvious sangat kot muka kitorang macam orang sesat. Dengan mengusung beg berat lagi. Mujur mereka sudi menolong.

Tourist yang baik hati dari Singpore. Friendly sangat diorang ni.


On the way back sempat tapau Gong Cha buat membasah tekak yang kekeringan. Kami singgah sebentar di Seoul Station untuk tapau nasi dan simpan semua barang-barang dekat locker yang disediakan. Seterusnya kami ke Hwaseong Fortress yang terletak di daerah Suwon. Untuk ke sini, kami menaiki Subway line 1 dan turun di Suwon Station. Perjalanan untuk ke Suwon agak jauh jugak sebenarnya since ia berada di luar daripada daerah Seoul. Lebih kurang sejam lebih, itupun kalau tak tersalah naik train. 

Dari Suwon Station, kami menaiki teksi. Lebih kurang 10 minit perjalanan barulah sampai ke Hwaseong Fortress. Hwaseong Fortress ini adalah salah satu UNESCO World Cultural Heritage Site. Korang boleh google sendiri kalau nak tahu sejarah asal dia. Kami tak sempat pusing habis pun sebab hari dah nak gelap. Sampai dekat atas, kami berhenti rehat dan makan!

Dari atas ni boleh dilihat permandangan sayup-sayup bandar Suwon. Cantik dan mendamaikan, ala-ala Bukit Ampang gittew. Di tambah lagi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang sesuai untuk release stress.

Kami tak dapat nak berlama-lama di sini kerana hari makin gelap ditambah langit mendung seakan mahu hujan. Dalam pukul 5:00 petang kami begerak kembali ke Seoul. Memang dalam train semuanya tido mati. Sedar-sedar dah nak sampai ke Dongdemun.

Kami turun di Jongno 3(sam)-ga untuk ke pasar Dongdemun. Serius tempat ni memang besar gilors! Boleh sesat larat dibuatnya. Letih barangkali kami seakan tidak bernafsu untuk shopping. Semua kedai-kedai kat sini menawarkan belian runcit ataupun borong. Memang banyak choice. Terlalu banyak pilihan dari shawl, topi lelaki, handbag, payung dan lain-lain. Sesuai sangat untuk mereka yang nak berniaga.

Serius rambang mata, silap-silap masuk dalam ni boleh sesat woo 


Memandangkan hari dah malam, banyak kedai dah tutup. Kami hanya sempat berjalan dalam satu banggunan sahaja. Memang masa ni berkira-kira nak beli satu tote bag tu. Cantik design dia, memang tak pernah jumpa kat Malaysia. Tapi mengenangkan harga dia dah nak mencecah RM 100, saya pun membatalkan niat tu. But end up menyesal! lol perempuan oh perempuan =.='

On the way balik ke rumah jumpa plak satu kubu ni kat tengah-tengah bandar. Rasa-rasa Seoul  Fortress kot. Cantik plak kubu ni time malam-malam.

End of Day 7!
Lesson learn: next time kalau pergi mana-mana, ada barang yang berkenan beli je kalau tak nak menyesal. Sebab tu mungkin kali terakhir korang jumpa benda tu! :p

No comments: