Hari itu
saat pulang dari kerja, saya lihat sepatu merah awak masih disitu. Comel, elok tersimpan
dalam bekas plastik berbentuk hati atas rak kasut. Sedikit berhabuk kerana
terlalu lama tidak berusik. Teringat kata-kata opah tiap kali singgah ke rumah,
“Bila la tuanya nak balik”
8 bulan awak
di hospital, dalam hati kami masih menyimpan harapan agar awak bisa sembuh
macam anak-anak lain. Sihat membesar dan berlari untuk melihat dunia.
Dan
segalanya atas kuasa Allah. Sehebat mana sekalipun usaha kami untuk melihat
awak pulih andai tertulis waktunya sampai disitu, maka disitulah segalanya
berakhir. Subuh itu awak pergi.
Sombongnya
awak, sekali pun tak pernah mahu untuk pulang ke rumah. Awak pulang hanya untuk
pergi buat selamanya.
Allah, mudahnya
syurga untuk awak Delisha, sedangkan kami masih harus berlelah-lelah dengan
segala luka dunia.
Al-Fatihah
Nur Delisha
Imani Saiful
April 2014-Februari
2015
No comments:
Post a Comment