Showing posts with label UMP. Show all posts
Showing posts with label UMP. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Berakhirnya Hari Yang Mendebarkan~

Kata-kata yang menyuntik semangat aku:

"Ramai orang yang gagal adalah orang yang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan pada ketika mereka menyerah kalah"
                                Thomas A. Edsion

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya tiba ke garisan penamat tepat pada waktunya walaupun keadaanku sedikit tempang.

Terima kasih Pn Awanis, supervisor aku yang sangat concern dengan anak buahnya
Terima kasih kak Anidcha yang menyumbangkan idea-idea bagi permasalahan aku
Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu dan melayan karenah aku
di kala aku mengalami syndrome psm tak siap~!

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Dan Terima kasih

Semoga Allah membalas jasa kalian~

Sebelum pembentangan bermula

Cik Thiya


Cik Siti


pembentangan projek sedang berlangsung
 


Tamat sudah hari yang mendebarkan

nota kaki: credit to zai yang jadi camera girl dan terima kasih buat teman-teman yang datang mengunjungi booth aku hari ni~

Thursday, January 28, 2010

Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Alhamdulillah selesai sudah Pilihan Raya Kampus bagi Sesi 2009/2010. Berikut adalah keputusan bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi ini:

CALON UMUM

1.MOHD AEDLAN NUR B AHMAD -2918 undi
2.WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI - 2184 undi
3.NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK - 3070 undi
4.NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR - 3024 undi
5.UMMI ‘AQILAH BT OTHMAN - 2016 undi
6.MOHD HAZWAN SYAFIQ B. HARUN - 1881
7.HASSANAL HARIS - 1438 undi
8.NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN - 2987
9.MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM - 2073
10.MUHAMMAD FARIS BIN HASSIN - 1845 undi
11.NURUL SYAMILA BT MOHD ROSLI - 1481 undi
12.ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR - 2490 undi
13.MOHD FADZRUL HISYAM BIN BADARUDIN - 1699 undi


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1.AMEER FARHAN B SADIMIN - 625 undi
2.MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID - 439 undi
3.MOHD ZAFRULLAH B ZULKIFLI - 428 undi


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & SUMBER ASLI

1.AMIRUL NAAIM B AKASAH -192 undi
2.ONG HANG CHUAN - 331 undi
3.SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR - 698 undi
4.TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR - 635


CALON FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN

1.MUHAMMAD ZULFARIS B. MOHD SALLEH - 181 undi
2.NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN - 248 undi
3.TAY CHZE HUAT - 290 undi
4.SAMSURI B NASRUDI - 231 undi
5.MOHD NAQIUDDIN B HARUN - 196 undi


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

1.NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID - 522 undi
2.CHIO THIAM WEI - 272 undi
3.MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL - 490 undi


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM

1.RAJA GOPAL A/L VANALAGAN - 447 undi
2.MUHAMMAD FARID BIN IDRIS - 403 undi
3.NUR AZURA BT KARJANTO - 472 undi


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN & PENGURUSAN TEKNOLOGI

1.THINESH A/L KUNASEGARAN - 246 undi
2.CHAI CHEN THAI - 178 undi
3.MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN - 258 undi
4.SIMON PETER CHANDRAN - 210 undi


CALON FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI

1.AMIRUL EDHAM B ROSLEE - 122 undi
2.NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF - 111 undi
3.ALIAA DIYANA BT ABDUL HISHAM - 31 undi
4.HUSNUL FATIMAH BT HUSRIN - 60 undi


Tiada istilah KALAH ataupun KECUNDANG di dalam kepimpinan. Sememangnya anda semua adalah pemenang kerana berani menawarkan diri dan menyahut cabaran untuk berada di pentas kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MPP Sesi 2009/2010 dan selamat menjalankan tugas yang di amanahkan dengan sebaiknya.

“Khilafah itu bukan berdiri angkuh atau berteriak nyaring di atas tahta dan mahkotanya, tetapi bekerja keras dan tersenyum ramah menjadi teladan semesta.”
Salim A. Fillah

Tuesday, January 26, 2010

Pilihan Raya Kampus 09/10



Pilihan Raya Kampus yang akan berlangsung pada 28 Januari 2010 ini amat mendebarkan semua pihak. Kehangatanya semakin dirasai oleh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang. Pada ketika ini calon-calon sibuk berkempen, jentera-jentera turut turun padang untuk menggantung poster dan mengedar flyers bagi memastikan calon mereka meraih undi tertinggi pada hari pengundian kelak.

Saban malam ada sahaja calon-calon yang akan menyampaikan manifesto mereka di kolej-kolej kediaman. Membangkitkan isu dan mencari ruang-ruang kosong bagi memenangi hati mahasiswa agar mengundi mereka. Barisan penyokong pula hadir memberi sokongan dan bersorak bagi menaikkan semangat.

Pada pandangan aku calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini begitu hebat dan mantap sekali. Dan aku lihat PRK pada sesi 09/10 lebih meriah dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Antara calon-calon untuk PRK Sesi 09/10 ini adalah:

CALON UMUM

1.MOHD AEDLAN NUR B AHMAD
2.WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI
3.NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK
4.NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR
5.UMMI ‘AQILAH BT OTHMAN
6.MOHD HAZWAN SYAFIQ B. HARUN
7.HASSANAL HARIS
8.NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN
9.MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM
10.MUHAMMAD FARIS BIN HASSIN
11.NURUL SYAMILA BT MOHD ROSLI
12.ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR
13.MOHD FADZRUL HISYAM BIN BADARUDIN


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

1.AMEER FARHAN B SADIMIN
2.MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID
3.MOHD ZAFRULLAH B ZULKIFLI


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA & SUMBER ASLI

1.AMIRUL NAAIM B AKASAH
2.ONG HANG CHUAN
3.SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR
4.TALHAH AMIR BIN ABDULLAH


CALON FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN

1.MUHAMMAD ZULFARIS B. MOHD SALLEH
2.NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN
3.TAY CHZE HUAT
4.SAMSURI B NASRUDI
5.MOHD NAQIUDDIN B HARUN


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

1.NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID
2.CHIO THIAM WEI
3.MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM

1.RAJA GOPAL A/L VANALAGAN
2.MUHAMMAD FARID BIN IDRIS
3.NUR AZURA BT KARJANTO


CALON FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN & PENGURUSAN TEKNOLOGI

1.THINESH A/L KUNASEGARAN
2.CHAI CHEN THAI
3.MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN
4.SIMON PETER CHANDRAN


CALON FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI

1.AMIRUL EDHAM B ROSLEE
2.NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF
3.ALIAA DIYANA BT ABDUL HISHAM
4.HUSNUL FATIMAH BT HUSRIN

Jadi kepada mahasiswa di luar sana, kenali siapa calon anda dan pilihlah yang terbaik kerana keputusan terletak ditangan anda.

Monday, October 5, 2009

Suprise Party...!

Balik sahaja dari Majlis Penutup eXpoconvo ’09 aku segera menyiapkan kad buat akila dan taqi. Yien, law dan rakan-rakan In-Smartive yang lain telah merancang untuk mengadakan surprise party untuk mereka berdua.
Setelah memerah otak mencari idea-idea untuk mereka bentuk, aku pun menyiapkan kad ucapan dengan barang-barang yang ada dalam simpanan. Tepat pukul 6.00 petang, everything is done! Just tinggal ucapan dari budak-budak In-Smartive je.

Hasilnya:







Rancangn bermula seawal 9.00 malam. Turut sama hadir, Prof dan isteri. Ternyata gimik kami menjadi. Akila dan Taqi terkejut sakan (ala-ala terkejut beruk) dengan surprise yang dirancang. Tahniah kepada pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak masing-masing. Antara pelakon yang menjayakan rancangan ini adalah:

Si Law Kok Sin
Zetty
Emy
Azi
Roomate Akila (lia, tia dan mira)
Khaliq
Yien
Zack








Malangnya aku telupa untuk mengajak achik, huhu achik I’m really sorry!

Sunday, October 4, 2009

I got the spirit!

Sebak, sayu, teruja…!

Melihat senior, senior ku yang sudah bergraduasi pagi ini, semangat aku kembali berkobar-kobar. Pagi ini merupakan hari kedua Majlis Konvokesyen Komemoratif &Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang yang buat pertama kalinya diadakan di Kampus Gambang.

Pada awalnya aku agak malas untuk menyaksikan majlis pagi ini, namun segera aku teringatkan janji ku pada angah yang akan ikut serta pada sesi kali ini. Sampai di Kompleks Sukan UMP, ibu bapa telah pun memenuhi ruang dewan dan aku lebih senang memilih tempat duduk dibahagian belakang.

Beberapa minit sebelum upacara bermula, ibu bapa yang masih berada di luar berebut untuk masuk ke dalam dewan. Di sebalik wajah-wajah itu ku lihat seorang bapa terkocoh-kocoh mengambil tempat duduk. Ditanganya, sejambak mawar merah dipeluk erat.
Betapa aku mengkagumi lelaki itu. Sejambak bunga hanyalah pelaburan yang kecil dibandingkan dengan kegembiranya seisi keluarga meraikan detik yang penuh bersejarah dalam hidup anaknya.

Hati aku sebak, lantas terbayang wajah ayah. Mungkinkah ayahku juga akan melakukan perkara yang sama tika waktu yang dinanti itu telah tiba? Aku tidak menginginkan bunga itu, kerana kedua orang tua ku telah mendidik aku menjadi sekuntum bunga yang dapat berbakti kepada si lebah dengan memberikan madunya, menenangkan manusia dengan haruman dan keindahanya.

Dan jika aku masih berkesempatan untuk tiba ke hari bersejarah itu, akan ku hadiahkan kejayaan ku kepada emak dan ayah yang banyak bekorban dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan mereka adalah hadiah yang paling indah buat aku.

Ya Allah bantulah aku….

Permudahkanlah jalan ku…


Majlis Konvokesyen Komemoratif & Konvokesyen Ke-4

Monday, May 25, 2009

Transformasi Diri

Hurm mesti korang pelik baca tajuk entri aku kali ini. Bukan nak cerita pasal Transfomer atau pun robot yang ntah apa-apa tu. Tapi aku nak bercerita tentang program yang baru saja aku ikuti iaitu kem Tranformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang.


Dari UMP kami ke Rompin

Pada awalnya aku rasa tension sangat, apa pasal la program ni buat dekat sangat dengan tarikh Konvensyen MPP. Ialah cuba bayangkan pening balik dari Batu Pahat tak hilang lagi, ditambah dengan sakit kaki turun naik tingkat empat untuk pindah barang lepas tu kena ikut pulak program ni. Memang gila-gila punya tension la.

Tapi masuk je hari pertama hati aku mula berubah. Aku lebih mengenali diri aku sendiri. Pelbagai input dan rahsia yang dikongsi oleh Prof. Dato’ Fazilah Kamsah selaku Fasilitator untuk program ini. Cara penyampaian Haji yang sangat santai dan sempoi membuatkan kami tak kering gusi. Antara Slot yang dikendalikan oleh beliau adalah: Analisis Kendiri Pemimpin Pelajar, Masalah & Cabaran untuk Transformasi serta Transformasi Diri Melalui Pemerkasaan Hubungan dengan Tuhan

Slot pada malamnya pula diganti dengan Ustaz Ebit yang juga merupakan konsultan di Excel Training. Kadang-kadang tu mengantuk juga aku dibuatnya, tapi cepat-cepat aku tahan mata untuk mengelakkan dari terlepas ilmu yang yang sangat-sangat bernilai.

Hari kedua di sana, kami diberikan pendedahan dalam menangani stress oleh Kak Rohani. Banyak masalah yang dikongsikan oleh peserta. Dalam slot ini, aku nampak para pemimpin yang hadir untuk program ini lebih terbuka untuk berkongsi masalah dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka. Syabas aku ucapkan buat semua yang telah hadir program ini.


Kita sama dik!

Aku tersentuh saat Ustaz Ebit meminta aku untuk berkongsi pengalaman yang paling indah pernah aku lalui. Dan semestinya bagi seorang anak, tidak ada apa yang lebih bermakna daripada menghadiahkan sebuah kejayaan buat ibu dan bapanya.

Aku sendiri pelik, tiap kali aku bercerita tentang mak dan ayah pasti akan ada air mata yang bergenang. Saat bercerita soal kedua orang tua ku, aku menjadi begitu sensitif dan mudah menagis. Lantas aku ditegur oleh andak.

“Kita sama, andak pun macam tu jugak. Dalam family, andak anak pertama yang masuk U”

Aku diam tidak membalas. Dada ku sebak menahan tangis.

Cerita kita tidak akan sama! Biar pun sinopsisnya hampir serupa, kita tetap mempunyai jalan cerita yang berbeza. Masing-masing mempunyai wataknya yang tersendiri. Kita semua ditakdirkan bertemu, lalu terciptalah satu bahagian yang baru. Dan sudah semestinya kita-kita ini akan menjadi watak-watak sampingan dalam cerita yang lain. Begitulah pertaliannya.


Masa untuk berubah!

Program tiga hari dua malam itu telah pun berakhir. Aku sangat bertuah antara beribu mahasiswa di UMP, aku adalah antara yang terpilih untuk mengikuti program ini. Terima kasih kepada pengurusan UMP yang menghabiskan berpuluh ribu untuk pemimpin pelajar seperti kami. InsyaAllah segala ilmu yang aku dapat daripada program ini akan aku kongsikan bersama-sama teman yang lain. Dan kini masa untuk aku berubah!