Showing posts with label wonderful life. Show all posts
Showing posts with label wonderful life. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Dan Jodoh menyatukan mereka...



Nurul Akila Sukri
Si gadis yang penuh kelembutan. 
Wajah keibuaan yang membuatkan sesiapa sahaja senang untuk berkawan denganya.



Wan Syahrir Wan Hussin
Pensyarah merangkap penasihat akedemik aku di UMP.
Antara pensyarah terbaik pernah aku kenal.
Selalu memotivasi aku dan teman-teman lain untuk berjaya dalam kehidupan.


Dan jodoh menyatukan mereka~


Tahniah buat Akila dan En Wan Syahrir, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Ameen

Saturday, January 2, 2010

The Closed Chapter of 2009

Sepatutnya hari ni aku kena design majalah Damai untuk edisi 4, tapi entah kenapa mood nak edit gamba tu datang meluap-luap. Hasilnya bukan design Damai yang aku dapat, tapi The Closed Chapter of 2009 another piece of art by norizanSyahnan.












Sunday, May 31, 2009

Dunia yang sangat I.N.D.A.H

Aku tak pasti apa yang pelik dengan hari ini. Hari ini hari Ahad bersamaan 31 Jun 2009. Ramai orang berpusu-pusu keluar untuk berlibur ibu kota. Ada yang window shopping, tengok wayang , dating dan banyak lagi la.

Tapi yang pelik dan anehnya hari ini aku terserempak dengan banyak pasangan/group yang menggunakan bahasa isyarat seolah-olah bahasa isyarat ni dah jadi satu trend pulak. Yang aku tahu, mostly mereka yang menggunakan bahasa isyarat ni, sama ada mereka bisu ataupun pekak.

Dan ada beberapa kemungkinan yang terlintas kat fikiran aku:

1st : Mungkin manusia-manusia yang aku jumpa hari ini, merupakan bakal cikgu yang mengambil pendidikan khas dan sedang cuba mempraktikan apa yang mereka pelajari.
2nd : Atau pun mungkin juga mereka betul-betul pekak dan bisu.

Ha Jangan salah faham, aku bukannya merendah-rendahkan golongan ini! Tetapi aku sangat-sanagt teruja dan kagum melihat mereka menikmati hidup ini tanpa menjadikan kekurangan atau kelemahan mereka sebagai alasan untuk terus bersedih. Dunia ini tidak akan lengkap tanpa mereka. Syukur pada tuhan kerana menjadikan dunia ini begitu indah!