Sunday, October 4, 2009

I got the spirit!

Sebak, sayu, teruja…!

Melihat senior, senior ku yang sudah bergraduasi pagi ini, semangat aku kembali berkobar-kobar. Pagi ini merupakan hari kedua Majlis Konvokesyen Komemoratif &Konvokesyen ke-4 Universiti Malaysia Pahang yang buat pertama kalinya diadakan di Kampus Gambang.

Pada awalnya aku agak malas untuk menyaksikan majlis pagi ini, namun segera aku teringatkan janji ku pada angah yang akan ikut serta pada sesi kali ini. Sampai di Kompleks Sukan UMP, ibu bapa telah pun memenuhi ruang dewan dan aku lebih senang memilih tempat duduk dibahagian belakang.

Beberapa minit sebelum upacara bermula, ibu bapa yang masih berada di luar berebut untuk masuk ke dalam dewan. Di sebalik wajah-wajah itu ku lihat seorang bapa terkocoh-kocoh mengambil tempat duduk. Ditanganya, sejambak mawar merah dipeluk erat.
Betapa aku mengkagumi lelaki itu. Sejambak bunga hanyalah pelaburan yang kecil dibandingkan dengan kegembiranya seisi keluarga meraikan detik yang penuh bersejarah dalam hidup anaknya.

Hati aku sebak, lantas terbayang wajah ayah. Mungkinkah ayahku juga akan melakukan perkara yang sama tika waktu yang dinanti itu telah tiba? Aku tidak menginginkan bunga itu, kerana kedua orang tua ku telah mendidik aku menjadi sekuntum bunga yang dapat berbakti kepada si lebah dengan memberikan madunya, menenangkan manusia dengan haruman dan keindahanya.

Dan jika aku masih berkesempatan untuk tiba ke hari bersejarah itu, akan ku hadiahkan kejayaan ku kepada emak dan ayah yang banyak bekorban dalam membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan mereka adalah hadiah yang paling indah buat aku.

Ya Allah bantulah aku….

Permudahkanlah jalan ku…


Majlis Konvokesyen Komemoratif & Konvokesyen Ke-4

Sunday, September 27, 2009

i misS my mum..!

baru je sampai UMP petang tadi....




dan sekarang...



saya




sangat....




sangat.....




sangat.....





rindu emak saya!!!!
huargh

Wednesday, August 26, 2009

Jangan Lupa Lirik

Hurm saatnya aku menaip entry ni, aku baru je balik dari supper dekat luar. Tiada apa yang menarik selain menghabiskan masa melepaskan tension selepas menghadapi test Sofware Testing. Duduk-duduk, lepak-lepak sambil menonton rancangan Jangan Lupa Lirik yang disiarkan di saluran Astro.

Ini kali kedua aku menyaksikan rancangan tersebut. Meluat, cemuih, muak aku melihat aksi-aksi pesertanya. Terkinja-kinja menarik perhatian ramai. Tidak kira lelaki mahu pun wanita. Dengan gaya pemakaian yang mencolok mata dan bermacam-macam lagi langsung tidak mencerminkan budaya ketimuran. Dan apabila tiba saat dimana peserta perlu memberikan lirik lagu yang dikosongkan, peserta berdebar-debar dan terkumat-kamit memohon pertolongan daripada Tuhan (jika memang benar itu yang mereka maksudkan).

Namun satu pertanyaan yang timbul dibenak ku, adakah mereka tidak malu memohon kepada Tuhan dalam keadaan yang sebegitu rupa? Dan adakah mereka benar-benar sedar akan apa yang telah mereka ucapkan (“,)?