Wednesday, February 12, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 5) - Seoul & Jeju

Untuk hari ke lima, kami meneruskan perjalanan ke Bukchon Hanok Village. Misi kami untuk bergambar dengan Hanbok, pakaian tradisional Korea. Bukchon Hanok Village ni sebenarnye memang kawasan perumahan. Tapi oleh kerana struktur rumahnya yang unik, menjadikan ia salah satu tarikan pelancong di Seoul.

Jenuh jugak nak cari tempat yang memberi kemudakan untuk pelancong bergambar dengan hanbok, mujur ada tourist police yang membantu menunjukkan jalan. Siap bagi map lagi untuk rujukan kami.

dan kami tersesat di jalan yang benar


Kokdu Traditional House adalah salah satu branch The Kokdu Museum yang terletak di Dongsoong Art Center, Daehangno. Dengan bayaran masuk 3k ₩, kami dapat melihat kawasan sekitar galeri tersebut dan bergambar dengan hanbok.

Kokdu Traditional House 
 
Baju yang saya pakai ni sebenarnya size kanak-kanak. Tak pasti sama ada kanak-kanak Korea yang besar sangat atau saya yang kecil sangat


Achievement unlock! Seterusnya kami ke Changdeokgung Palace. Dari Bukchon Hanok Village kami menaiki teksi untuk sampai ke sana. Basically semua palace di Seoul ni lebih kurang sahaja, struktur binaan barangkali sejarahnya yang sedikit berbeza. So kalau anda dapat mengunjungi salah satu daripada Five Grand Palaces ini sudah cukup memadai.
Teksi Korea, masuk rasa tak nak keluar. 

Dari Changdeokgung kami terus ke Insadong menaiki teksi. Insadong ni lebih kurang macam Pasar Seni. Banyak barangan cenderahati dijual di sini, tapi harganya sedikit mahal berbanding di Namdaemun market.

Baju, bag dan shawl pun ada. Serius shawl dan bag dia lawa-lawa dan banyak pilihan. Sempat sambar clutch bag 10k ₩. Dayana dengan Fatin dah hilang dan tengelam di kedai casing phone. Fuuuh lama gila tunggu diorang pilih casing phone. Mujur la kuat iman, kalau tak memang dah berhelai-helai dah shawl saya borong kat sini.


Sedang sibuk mencuci mata, kami disapa seorang pelajar Korea yang sedang membuat survey berkenaan Future Insadong. Sempat bersembang dan bertukar FB. Dia bertanya "tak panas ka pakai ni?" sambil menunjukan tudung yang kami pakai. Barangkali tak punya idea tentang apa yang kami pakai di kepala. Kami pun terangkan dengan ringkas supaya dia faham kenapa perlunya kami memakai scarf untuk melitupi kepala.

Tetiba rasa macam bangga pulak bila ada orang tanya, bila ada orang ingin tahu pasal agama kita. Mungkin Islam itu sendiri terlalu asing buat penduduk Korea. Sejujurnya kadang-kadang rasa cemburu dengan student muslim kat sana yang ada inisiatif untuk melebarkan sayap-sayap Islam dengan memberi kefahaman kepada penduduk kat sana yang Islam ni agama universal dan bukanya agama terrorist yang selalu digembar-gemburkan oleh negara-negara barat.

Ok back to our journey, dalam pukul 4.00 petang kami bertolak balik ke rumah Shaqifah. Siap-siap, pack barang, solat dan bertolak ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island. Flight kami pukul 7.30 malam.

Jeju adalah satu kepulauan kecil di selatan Korea. Ramai orang kata pulau ni sangat cantik. Pada mulanya saya macam berat hati nak ke sana disebabkan sukar untuk mendapatkan public transport. Tourist attaction dia pun jauh-jauh jika nak dibandingkan dengan Seoul. Tapi bila mengenangkan dah alang-alang pergi Seoul, redah je la sekali ke Jeju.


Kami ke Jeju dengan menaiki penerbangan Eastarjet. Eastarjet ni antara penerbangan tambang murah di Korea. Ada jugak beberapa penerbangan lain macam Korean Air, Asiana dan Jeju Air.  Tips: kalau nak ke Jeju book tiket awal-awal. Dulu masa nak book tiket ke Jeju, habis semua syarikat penerbangan saya subcribe untuk dapatkan info pasal tiket murah. Akhirnya kami berjaya book tiket pergi balik dengan harga RM 210 per person.


Perjalanan ke Jeju mengambil masa dalam sejam. Tiba sahaja di aiport, Mr Kim sudah sedia menanti kedatangan kami dengan buah limau Jeju sebagai cenderahati. Saya kenal Mr Kim melalui review yang diberikan oleh kawan-kawan di website TripAdvisor. Pada awalnya saya nak book Mr Kim Ki Hyung, tapi dia bercuti pulak pada tarikh trip kami lalu mencadangkan kawanya Mr Kim Hak Seong.

Untuk malam pertama kami memilih Goodstay Namguk Hotel yang terletak di kawasan Seogwipo. Hotel ni sedikit jauh daripada airport. Sengaja kami memilih hotel di kawasan Seogwipo sebab kebanyak tourist attraction di sini dekat-dekat.

Korean style family room di Goodstay Namguk Hotel. Tidur atas toto je yek, feeling macam orang Korea gitu.

Malam masih muda, saya dan dayana ambil peluang untuk menikmati suasana malam di sekitar kawasan Seogwipo. Fatin tak nak ikut sebab keletihan, dia memilih untuk berehat di bilik sahaja. Hotel ni memang dekat dengan pekan, malangnya banyak deretan kedai yang dah tutup. Ada pun cuma restoran atau gerai-gerai makan yang masih beroperasi.

Alhamdulillah, selesai cerita hari ke lima kami. InsyaAllah sambung lagi dengan pengalaman kami di Pulau Jeju ;)

Wednesday, January 22, 2014











kita berada dalam sepatu yang berbeda
tapi sakitnya 
pedihnya
rasa itu tetap sama...
moga engkau terus kuat kawan!













Sunday, January 19, 2014

The Travel Project | Chapter 2 : Korea (Day 4) - Nami Island

Untuk hari ke empat, kami meneruskan perjalanan ke Nami Island. Pada awalnya kami merancang untuk pergi ke Nami menaiki shuttle bas. Tapi Shaqifah suggest to use subway sebab dia pun tak pasti nak ambil bas dari mana jika nak ke Nami. 

Korea Uni (Line 6) > Dongmyo (Line 1) > Hoegi (Gyeongchun Line) > Gapyeong
 

Dari Gapyeong station, kami menaiki teksi untuk ke Nami Island. Tak jauh dalam 5 minit dah sampai. Kalau tak silap, dari Gapyeong pun ada bas untuk ke Nami. Entry Visa ke Naminara Republic 8k ₩. So simpan visa ni baik-baik yek untuk kenang-kenangan, kat sana diaorang tak check pun. 

Dari immigration office ke Pulau Nami you can choose either naik feri, first ferry pukul 7.30am or flying fox. Tapi masa kami sampai flying fox tu macam tak buka je lagi.

See bendera Malaysia pon ada kay ;) 

Pulau Nami ni kecil je. Nak jogging pusing satu pulau pon boleh. Tapi kecil-kecil pun semput jugak la kami  berjalan. Pulau ni sangat terkenal sebagai lokasi pengambaran drama Winter Sonata. Antara attraction lain yang ada kat sini The Song Museum, Gallery Nami, Tulip Tree Lane, dan banyak lagi. Tapi Tulip Tree Lane dia takde la beria macam memory lane, ade la ciput, maybe ikut musim kot. 



Dalam tengah hari kami bergerak balik dan meneruskan perjalanan ke Itaewon. Hajat hati nak singgah solat jamak di Seoul Central Mosque dan window shopping di sekitar Itaewon. Masjid tu agak tersorok sedikit, Shaqifah siap bagi guide macam macam mana nak ke situ . But somewhere in the middle we just lost our track.

Ya  Allah serius semput turun naik bukit. Saya kira kalau tak kerana kami terserempak dengan seorang akak yang juga dari Malaysia, mesti kami dah give up. Suami akak ni pernah belajar di Seoul, bertahun tinggalkan bumi Korea dia pun hampir terlupa jalan ke masjid. Dia pun sama-sama sesat dengan kami.

Muka Fatin happy lepas shopping

Seoul Central Mosque

Selesai solat, kami singgah makan kebab. Lupa apa nama kedai tu, tapi kebab dia sangat sedap. Sos dia pun haha. Mujur tak tapau bawa balik. Kat Itaewon memang mudah untuk mendapatkan makanan halal. So kalau korang plan nak datang Seoul, carilah hotel dekat-dekat area ni. InsyaAllah senang nak cari makanan halal.

Perut kenyang, hati girang kami terus meluncur laju ke Dongjak Station untuk ke Banpo Bridge. Ingatkan dari subway station nak ke Banpo Bridge tu dekat, rupa-rupanya berkilo-kilometer jugak la. Habis lemak kebab yang makan tadi terbakar. Dari hari cerah sampai gelap kami tak sampai-sampai lagi.


At first, Fatin macam give up sebab jauh sangat dan dia ajak kami naik teksi. Tapi masalahnya kami tak nampak pun bus stop or any tempat org tahan teksi dekat area taman tu. Kawasan riadah, ramai orang joging and naik basikal kot, mana ada orang naik teksi. Kami decide untuk terus berjalan je daripada cari tempat tahan teksi. Takut cari punya cari, teksi tak jumpa penat yang dapat.

Mungkin sebab kami jalan slow sangat, we just missed the show! Owh lupa nak cerita apa yang ada kat Banpo Bridge ni. Actually kat sini ada air yang menari-nari ikut alunan muzik sambil dihiasi oleh lampu-lampu yang bertukar warna. Menarik! Tapi jadi kurang menarik sebab kena jalan jaaaaaauh sangat. Setiap malam ada dua kali show diaorang buat. Nak details schedule, try check kat sini

 

At the end kami melepaskan lelah bawah lampu ni sambil melihat air menari-nari dari jauh je. We need to wait another one hour for the next show dalam pukul 9.00pm. At least kami tak pulang dengan perasaan kecewa setelah berjalan berkilo-kilometer.

Tak pasti bangunan apa kat tengah-tengah sungai ni. Architecture dia sangat cantik bila kena cahaya lampu. 

Banpo Bridge 

While waiting for the next show, kami merancang perjalanan untuk hari esok. 

9.00pm sharp and the music is on, taraaaaa.. Ini mengubati kekecewaan kami tadi.


End of the day 4 and we are exhausted lol!