Lama rasanya blog ni tak berupdate, lepas dah start masuk office semua kembali seperti asal biarpun hakikatnya working from home lebih banyak kerja sebenarnya. Anyway bukan itu yang saya nak tulis sebenarnya. Untuk post kali ni saya nak share pasal trip kami ke Perak.
Asalnya, kami ke sana untuk memenuhi undangan seorang teman di Tapah. Dah alang-alang tu kita sambunglah bercuti ke Kampar. Retreat orang kata maklumlah masing-masing stress dengan kerja gittew.
Biarpun kampung saya kat Perak, sejujurnya saya sendiri tak pernah dengar pasal Sahom Valley ni. Kira hidden gem la kat Perak. Kami kesini ikut Cenderiang, jalanya tak ubah macam nak naik ke Cameron. Kalau korang memang jenis cepat mabuk, prepare ubat muntah siap-siap tak pun ikut jalan pekan Kampar lebih elok rasanya.
Kampung Buluh
Kampung Warisan
Untuk accommodation di Sahom Valley Resort ni ada few options. Paling laku keras dan selalu jer fully book adalah Kampung Buluh. Harga dia dalam RM 150 semalam. Selain tu ada juga Kampung Tepian Sungai dan Kampung Warisan, yang paling baru sekali. Dua-dua kampung ni ada kolam renang dan tempat untuk bbq. Kalau korang jenis yang suka bercamping, campsite pun ada dekat sini. Tak silap harga tapak berserta khemah RM 50.
Awalnya kami nak stay di Kampung Buluh, tapi dah fully book kami decide untuk stay di Kampung Tepian Sungai jer sebab kalau bosan mandi dekat pool boleh sambung terjun kat sungai pulak. Nampak tak permainan dia macam mana.
Terdapat 5 buah rumah di Kampung Tepian Sungai. Memandangkan kami guest yang paling awal booking, kami dapat rumah yang paling besar sekali. Boleh muat sampai lapan orang satu rumah. Benda paling unik sekali dekat resort ni adalah open air bathroom dia macam toilet opah dulu-dulu tapi yang ni cantik sikit la. Tapi malam-malam, cuak juga sebenarnya kalau nak buang air. Kot la nampak kekakak rambut panjang bertenggek kat situ tengok bulan ops!
Petang tu mendung, so kami decide mandi dekat pool sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Sebelum kesini masing-masing tak terpikir pun nak bawa makanan. Tak ingat sebenarnya kat situ boleh bbq malam-malam. So memandangkan semua malas nak keluar kami makan malam dekat Cafe sahaja.
Pilihan menu agak limited, kami makan steamboat and Ruhi ambil menu special dia Nasi Goreng Dinding. Untuk steamboar harga ikut bilangan cucuk, RM 2 secucuk. Bila kira balik rasa macam murah pula makan untuk empat orang. Ada juga port untuk korang yang suka karaoke.
serius betul muka wawa, suruh kacau steamboat je pun lol
aktiviti malam
Malam-malam kat sini sejuk sikit, tak pasti sebab hujan petang tadi atau sememangnya dia sejuk macam kat Cameron. Dengan tak bawa sweaternya bertabahlah ya nak tido sampai ke pagi.
Keesokan paginya kami keluar awal. Ingat nak tengok sunrise tapi matahari seperti malu-malu kucing.
Geng anti sosial, masing-masing tengah lapar tunggu cafe buka untuk breakfast.
Untuk buffet breakfast kat sini hanya RM 8/pax. Ada cereal, roti, kuih muih dan nasi lemak.
Kat sini macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung. Ada canoe, flying fox, water tubing, water rafting, cycling, paintball dan banyak lagilah. Mana yang bawa anak kecil ada juga bird, rabbit and goat feeding.
Aktiviti pertama kami lepas breakfast berkayak. Untuk semua aktiviti kat sini boleh booking di kaunter reception. Untuk kayak RM 30/pax untuk 30 minit kalau tak silap.
Settle kayak, kami buat water tubing pulak. Harga untuk water tubing ni pun sama RM 30 untuk one trip. Untuk water tubing ni akan ada instructor yang akan bagi briefing sebelum berlepas. Diorang juga akan bersama untuk tengok dan navigate kita, kot la pelampung terbalik ke, hanyut kat tempat sepatutnya ke diorang akan tolong membantu.
Starting point water tubing nun kat selekoh tu
yang tertinggal paling belakang sekali tu Ruhi. Dia punya jeritan masa nak start tu boleh dengar satu kampung kot
Meeting point sebelum sambung water tubing
End point water tubing
Saya sarankan kalau nak buat water tubing ni pagi-pagi atau sebelah petang, idoklah panas sangat. Dan jangan lupa pakai kasut crocs atau sandal, sebab end point of water tubing ni kawasan dia berbatu. Jenuh nak berjalan kalau berkaki ayam.
Habis aktiviti kami dibawa pulang naik traktor Pak Atan
Lepas buat water tubing, perut pun dah lapar kami singgah makan tengah hari dekat D'river Cafe. Dekat cafe ni ada nasi campur, ikan/ayam bakar dan juga mee sup. Dibuka untuk makan tengah hari hingga 5.30 petang. Waktu makan tengah hari ramai orang kat sini, kene tunggu turn kalau datang lewat. Sebab ada juga pengunjung luar yang datang singgah makan.
Set nasi campur ikan bawal goreng thorbaek!
Lepas makan sambung lagi mandi sungai, puas mandi sungai sambung lagi seround mandi dekat pool. Dekat pukul 5 petang juga kami check out dari resort, since diorang pun tak kisah nak check out pukul berapa.
In summary Sahom Valley Resort ni awesome sangat, pemandangan dia superb memang sesuai sangat untuk percutian keluarga mahupun kawan-kawan. Buat korang yang tak tahu nak pergi mana untuk next staycation bolehlah ke sini. Highly recommended.