Monday, May 28, 2012

Andai kamu yang diuji Tuhan

Lumrah manusia, ada tikanya tatkala ujian melanda tak akan selamanya kita mampu mendongak. Jiwa rapuh itu rebah jua. Diri yang dulu kuat, longlai mengharap ihsan dari Tuhan.

Memang mudah untuk mereka mengatakan sabar, kerana bukan mereka yang diuji Tuhan!

Senyum wahai sahabat. Langit tak akan selamanya mendung. Lupakah engkau pada pelangi yang akan muncul selepas hujan reda?

Ujian tidak akan datang menyapa tanpa ada hikmah yang menuggu di hujung jalan. Bersangka baik dan berlapang dada selalu sahabat. Allah punya alasan-Nya yang tersendiri. Cuma kita terlalu bersedih sehingga terlupa memikirkan ibrah di sebalik ujian.

Adakalanya Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya.

Senyum untuk kesekian kalinya sahabat. Senyumlah walau kehilangan sesuatu yang amat kamu sayang. Kerana akhirnya kamu akan sedar betapa Tuhan mencintaimu lebih daripada apa yang kamu perlu.

 
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." [2:155-157]

No comments: