Saturday, October 5, 2013

The Travel Project | Chapter 2: Korea (Day 1) - Seoul



Mesti korang pelik kenapa terus Chapter 2 kan? Sebenarnya saya namakan mengikut series trip saya untuk tahun ni. Chapter 1 masa ke Sibu bulan empat dulu which is lama sangat dan terasa malas nak mengupdate. heee

Hurm saya kira ia agak terlewat. Tapi tak mengapa, better late than never. Fuh sebenarnya telah lama saya merancang untuk ke Korea. Teringin benar melihat kuntuman sakura masa musim bunga. Terlalu ramai yang saya ajak, but mostly ada komitmen lain. At the end, hanya saya dan Siti sahaja yang benar-benar serius merealisasikan trip kami. Tiap-tiap minggu dok tengok promo Air Asia. Habis semua site kami survey. But few months before pergi, siti terpaksa cancel. She said she gonna get married. Huh rasa macam nak menangis, first sebab akan hilang housemate, second sebab hilang travelmates. 

Mujur ada Fatin dan Dayana. Lepas dari trip kami ke Singapore ntah macam mana diorang boleh cakap nak ikut pergi Korea. Yeah rasa macam nak cium-cium je korang dua orang ni. Oh tambah lagi sorang, saya punya roomate masa dekat UMP. Sengaja saya ajak sebab dia faham bahasa Korea dan sangat excited nak ke sana. We start preparing everything, book flight, hotel, google semua tempat menarik dekat Seoul dan Jeju. Kalau pergi Matta fair tu memang habis semua brochure pasal Korea saya kutip, excited punya pasal.

Few weeks before pergi tu, risau jugak sebab krisis Korea Utara dan Korea Selatan. Takut jugak kalau apa-apa jadi dekat sana nanti. Lucky to have someone over there.  Shaqifah convince us, it’s just a rumors. InsyaAllah semuanya selamat. Kami pun tawakal harap tiada apa-apa perkara buruk yang terjadi sepanjang trip nanti.

Flight kami 3 May, 9:00 pagi dan mendarat dalam pukul 4:20 petang waktu Korea. Sampai-sampai je kat Incheon Airport, kami solat jamak dan beli siap T-Money untuk memudahkan perjalanan nanti. Harga T-Money tu dalam 2.5k dan Top up 20k . Since we plan to stay at Shaqifah’s house, dia suruh kami ambil subway dari Incheon Airport ke Digital Media City Station dan transit ke Line 6 untuk ke Korea University.
Subway Line dekat Korea
 
Kami tiba di Korea University around 8:00pm. Lama jugak, dengan sesat bagai. Sampai-sampai je, Shaqifah dah tunggu kat sana. Kesian dia tunggu kami lama sangat. Dari Korea University ke rumah Shaqifah tak jauh pun, dalam 5 minit jalan kaki. Shaqifah siap suruh kami ingat landmark-landmark nak ke rumah dia. Takut beno kami sesat.

Malam tu, Shaqifah bawa kami try makanan korea dan jalan-jalan sekitar Anam. Before balik kami singgah satu mart ni tak ingat apa nama dia. Shaqifah siap recommendkan biscuit, jajan dan some food yang boleh kami makan. Maklumla semua nye tak pandai berbahasa Korea takut jugak kalau ada terambil something yang bercampur dengan daging atau benda-benda yang tak halal.
Shaqifah dan Fatin

Dayana dan saya

 
jajan yang direcommendkan oleh Shaqifah
 
 
yang ni sedap, serius tak tipu! Chocolate chip dia sangat terasa hokey.



Okay end of day 1, InsyaAllah nanti sambung lagi ;)


6 comments:

Siti Farhana said...

sorry..hehe..
kenapa biskut sedap tu tak bawak balik hari tu..
hahahah..

norizansyahnan said...

hahaha never mind, xde rejeki heheh..
anyway tau tak betapa tekilan nye aku x bli biskut tu awal2.. plan nak bli tyme last day, skali x sempat lol T___T

Siti Farhana said...

hahahah...
sabar je lah..dengan comforter la tak beli.. :D
lain kali nampak je terus beli.. :D

Yasmint said...

kenapa la aku x sedar yg aku x follow anak wak syahnan ni... tp setiap post die aku ikut :(

sanishaqifah said...

aku rase aku kurus time nih! :D

norizansyahnan said...

hahah adakah maksudnye sekarang ko dah tak kurus? kekekekke