Usai solat
Zohor tengah hari itu, kami mengambil sedikit masa untuk melihat-lihat seni bina
di kawasan dalam Green Mosque. Kami hampir beredar ketika di sapa Yunus. Lelaki
Turki yang pada awalnya saya sangka penjaga masjid.
Dia bertanya
sekiranya kami sudah pun melawat kawasan dalam masjid.Kami
mengangguk lalu dia melanjutkan pertanyaanya “Do you know history of this
camii?”
Kami
melopong, berpandangan sesama sendiri
“No, we don’t…” masing-masing menjawab perlahan
“No, we don’t…” masing-masing menjawab perlahan
“Come, let
me show you”
Kami
menggekor Yunus dari belakang. Yesil Camii yang sentiasa penuh dengan
pengunjung sama ada muslim atau pun bukan muslim. Mereka menikmati senibina
Islam sambil menghayati sejarahnya melewati tahun-tahun kegemilangan Islam saat
mula bertapak di Bursa.
Yunus
menerangkan satu persatu bahagian yang terdapat di dalam Yesil Camii. Tahulah
kami yang sebenarnya satu ketika dahulu masjid ini bukan sekadar masjid. Ia
turut dijadikan salah satu tempat pemerintahan kerajaan Uthmaniah dan salah satu
daripada bilik di situ di khaskan untuk kegunaan Sultan.
Dia
menunjukkan lukisan yang terdapat pada dinding-dinding marmar di sekitar dalam
masjid. Lukisan yang hampir pudar itu perlu ditekap kembali menggunakan cat
emas dan beberapa campuran lain. Dan lukisan itulah yang dikerjakan oleh Yunus
dan anak-anak buahnya selama beberapa tahun mereka di situ. Tak dapat nak
bayangkan keghairahan apakah yang seperti itu. People with passion, segalanya
mungkin kan?
Sebelum
melanjutkan perjalanan, Yunus mengajak kami untuk singgah di studio berhampiran
Yesil Camii. Bagunan lama Turkish hamam yang mencecah ratusan tahun itu di
jadikan kedai cenderahati dan seramik miliknya. Petang itu kami menikmati Apple
Tea sambil melihat-lihat koleksi sejadah, karpet dan alas meja kepunyaan Yunus.
Kebanyakkan sejadah itu adalah hasil tangan gadis-gadis di kawasan pendalaman.
Dibeli dengan harga murah lalu dia menjualnya kembali di sini.
Satu-satu
Yunus mengeluarkan segala jenis sejadah yang ada. Baik dari hasil tangan
ataupun yang di perbuat daripada mesin. Saya masih berkira-kira saat
teman-teman yang lain sudah memilih sejadah masing-masing. Dalam hati masih
risau jika kami di tipu. Sedari awal lagi Yunus tegaskan, tidak mengapa kalau
tidak mahu membeli. Tapi dia tetap akan layan tetamunya sebaik mungkin.
Apple tea
sudah habis secawan, sejadah sudah bermacam warna dan design dikeluarkan. Saya
masih lagi diam tanpa jawapan. Melihat saya masih berfikir panjang, dia
bertanya
“What is in
your mind sister? Tell me” saya tergelak.
“Nowadays
everything is in the internet. If you good to your customer, people always give
you a good review otherwise people always talking bad about you”
Saya
mengakui ada betulnya apa yang di kongsi Yunus. Segala benda berada di hujung
jari. Kalau kita buat baik, orang serata dunia akan bercerita perihal yang
baik-baik. Tapi kalau kita menipu, sekejab sahaja maklumat akan tersebar. This
is how borderless world help us to be better.
Dengan
segala kecelaruan dalam diri, akhirnya saya cuma membeli sehelai sahaja sejadah
dari Yunus dengan harga 35 Turki Lira, sekadar memujuk hati supaya tidak kecewa
bila tiba di Istanbul nanti ahaa.Sebelum
beredar, Yunus sempat pesan kalau ada apa-apa masalah boleh hubungi dia.
InsyaAllah dia akan cuba membantu.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Petang itu
masing-masing pulang dengan penuh barang di tangan. Hampir separuh hati
tertawan dengan kebaikkan dan keramahan Yunus. Sedikit terinspirasi dari dia
dengan caranya dalam mengelola perniagaan. Jujur apa yang Islam ajarkan. Dan
saat jujur itu hampir terhakis dari setiap antara kita, saya masih temuinya
dalam diri seorang yang bernama Yunus Vurmaz, nun jauh di Turki :)
No comments:
Post a Comment