Monday, December 30, 2019

Solo Trip: Taiwan - Iitinerary & Travel Highlights


Ramai yang minta saya share iti Taiwan masa bulan September haritu, tapi sebab kekangan masa tak sempat nak share banyak. So mengenangkan travelog Turki tahun 2015 pun baru je siap lepas empat tahun berlalu, saya pun tak pasti tahun bila pulak saya berjaya siapkan travelog Taiwan. Sementara tengah ada momentum nak menulis tu, saya summarizekan perjalanan saya sepanjang sembilan hari di Taiwan untuk reference korang:

Day 1
Flight KL – Kaoshiung (RM 187)

Redeem Chunghwa Telecom Sim Card dekat Kaoshiung Airport
  • Beli through KLOOK: RM 64 – 10Days
  • Kalau beli terus dekat kaunter 500NTD

Get Easy Card (400 NTD)

Check In Casual Way Hostel (Agoda: RM 38.9/Night)
  • MRT Formosa Boulevard - Exit 8
  • Hostel ni dekat dengan MRT tapi quite tersorok dan gelap sedikit, dua tiga kali kehulu-kehilir kat lorong tu baru jumpa pintu masuk hostel.

Dome of Light
  • 5 min walk from hostel
  • Ada light performance pukul 11AM/3PM/5PM*/7PM*/8PM

* Only for weekend

Ruifeng Night Market (MRT Arena Station)


Day 2
Check out

Lotus Lake (MRT Zuoyin Station) - Free Entrance
  • Spring and Autumn Pavilions
  • Dragon & Tiger Pagodas
  • The Beiji Pavilion
  • Five Mile Pavilion

Heading to Pingtung by TRA (Kaoshiung Station – Pingtung Station: 48 NTD)
  • Ambil train pukul 10.40, sampai Pingtung pukul 11.05

Taiwan Indigenous Peoples Cultural Park- Entrance fee: 150 NTD
  • From Pingtung ambil Tourist Shuttle Bus #508 (79NTD/one way)
  • Keluar train station, belah kiri jumpa bus station
  • Bus heading to culture park ni ada 3 kali je sehari (8:00 AM / 12:00 PM / 4:00 PM)
  • Yang dari culture park ke Pingtung Bus Station pun ada 3 juga (9:15 AM / 1.15 PM / 5.30 PM)
  • Welcoming Performance pukul 10 pagi dan 2.30 petang. Tapi malangnya, saya sampai hari pun hujan
  • Ada free shuttle bas untuk explore perkampungan orang asli kat dalam tu.
  • Tempat dia besar, dan setiap perkampungan tu ada persembahan kebudayaan dia sendiri.

Shan-Chuan Glass Suspension Bridge
  • Tak dapat masuk sebab hari hujan dan angin kuat.
  • Entrance Fee: 50 NTD

Heading back to Pingtung pukul 5.30 petang, train balik ke Kaoshiung Station 6.40 petang

Kaoshiung Mosque (MRT Wewuying Station - Exit 4)
  • Sebelah masjid ada kedai makan muslim, tapi pukul 7.30 macam tu tutup dah

Heading to Chiayi by train (Kaoshiung Station – Chiayi Station: 245 NTD | 2hrs)

Check in Chiayi Crown Hotel (Agoda: RM 43.6/night)
  • 5 minute walk from Chiayi Station
  • Dapat bilik twin bed yang di convert menjadi Dorm hahaha. Dalam banyak-banyak ini yang saya lawak sekali
  • Free breakfast



Day 3
Check out

Heading to Alishan National Park
  • Boleh ambil bus direct dari Chiayi atau ambil forest train, tapi perlu transit di Fenqihu Station.
  • Bus #7322 depart from Chiayi Station direct to Alishan (240 NTD/one way | 2.5Hrs). Station bus memang betul-betul depan Chiayi Railway Station. Jalan berpusing macam ular kena palu, bawa plastik kot termuntah
  • By Train, From Chiayi Station to Fenqihu Station dalam 2jam setengah. Boleh book online (https://afr.forest.gov.tw/). 2minggu sebelum trip dah boleh book online. Takut beli dekat kaunter semua standing ticket. Sampai di Fenqihu still kena naik lagi bas ke Alishan dalam 1 jam
 Alishan National Park - Entrance Fee: 150 NTD
  • Start tour dari tourist center ambil bas ke Zhaoping Station (Bus tu tak boleh guna Easycard. Dalam 30NTD rasanya)
  • Explore Zhaoping Park > The Sister Pond > Magnolia Garden  > Shouzhen Temple > Scented Wood Arch Bridge > Tree Generation Tree > Elephant Trunk Tree > Sacred Tree Station
  • Dari Sacred Tree Station ambil forest train ke Alishan Station (100 NTD)
  • Post Office

Ambil bas dari Alishan Transportation Center pukul 4.10am sampai Chiayi pukul 6.20pm

Dinner dekat Toko Wiwi (Indonesian Food)
  • 5-10 min walking from Chiayi Station
  • Ada baskso and nasi campur
  • Ada surau juga kalau nak tumpang solat dekat sini

Heading to Taichung by train (245 NTD)

Check In Backpacker Hostel 41 (Agoda: 450 NTD/night)
  • 5-10 min walk from Taichung Station
  • Area kawasan tu banyak restaurant Indonesia, ada satu dua yang halal, yang lain tu macam tak pasti pulak
  • Saya book untuk semalam, sebab hostel ni yang paling murah haritu.
  • The next day saya check in hostel lain.


Day 4
Check Out hostel

Heading to Sun Moon Lake by Bus (Nantou Bus #6670: 193 NTD  | 1.5 Hrs)
  • Tapi masa saya datang dapat promo 50% off sebab ada event kat Sun Moon Lake
  • Sebab ada Sun Moon Lake Swimming Carnival, bas berhenti dekat Antique Assam Tea Farm. Dari situ ada satu lagi shuttle bus yang bawa kami ke Huanhu Rd. Intersection.
  • Menapak dari Huanhu Rd. Intersection sampai ke Shuishe Visitor Center sebab jalan tutup untuk carnival

Visit Meihe Park

Ita Thao Aboriginal Village by boat (Shuise Pier - Ita Thao: 100 NTD/one way)

Sun Moon Lake Ropeway. 
  • Ropeway ni bawa penumpang ke Formosan Aboriginal Culture Village. 
  • Saya ingat nak ambil bas terus dari Formosan Village, tapi tak lepas sebab ticket cable car include sekali dengan entrance. In the end saya balik ke Shuise Pier, bejalan balik Huanhu Rd. Intersection.
  • Ambil bas dari situ untuk ke Antique Assam Tea Farm. Dari Antique Assam Tea Farm ambil Nantou Bus #6670 balik ke Taichung
Miyahara Ice Cream
  • Largest ophthalmology clinic in Taichung during the Japanese colonial period then became Taichung Health Bureau lepas Japan surrenders dari Taiwan.
  • Tapi sekarang dah jadi kedai aiskrim dan chocolate. Tak sure boleh makan ke dak.


Check-in Kiwi Express Hotel – Chenggong Rd for 2 nights (Agoda: RM 27.40/night)
  • No Breakfast and kitchen, dah nama pun hotel ye dak
  • Offer free bike


Day 5
Rainbow Village - Free entrance
  • Take train from Taichung Station to Xinwuri Station
  • Then Ambil bas #617 atau #800 dekat THSR station Platform 6

Zhongshe Flower Market – Entrance Fee 120 NTD
  • Take the train from Xinwuri Station to Fengyuan Station.
  • Keluar dari train station, jalan straight dalam 150m akan jumpa Fengyuan Bus Terminal
  • Take bus #6606 bound for Taipei dan turun dekat Zhongshe Bus Station. Bus fare 35 NTD dan accept cash sahaja.
  • Untuk balik, saya jalan kaki je dari Zhongshe Flower Market to Tai’an Train Station ikut cycling trail. Adalah dalam 1.8km. Dari Tai’an ambil train terus ke Taichung Station dalam sejam perjalanan.

Gaomei Wetland
  • Dari Taichung Boulevard bus station, ambil bus #303, turun dekat Providence University (Bus fare: 0 NTD)
  • Dari Providence University ambil bus #309 dan turun dekat Gaomei (Bus fare: 2NTD). Dari bus stop tu follow sahaja orang yang ramai-ramai sebab diorang pun mennuju ke tempat yang sama.
  • 15-20 min walking nak sampai ke Gaomei Wetland. Boleh sewa basikal juga kalau malas berjalan
  • Bas #309 last dari Gaomei Wetland ke Taichung city pukul 7.01PM (Summer: April - September), 6.30PM (Winter: Oct – March)


Day 6
Heading to Cingjing Farm (Nantou Bus: Qingjin Farm Pass – 610 NTD)
  • Bas naik dari Nantou Bus Station. Bus Station terdekat Gancheng Station
  • Pass termasuk tiket bas pergi dan balik, Qinjing Farm admission voucher, Qinjing Guest House accommodation coupon and bus transfer from Qinjing Guest House to Qingjin Farm.

Cingjing Farm
  • View dia memang awesome
  • No halal restaurant or muslim friendly restaurant. Bawa bekal siap kalau takut lapar.
  • Kalau nak keluar dari farm, cop dulu tangan. Nanti boleh masuk balik.

Sky Walk (50 NTD)
  • Tak masuk dalam pass
  • Walking trail dia dalam 1.2KM with 6 lookout point. Saya rasa saya jalan separuh lepas tu patah balik sebab tak pasti hujungnya dimana.Orang kata jangan berharap pada hujung yang tak pasti.

 Heading back to Taichung ambil bas dari Guan Shan Pastoral Station.

Painted Animated Lane
  • From Taichung Station ambil bus #75, turun dekat Linsen Sanmin Rd. Intersection. Dalam 10-15min (bus fare: 0 NTD)
  • Jalan dalam 350m sampai lah dekat lorong tu.
  • Sepanjang-panjang lorong tu ada banyak lukisan mural anime. Tak besar sangat tapi cukuplah kot untuk peminat tegar Anime. Saya bukan peminat anime, kenapa entah saya ke sini.

Taichung Mosque
  • Naik balik bas #75 dari tempat turun tadi then turun dekat Wuquan W. Dadun Rd. Intersection (bus fare: 0 NTD)
  • Saya mengharapkan ada restaurant halal dekat area masjid. Malang tiada satu pun yang saya nampak. Mungkin terhijab sebab terlalu lapar. 

Heading to Taipei by bus (Ubus: 270 NTD)

Check-in Flip Flop Hostel (Agoda: RM 77.49/2 nights)
  • Belakang Taipei Bus Terminal
  • Dalam banyak-banyak, hostel paling best. 
  • From time to time, hostel ada jugak organize tour macam Maokong Hiking Tour and Night Market Tour.


Day 7
Beitou Thermal Valley
  • Take MRT from Taipei station to Qilian Station
  • Take bus #223 dan turun dekat Beitou Park (Bus fare: 0 NTD)
  • Jalan 10 – 15 min sampai dekat Beitou Thermal Valley. Along the way jumpa Beitou Library, Beitou Park, Beitou Hot Spring Museum

Heading to Tamsui for Crown Nothern Coast Tour.
  • Ambil train Xinbeitou > Beitou > Tamsui
  • Dari Tamsui Train station, take Crown Nothern Coast Shuttle Bus #862. Frequency bas sejam sekali. One Day pass 160 NTD, tapi saya guna easypass sahaja since tak turun kat semua tempat.
  • Anyway, Tamsui pun antara tempat best yang korang boleh explore.

Fugui Cape Lighthouse (Laomei Green Reef) - Free entrance
  • Best time to visit in April and May sebab banyak green reef

Shimen Arch - Free entrance
  • Sebab nak jimat masa, saya ambil bas biasa sahaja dari Fugui Cape Lighthouse. Kena jalan sikit keluar ke main road and ambil bas yang menghala ke Keelung dan turun dekat Shimen Arch.
  • Drop dekat sini sekejab, sementara nak tunggu next shuttle bus lalu sebab kawasan dia memang depan bus stop.

Yehliu Geopark (Yehliu Ocean World) - Entrance fee: 80 NTD
  • Masuk 15 minit, lepastu keluar balik. Sebab apa? Sebab park tu dah nak tutup

Toko Indo Halal Yehliu
  • Datang nak makan, tapi makanan habis sobs
  • Kat sini pun ada tempat solat kalau nak solat

UFO Village
  • Dari Yehliu bus station ambil bas #950 dan transfer bus #790 (Bus Fare: 7NTD)
  • Drop at Green Bay bus station
  • 5 minute walk, jumpa roundabout then go straight. UFO village kat belah kiri

Heading to Keelung by bus #790. (Bus Fare: 30 NTD | 1hr)

Shilin Night Market
  • From Keelung ambil bus #9006 and drop at Jiantan Station (Bus fare: 70 NTD | 1hr)


Day 8
Check out

Heading to Hulien by TRA (440 NTD)
  • Take bus #1133 or #1133A to Taroko Gorge National Park. Keluar dari Hulien Station, nampak bangunan orange sebelah kiri.
  • Dekat bas terminal tu ramai je orang offer private tour. Depends pada budget korang
  • Day pass 250 NTD. Kalau one way 145 NTD, tapi kalau pakai easy card ada diskaun and certain location 0 fare sahaja kalau pakai easy card
  • Sebelah kanan Train Station ada visitor center. Boleh simpan luggage dekat situ, 50 NTD kalau tak silap. Tapi kena ambil sebelum office tutup kalau tak ada extra charge.

Taroko Gorge National Park
  • Hualien Station > Shakadang Trail (Bus Fare: Lebih kurang 32 NTD )
  • Shakadang > Tianxiang > The Tunnel Of Nine Turns > Swallow Grotto Trail (Yanzikou Trail)
  • Last shuttle dari Swallow Groto pukul 5.12 petang. Bus service hari tu banyak delay sebab ada kerja-kerja alih batu, since jalan kecil semua pun stuck and traffic panjang gila. Nak dekat 2 jam kot tunggu jalan buka balik.

Heading to Ruifang from Hulien by train (440 NTD | 3Hrs)

From Ruifang take bus #788 to Jiufen Old Street (Bus Fare: 15 NTD)

Check in On My Way Jiufen Hostel/ First Stop Backpackers Hostel (Agoda: 463.25 NTD)
  • Hostel betul-betul dalam old town
  • Free breakfast


Day 9
Check out

Jiufen Old Town
  • Amei Tea House > Sheng Ping Theater > Jiufen Elementary School
  • Boleh try Taro Ball (3-5 NTD) dan penut ice cream (4 NTD) dekat sini

Gold Museum, Jinguashi – Entrance Fee: 80 NTD
  • Take bus #956 (Bus Fare: 0 NTD)

Bitou Cape – Free entrance
  • From Gold Museum ambil Gold Fulong Shuttle Bus #856 dan turun dekat Bitou (Bus Fare: 8 NTD)
  • Dari tempat turun bas tu, lintas jalan ambil lorong kecil dekat belah kanan. Follow sahaja trail tu sampai jumpa Bitou Elementary School.
  • Bitou Cape trail start dekat sebelah kiri sekolah, then boleh turun balik ikut trail yang sama atau turun ikut Fishing Harbor

Dari Bitou patah balik ke Jiufen, ambil bag dan terus ke Ruifang. Ingat nak pergi ke Shifen tengok waterfall rasa macam kaki tak mampu nak melangkah lagi lepas hiking tengah hari rembang.

Dari Ruifang ambil train ke Taipei (45 NTD)

Dinner at Chang's Beef Noodles Restaurant (Halal Restaurant)
  • 10 -15 min walking from Taipei Main Station
  • Kalau nak senang keluar ikut Exit Z10

North Gate

Heading to Taoyuan International Airport Terminal 1 by Train (133 NTD)
  • Dekat aiport ada shower room near rest Area. Tak banyak, ada 2 shower room je, so berpada-padalah kalau nak mandi. Beringat sikit orang menunggu kat luar. Nasib baik datang awal.


Flight Taipei - KL (RM 219)
  • Dah fresh baru lah boleh tidur dengan nyaman dekat atas flight



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Total Expense: RM 1564.40
Exchange Rate: 100 NTD = RM 13.40
Flight: RM 405.8
Transportation Train + Bus + MRT: RM 624.60
Accommodation: RM 344.70
Entrance Fee: RM 67.70
Others (Locker/Sim Card): 121.60

Saya dah ringkaskan tapi tetap panjang jugak, saya pun tak pasti dari mana kekuatan menulis (baca menaip) sepanjang ini. Sesungguhnya menulis itu satu perjuangan.

Okay saya share yang ini dulu
Semoga bermanfaat.

1 comment:

zaimi said...

Thank you much for the information... semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan for your next trip...