Kami bangun awal pagi tu, dengan harapan nak kejar bas awal
pagi untuk bertolak ke Selcuk. Punya lah awal kami check out hinggakan owner tu
pun terkejut, tak sempat nak prepare breakfast. Waktu kami check out owner tu tak
ada dekat kaunter. Elok nak menuju ke perhentian bas, berselisih dengan owner
hotel tu yang baru balik dari beli roti. Tak ada rezeki nak hirup udara segar
sambil nikmati kopi tepi kolam hehehe
Dari Denizli Otogar kami ambil train menuju ke Selçuk. Sampai
di Selçuk dah tengah hari. Letak bag dekat hostel kami keluar kembali. Satu
perkara yang menarik perhatian saya, bagaiman orang tempatan meraikan hari
jumaat. Meriah pekan kecil Selçuk ni dengan orang bagi beratur dapatkan manisan
free. Tak sure apa nama dia, saya rasa ia adalah Lokma. Doh kosong yang
digoreng dan kemudianya disalut dengan air gula. First time try, masing-masing
menjilat jari. Well tak pasti sama ada sedap ataupun kami yang benar-benar
lapar (ahaa!)
Selesai makan tengah hari kami menyambung lagi perjalanan ke
Basilica of St. John. This basilica dedicated to St. John, built in Ephesus by
the Emperor Justinian. Katanya St John ni spent the last years of his life
dekat sini lalu meninggal dan dikebumikan dekat Ayasoluk Hill. In the 6th century AD, the Byzantine Emperor Justinian
ordered the construction of a huge basilica and when construction completed, it
became an important goal for pilgrims from all over the Christian world. It was
believed that the dust from the tomb of the Apostle possessed healing
properties.
Sekitar 654-655 Kerajaan Ephesus semakin
merosot and to prevent damage to the basilica by the Arab raids, a hilltop
castle was built, and the temple was surrounded by thick walls. But then lepas
kota ini jatuh ke tangan Kerajaan Seljuk, basilica ni diubah menjadi Masjid.
Pemandangan Isa Bey Mosque dari Basilica St. John |
Model asal Basilica St. John |
Habis solat jumaat kami ke Isa Bey Mosque
untuk solat zohor. Sampai-sampai je dekat luar masjid tu tertarik dengan satu
kedai sovenier bersebelahan dengan pintu masuk masjid. Pemilik dia ramah
melayan saya, sambil bertanyakan saya faham ke tulisan khat tu. Saya angguk and
bagitau mana tulisan yang simple-simple tu saya boleh baca, kalau yang berlapis
lapis umpama cahaya atas cahaya saya pun naik confuse.Di gelak, tak pasti impress ke apa. Tapi
mengenang betapa liberalnya Turki saya pun rasa macam mungkin anak-anak muda
sekarang dah tak ramai yang boleh baca agaknya. Pemilik tu rupanya imam masjid
Isa Bey ni. Dia siap tulis nama saya dalam
kaligrafi jawi lalu ajak kami ke dalam dan tunjukkan tempat wudhuk dan
tempat solat wanita.
İsa Bey Mosque ni one of the finest
examples of Seljuk architecture in Anatolia. Pelan masjid ini dibuat
berdasarkan Great Mosque of Damascus. Sewaktu tahun 1653 dan 1668, masjid Isa
Bey ni rosak teruk disebabkan gempa bumi. Dulu-dulu masjid ni juga pernah
digunakan sebagai caravanserai ataupun tempat bermalam bagi pedagang-pedangan
yang melalui laluan sutera.
Selesai solat saya kembali ke kedai Imam
tadi, memang niat nak beli wall décor kalau ada yang murah-murah dan sesuai
dengan budget saya. Sebab kaligrafi dia cantik sangat, semuanya handmade, anak
dia yang buat katanya.
Habis shopping kami menyusuri lorong-lorong kecil kawasan perumah penduduk tempatan. Jalan-jalan macam taka da arah. Along the way tu ada la jumpa benda-benda lain yang menarik perhatian kami seperti gadis sedang menenun (not sure if I used this word correctly) karpet. Kagum kot, punya lah detail kerja dia orang. Saya tengok gamba design karpet tu je dah berpinar mata.
İsabey Turkish Bath-hamam |
Gadis-gadis turki sedang menenun karpet |
Selesai petang tu, kami pulang ke hostel.
Di Selçuk kami menginap di Artemis Hotel, memang lokasi dia dekat tengah-tengah
bandar dekat dengan Otogar.
Ringkasan perjalanan hari ke-lapan:
On the way balik, jumpa pulak tangga warna-warni. Gambar lagi seround |
Denizli – Selçuk - Basilica of St.
John - Ephesus Archaeological Museum
Total expenses:
Bus from
Pamukkale to Denizli Otogar: 3.5 TL
Train ticket
to Selçuk: 15.75 TL
Basilica of
St. John: 10 TL
Ephesus
Archaeological Museum: 10 TL
Souvenir
Wall Décor: 30 TL
Fridge
Magnet: 5 TL
Lunch: 12 TL
Food/Snacks:
3.25 TL
Artemis
Hotel: 25.5 TL
No comments:
Post a Comment