Showing posts with label Selçuk. Show all posts
Showing posts with label Selçuk. Show all posts

Friday, December 13, 2019

The Travel Project : Turki (Day 9) - Selçuk


Hari ke Sembilan, kami ke Ephesus. Sebelum bertolak kami singah ke Saturday Market dekat pekan Selçuk. Pagi-pagi dah meriah and banyak gerai-gerai yang di buka mostly menjual sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, makanan dan banyak lagi lah. Kalau dah namanya perempuan pergi pasar ye dak, takkan kami tengok sahaja. Sempat la sambar sehelai dua (eh!)

Kami spent tak lama kat pasar pagi ni, kemudian terus gerak pergi Selçuk Otogar untuk ambil bas ke Ephesus. Tak jumpa bas ke Ephesus, ada taxi offer kami 20 TL for 4 pax. Dia bawa kami ke entrance Ephesus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 min. Ramai yang suggest untuk start tour dari South Gate. Sebab masuk dari South gate, perjalanan akan dia menurun bukit, tak adalah penat sangat mendaki.



The ruins of Ephesus ni kira favorite spot tourist la kalau singgah ke Selcuk. The city was once considered the most important Greek city and the most important trading center in the Mediterranean region








Kucing gemoks




Untuk ke Terrace House ni ada additional entrance fee. Since aku punya perasaan membuak-muak nak tengok macam mana rupanya rumah orang zaman dulu-dulu saya pun beli lah ticket masuk dengan harga 15 TL. Actually masa kami datang tu kerja-kerja excavations masih lagi berlangsung. Memang rumah dia semua cantik-cantik. Mesti rumah orang kaya-kaya zaman dulu-dulu.





Saya cuba membayangkan betapa kayanya orang yang tinggal kat sini sampai boleh decor dinding rumah macam tu

View Ephesus dari pintu keluar terrace house
Ada dua famous spot kat dalam Ephesus ni. Pertama Library of Celcus, keduanya Grand Teather. Library of Celcus, was built in 110AD by Gaius Julius Aquila in memory of his father, Julius Celsus Polemaenus yang juga merupakan Roman governor of Asia Minor in the 2nd century AD. Dulu-dulu semua mayat-mayat pahlawan dikebumikan dibahagian luar sempadan bandar ni. Tapi si Aquila ni minta permission untuk ayahnya dikebumikan dalam marble grave in a burial chamber library ni and he spent about 25 000 denars for this purpose.

Dikatakan library ini adalah library ke tiga terbesar selepas Alexandria and Pergamum Library. 




Library ni ada tiga pintu masuk dan bersebelahan pintu masuk tersebut terdapat empat statute represented four qualities associated with the late governor: wisdom (sophia), intelligence (ennoia), knowledge (episteme) and virtue (arete).



The second famous spot is the Great Theatre. It was constructed in the Hellenistic period dan kemudianya diubah suai sewaktu Roman period. The main difference between a Hellenistic Theater and a Roman Theater is that the Hellenistic ones are leaning on a hill. It is the Romans who invented free standing huge walls. Dikatakan pembinaan teater ini mengambil masa lebih kurang 60 tahun untuk disiapkan. Dalam satu-satu masa, teater ini boleh menempatkan seramai 25, 000 dan ia merupakan largest theater in the Asia Minor.



Nama Theater diambil dari perkataan Greek iaitu "Theatron" which means" the place to observe". The half circle shaped section was called "orchestra". Performances were held on the stage building called "Skene". Skenes were 2 storeys in Hellenistic period and 3 storeys during Roman period. The reason having them 3 storey building is to let the spectators focus to the plays. Sitting section is called cavea. The round access sections are called 'Diazoma". Usually there was an admission for entrance. Tickets small coins showing where the spectators will seat. In the mid of 1st century some gladiator games were performed in this theater. Even sampai sekarang still ada few concert yang berlangsung di sini. Elton John antara artis yang pernah performed dekat Ephesus Theater ni.





Keluar je dari gate Ephesus tu banyak kedai jual sovenier. Tak kurang juga yang jual Turkish delight dengan harga yang sangat murah. Tapi suka saya ingatkan, actually Turkish delight tu sangat low quality dan tinggi kandungan gula. Kotak besar tapi isi dalam 6, 7 ketul sahaja. So please gais jangan terpedaya beli Turkish delight kat situ ok!

Hampir separuh hari jugak kami di Ephesus. Habis explore kawasan Ephesus kami kembali ke hostel untuk ambil bag. Sebelum bertolak ke Izmir, kami minta izin dari staff hotel untuk tumpang solat memandangkan perjalanan kami selepas ini mengambil masa lebih kurang sejam.

Selesai solat dan lunch kami ke Izmir menaiki bas dengan tambang 9 TL. Sampai di Izmir hari dah senja, ke hulu ke hilir mencari hotel. Di Izmir kami menginap di Konak Saray Hotel. Dalah Agoda punyalah gah rupa dia, tapi lokasi dia ya ampun di celah-celah lorong gelap yang kau pun tak expect ada hotel celah-celah tu. Nasib baik hotel bes siap bagi welcome drink lagi. Masing-masing request nak Elma Cayi (Apple Tea)

Lepas settle down, kami keluar lagi malam tu. Just nak tengok apa yang ada sekitar hotel. Tapi banyak kedai dah tutup. Kedai makan pun tak berapa nak ada. Akhirnya kami pulang lagi ke hotel dengan perasaan hampa.


Ringkasan perjalanan hari ke-tujuh:
Selçuk Saturday Market – Ephesus - Izmir

Total expenses:
Taxi to Ephesus: 5 TL/pax
Ephesus Entrance Fee: 30 TL
Terrace House Entrance Fee: 15 TL
Postcard: 1 TL
Shopping (eh!): 21 TL
Bus ticket to Selçuk Otogar: 2.5 TL
Lunch: 15 TL
Bus ticket to Izmir: 9 TL


End of day 9

Thursday, December 12, 2019

The Travel Project : Turki (Day 8) - Selçuk


Kami bangun awal pagi tu, dengan harapan nak kejar bas awal pagi untuk bertolak ke Selcuk. Punya lah awal kami check out hinggakan owner tu pun terkejut, tak sempat nak prepare breakfast. Waktu kami check out owner tu tak ada dekat kaunter. Elok nak menuju ke perhentian bas, berselisih dengan owner hotel tu yang baru balik dari beli roti. Tak ada rezeki nak hirup udara segar sambil nikmati kopi tepi kolam hehehe

Dari Denizli Otogar kami ambil train menuju ke Selçuk. Sampai di Selçuk dah tengah hari. Letak bag dekat hostel kami keluar kembali. Satu perkara yang menarik perhatian saya, bagaiman orang tempatan meraikan hari jumaat. Meriah pekan kecil Selçuk ni dengan orang bagi beratur dapatkan manisan free. Tak sure apa nama dia, saya rasa ia adalah Lokma. Doh kosong yang digoreng dan kemudianya disalut dengan air gula. First time try, masing-masing menjilat jari. Well tak pasti sama ada sedap ataupun kami yang benar-benar lapar (ahaa!)


Selesai makan tengah hari kami menyambung lagi perjalanan ke Basilica of St. John. This basilica dedicated to St. John, built in Ephesus by the Emperor Justinian. Katanya St John ni spent the last years of his life dekat sini lalu meninggal dan dikebumikan dekat Ayasoluk Hill. In the 6th century AD, the Byzantine Emperor Justinian ordered the construction of a huge basilica and when construction completed, it became an important goal for pilgrims from all over the Christian world. It was believed that the dust from the tomb of the Apostle possessed healing properties. 





Pemandangan Isa Bey Mosque dari Basilica St. John 









Model asal Basilica St. John
Sekitar 654-655 Kerajaan Ephesus semakin merosot and to prevent damage to the basilica by the Arab raids, a hilltop castle was built, and the temple was surrounded by thick walls. But then lepas kota ini jatuh ke tangan Kerajaan Seljuk, basilica ni diubah menjadi Masjid.

Ayasoluk Castle

Kale Camii or Castle Mosque


View from Ayasoluk Hill




Habis solat jumaat kami ke Isa Bey Mosque untuk solat zohor. Sampai-sampai je dekat luar masjid tu tertarik dengan satu kedai sovenier bersebelahan dengan pintu masuk masjid. Pemilik dia ramah melayan saya, sambil bertanyakan saya faham ke tulisan khat tu. Saya angguk and bagitau mana tulisan yang simple-simple tu saya boleh baca, kalau yang berlapis lapis umpama cahaya atas cahaya saya pun naik confuse.Di gelak, tak pasti impress ke apa. Tapi mengenang betapa liberalnya Turki saya pun rasa macam mungkin anak-anak muda sekarang dah tak ramai yang boleh baca agaknya. Pemilik tu rupanya imam masjid Isa Bey ni. Dia siap tulis nama saya dalam  kaligrafi jawi lalu ajak kami ke dalam dan tunjukkan tempat wudhuk dan tempat solat wanita.





İsa Bey Mosque ni one of the finest examples of Seljuk architecture in Anatolia. Pelan masjid ini dibuat berdasarkan Great Mosque of Damascus. Sewaktu tahun 1653 dan 1668, masjid Isa Bey ni rosak teruk disebabkan gempa bumi. Dulu-dulu masjid ni juga pernah digunakan sebagai caravanserai ataupun tempat bermalam bagi pedagang-pedangan yang melalui laluan sutera.
Selesai solat saya kembali ke kedai Imam tadi, memang niat nak beli wall décor kalau ada yang murah-murah dan sesuai dengan budget saya. Sebab kaligrafi dia cantik sangat, semuanya handmade, anak dia yang buat katanya.




Habis shopping kami menyusuri lorong-lorong kecil kawasan perumah penduduk tempatan. Jalan-jalan macam taka da arah. Along the way tu ada la jumpa benda-benda lain yang menarik perhatian kami seperti gadis sedang menenun (not sure if I used this word correctly) karpet. Kagum kot, punya lah detail kerja dia orang. Saya tengok gamba design karpet tu je dah berpinar mata.



İsabey Turkish Bath-hamam


Gadis-gadis turki sedang menenun karpet
Next kami ke Ephesus Archaeological Museum (Efes Müzesi). Saya hampir lupa apa yang ada dekat sini melainkan statue Artemis with a Rows of egg-shaped marble pieces on the goddess's chest. Sorry hanya itu yang mampu saya recall. Banyak bahan arkeologi ni dapat dari Ephesus excavation site.



Selesai petang tu, kami pulang ke hostel. Di Selçuk kami menginap di Artemis Hotel, memang lokasi dia dekat tengah-tengah bandar dekat dengan Otogar.


On the way balik, jumpa pulak tangga warna-warni. Gambar lagi seround
Ringkasan perjalanan hari ke-lapan:
Denizli – Selçuk - Basilica of St. John - Ephesus Archaeological Museum

Total expenses:
Bus from Pamukkale to Denizli Otogar: 3.5 TL
Train ticket to Selçuk: 15.75 TL
Basilica of St. John: 10 TL
Ephesus Archaeological Museum: 10 TL
Souvenir Wall Décor: 30 TL
Fridge Magnet: 5 TL
Lunch: 12 TL
Food/Snacks: 3.25 TL
Artemis Hotel: 25.5 TL


End of Day 8