Showing posts with label Pamukkale. Show all posts
Showing posts with label Pamukkale. Show all posts

Friday, December 13, 2019

The Travel Project : Turki (Day 9) - Selçuk


Hari ke Sembilan, kami ke Ephesus. Sebelum bertolak kami singah ke Saturday Market dekat pekan Selçuk. Pagi-pagi dah meriah and banyak gerai-gerai yang di buka mostly menjual sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, makanan dan banyak lagi lah. Kalau dah namanya perempuan pergi pasar ye dak, takkan kami tengok sahaja. Sempat la sambar sehelai dua (eh!)

Kami spent tak lama kat pasar pagi ni, kemudian terus gerak pergi Selçuk Otogar untuk ambil bas ke Ephesus. Tak jumpa bas ke Ephesus, ada taxi offer kami 20 TL for 4 pax. Dia bawa kami ke entrance Ephesus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 min. Ramai yang suggest untuk start tour dari South Gate. Sebab masuk dari South gate, perjalanan akan dia menurun bukit, tak adalah penat sangat mendaki.



The ruins of Ephesus ni kira favorite spot tourist la kalau singgah ke Selcuk. The city was once considered the most important Greek city and the most important trading center in the Mediterranean region








Kucing gemoks




Untuk ke Terrace House ni ada additional entrance fee. Since aku punya perasaan membuak-muak nak tengok macam mana rupanya rumah orang zaman dulu-dulu saya pun beli lah ticket masuk dengan harga 15 TL. Actually masa kami datang tu kerja-kerja excavations masih lagi berlangsung. Memang rumah dia semua cantik-cantik. Mesti rumah orang kaya-kaya zaman dulu-dulu.





Saya cuba membayangkan betapa kayanya orang yang tinggal kat sini sampai boleh decor dinding rumah macam tu

View Ephesus dari pintu keluar terrace house
Ada dua famous spot kat dalam Ephesus ni. Pertama Library of Celcus, keduanya Grand Teather. Library of Celcus, was built in 110AD by Gaius Julius Aquila in memory of his father, Julius Celsus Polemaenus yang juga merupakan Roman governor of Asia Minor in the 2nd century AD. Dulu-dulu semua mayat-mayat pahlawan dikebumikan dibahagian luar sempadan bandar ni. Tapi si Aquila ni minta permission untuk ayahnya dikebumikan dalam marble grave in a burial chamber library ni and he spent about 25 000 denars for this purpose.

Dikatakan library ini adalah library ke tiga terbesar selepas Alexandria and Pergamum Library. 




Library ni ada tiga pintu masuk dan bersebelahan pintu masuk tersebut terdapat empat statute represented four qualities associated with the late governor: wisdom (sophia), intelligence (ennoia), knowledge (episteme) and virtue (arete).



The second famous spot is the Great Theatre. It was constructed in the Hellenistic period dan kemudianya diubah suai sewaktu Roman period. The main difference between a Hellenistic Theater and a Roman Theater is that the Hellenistic ones are leaning on a hill. It is the Romans who invented free standing huge walls. Dikatakan pembinaan teater ini mengambil masa lebih kurang 60 tahun untuk disiapkan. Dalam satu-satu masa, teater ini boleh menempatkan seramai 25, 000 dan ia merupakan largest theater in the Asia Minor.



Nama Theater diambil dari perkataan Greek iaitu "Theatron" which means" the place to observe". The half circle shaped section was called "orchestra". Performances were held on the stage building called "Skene". Skenes were 2 storeys in Hellenistic period and 3 storeys during Roman period. The reason having them 3 storey building is to let the spectators focus to the plays. Sitting section is called cavea. The round access sections are called 'Diazoma". Usually there was an admission for entrance. Tickets small coins showing where the spectators will seat. In the mid of 1st century some gladiator games were performed in this theater. Even sampai sekarang still ada few concert yang berlangsung di sini. Elton John antara artis yang pernah performed dekat Ephesus Theater ni.





Keluar je dari gate Ephesus tu banyak kedai jual sovenier. Tak kurang juga yang jual Turkish delight dengan harga yang sangat murah. Tapi suka saya ingatkan, actually Turkish delight tu sangat low quality dan tinggi kandungan gula. Kotak besar tapi isi dalam 6, 7 ketul sahaja. So please gais jangan terpedaya beli Turkish delight kat situ ok!

Hampir separuh hari jugak kami di Ephesus. Habis explore kawasan Ephesus kami kembali ke hostel untuk ambil bag. Sebelum bertolak ke Izmir, kami minta izin dari staff hotel untuk tumpang solat memandangkan perjalanan kami selepas ini mengambil masa lebih kurang sejam.

Selesai solat dan lunch kami ke Izmir menaiki bas dengan tambang 9 TL. Sampai di Izmir hari dah senja, ke hulu ke hilir mencari hotel. Di Izmir kami menginap di Konak Saray Hotel. Dalah Agoda punyalah gah rupa dia, tapi lokasi dia ya ampun di celah-celah lorong gelap yang kau pun tak expect ada hotel celah-celah tu. Nasib baik hotel bes siap bagi welcome drink lagi. Masing-masing request nak Elma Cayi (Apple Tea)

Lepas settle down, kami keluar lagi malam tu. Just nak tengok apa yang ada sekitar hotel. Tapi banyak kedai dah tutup. Kedai makan pun tak berapa nak ada. Akhirnya kami pulang lagi ke hotel dengan perasaan hampa.


Ringkasan perjalanan hari ke-tujuh:
Selçuk Saturday Market – Ephesus - Izmir

Total expenses:
Taxi to Ephesus: 5 TL/pax
Ephesus Entrance Fee: 30 TL
Terrace House Entrance Fee: 15 TL
Postcard: 1 TL
Shopping (eh!): 21 TL
Bus ticket to Selçuk Otogar: 2.5 TL
Lunch: 15 TL
Bus ticket to Izmir: 9 TL


End of day 9

Wednesday, December 11, 2019

The Travel Project : Turki (Day 7) - Pamukkale

Kami tiba di Denizli Otogar awal pagi. Subuh pun belum masuk. Mamai-mamai turun bas cari port best sambung balik tidur ahaaa. Stesen bas Denizli ni pun besar gak, buka 24 jam kot tengok waktu kami sampai ramai-ramai je orang macam kat airport.

Usai solat subuh, kami survey-survey tempat nak naik bas menuju ke Pamukkale. Bus dari Denizli Otogar ke Pamukkale run every 30 minit and more frequent during weekend. Kami ambil bas yang pertama, and it takes about 30 minutes untuk sampai ke Pamukkale. Kami drop dekat perhentian bas berdekatan dengan hostel tempat kami menginap.

Di Pamukkale kami stay di Aligau Hotel. Selain Cappadocia, Aligau Hotel ni antara penginapan yang saya paling suka. Lokasi dia macam kampung-kampung and sangat peaceful. Kira bersahabat dengan alam gitu.

Hotel tu pun macam tak ramai orang, owner dia bagi kami check in awal. Dapat katil sambung lagi tidur. Lepas lunch, solat zohor semua baru kami sambung explore area Pamukkale.

Kebetulan hari yang kami sampai di Pamukkale, sedang berlangsung Turkiye Presidential Cycling Tour. Ada certain kawasan ditutup untuk bagi laluan pada para pelumba. Awalnya kami pun pelik, apa yang meriah sangat hari tu. Ingat ada festival ke apa ke, rupanya ada tournament. Organizer siap offer makanan and tshirt event. Kami pun apa lagi, kecil tapak tangan bag besar kami tadahkan.

Presidential Cycling Tour  2015

So first stop kami adalah Karahayıt. Actually Karahayıt ni tak ada dalam plan pun. Naik-naik bas pastu tak sure nak turun kat mana, the bus end at Karahayıt Town. Kami pun turun la, tunngu next bas untuk ke Cotton Castle entrance.

View Cotton Castle on the way nak ke Karahayıt

The small town of Karahayıt

Karahayıt Beyazıt Cami




Karahayıt was once known for its rust-red hot mineral waters, filled with iron and calcium. Dekat area ni banyak hotel/motel yang menawarkan kemudahan thermal bath.


Kami masuk Cotton Castle melalui North Gate Entrance. Masuk dari sini kami disajikan dengan pemandangan Hierapolis, ancient city that was founded around 190 BC and was famous for its sacred hot springs. Banyak binaan dekat sini dah runtuh disebabkan gempa bumi.

















Hierapolis, Pamukkale


Duk sibuk bergambar sana-sini, nyaris tertinggal phone dekat sini, huhu Mujur ada sorang guide tu tolong simpankan




Since kami datang dari atas, tak adalah rasa mencungap sangat nak ke Hierapolis Theatre. Kalau tengok dari bawah teater ni nampak macam biasa sahaja, tapi padangan dari atas, Subhanallah cantik sangat.





Hierarpolis Teather





Disini juga sangat terkenal dengan Cleopatra’s Antique Pool. Nak masuk pool tu ada additional entrance fee.

















Puas bergambar dekat Travertine dan hari pun dah nak senja, kami semua menyusuri pesisir bukit dan keluar ikut South Gate. Dekat area situ ada kolam buatan dan juga kedai-kedai yang jual sovenier.
Sebelum kembali ke hotel, kami singgah dulu dekat satu kedai makan ni untuk dinner. 

Paling lawak, tengah sedap-sedap layan angin petang sambil tengok menu nak order makanan sekali keluar anjing besar dari bahagian dalam restaurant. Pergh kitorang semua dah panik ayam dah. Takut kena gigit satu hal, kang kena jilat lagi jenuh nak cari tanah buat samak. Kawan saya azi, panik dia memang tak boleh bawa berbincang. Siap nak panjat kerusi selamatkan diri. Unfortunately banyak gambar yang hilang dalam phone lama. Hanya yang tinggal apa yang ada dalam memori saya sahaja :D

Ringkasan perjalanan hari ke-tujuh:
Denizli Otogar – Karahayıt – Hierapolis - Travertine

Total expenses:
Aligau Hotel: 25.5 TL
Minibus to Hotel: 3.5 TL
Bus from Hotel to Karahayıt: 2 TL
Bus from Karahayıt to Hierapolis: 2.5
Dinner: 17 TL
Food & Drinks : 8.75 TL


End of day 7