Showing posts with label Bursa. Show all posts
Showing posts with label Bursa. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

The Travel Project : Turki (Day 12) - Bursa & Istanbul


Hari ke-12 kami pulang kembali ke Istanbul menaiki ferry. Awalnya kami macam lost sikit sebab tak sure macam mana nak ke Ferry Terminal. Sesat larat jugak lah sebab kena transfer dua bas dan kedua-dua stesen bas ni jauh antara satu sama lain. Nasib baik jumpa seorang pak cik ni. Dia yang bawa kami ke stesen bas untuk ke Ferry Terminal. Baik sangat, sampai tolong bayarkan tambang kami berempat. Saya pernah tulis pasal dia dalam entry yang lepas.



Yellow Bus 1-F or 1-GY (TL2.50) untuk dari Emek İstasyonu - ke Güzelyalı Ferry Dock
IDO Ferry Terminal
Tiket ferry kami dari Bursa‘s Güzelyalı Ferry dock ke Istanbul pukul 12 tengah hari. Sementara menunggu, sempat lagi berjalan area port tu. Perjalanan dari Bursa ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai dalam pukul 2 lebih.


Sampai je dekat Yenikapı ferry Terminal, Istanbul kami ambil train balik ke Sultanahmet. Dari pelabuhan nak train station pun a bit tricky, sebab kena jalan jauh sikit masuk terowong keluar terowong baru jumpa.

Letak bag dekat hostel, kami sambung berjalan cari tempat makan area Galata Bridge sambil nikmati sunset dan angin petang.


Galat Bridge and Galata Tower




Restorant bawah Galata Bridge. Orang kata kalau nak cari balık ekmek sedap, cari kat sini.





Yeni Camii or New Mosque new Galata Bridge
Seterusnya kami ke Karakoy dan Galata Tower, one of the highest and oldest tower in Istanbul. Malam-malam kat area Galata Tower tu memang happening la. Ramai sangat anak muda dok melepak kat area tu. Ingat nak sambung lagi ke Taksim Square. Tapi masing-masing dah tak larat, kami decide balik berehat dekat hostel sahaja.

Galata Tower



Ringkasan perjalanan hari ke-dua belas:
Bursa – Istanbul – Eminönü - Karakoy – Galata Tower

Total expenses:
Ferry Ticket: 20 TL
Dinner: 10 TL

End of Day 12

Monday, December 23, 2019

The Travel Project : Turki (Day 11) - Bursa


Pagi tu lepas solat subuh kami pun keluar dari surau. Punyalah sejuk tidur kat surau, awal pagi dah bangun. At the same time nak bagi laluan dekat jemaah yang baru sampai and nak solat kat situ. Ada kawan saya yang dua tiga kali terjaga semalam. Dia sedar ada orang kunci surau tu dari luar, pagi dah nak subuh baru buka balik. Masing-masing tidur mati tak sedar bunyi apa.

Pagi tu kami ambil bas pertama ke Bursa City Center. Dekat Bursa ni saya sedikit hilang arah, sebab macam tak sempat survey banyak sangat pasal transportation system dia. Memang orang kata pergi membuta tuli ajelah. Sebab Istanbul cart tak boleh guna kat sini. Kami kene beli ticket dekat kaunter untuk naik bas ke city centre.


Perjalanan tak lama, dalam 20 minit. Awal lagi gamaknya, orang pun tak ramai sangat. Sampai hotel terus check in. Location Hotel bertentangan dengan Ulu Camii dan Koza Han. Letak bag, siap-siap kami keluar terus explore bandar Bursa pulak.


 Destinasi pertama kami adalah Ulu Camii ataupun Grand Mosque, most prominent landmark in Bursa. Bursa Grand Mosque was opened in 1399 and built in the Seljuk style of architecture, consisting of both Seljuk and early Ottoman elements. Masjid ni ada 20 kubah dan di dalamnya penuh dengan tulisan kaligrafi. Cantik sangat.



Orang kata, water fountain ni di bina atas tapak seorang mak cik tua yang tinggal kat area ni sebelum masjid ni di bina






Kami kemudianya berjalan di sekitar bazaar bersebelahan dengan Koza Han. Faham ajelah kalau dah masuk bazaar ye dak. Dekat bazaar tu ada banyak section. Ada yang juga aksesori wanita, emas, pakaian paling heaven sekali tudung la. Semua design dia cantik-cantik. Banyak gila kot saya borong tudung kat situ.

Tengah dok seronok keluar masuk kedai, ada seorang pak cik ni tegur, tanya saya dari mana. Saya cakap kami dari Malaysia. Seronok dia bercerita tentang other attraction around Bursa. Pak cik tu siap recommend kat mana nak tengok tarian sufi percuma. Dia kata memang ramai traveler yang datang kat situ. Lokasi dia pun tak jauh dari hotel tempat kami menginap.

Cable car nak ke Uludağ. Kalau winter ada salji, selain musim winter tak sure apa yang best kat atas tu


Silk Bazaar

Habis shopping kami sambung berjalan ke Green Mosque or Yeşil Camii dan Makam Sultan Mehmet Celebi II. Kat sinilah kami jumpa dengan Yunus, dia yang sangat ramah menegur kami dan menunjukkan tempat solat wanita. Usai solat dia briefly cerita pasal masjid ni. Green Mosque ni mendapat nama dari tile hijau yang banyak digunakan pada dinding masjid. Dulu-dulu Sultan selalu datang ke sini, disebabkan itu terdapat satu bilik yang dikhaskan untuk baginda Sultan.


Green Mosque



Habis tangkap gambar, Yunus pelawa kami untuk singgah ke kedai sovenier milik dia. Siap jamu teh lagi. Antara barangan cenderahati termasuk sejadah, shawl, dan banyak lagilah. Yunus cakap banyak sejadah dekat kedai dia ni ambil dari kampung-kampung. Memang culture orang Turki, perempuan yang belum berkahwin diajar menenun sejadah. Hasil tangan dia pun halus dan harga tak usah cakaplah. Tapi saya perasan banyak corak yang ada kat kedai dia saya tak jumpa masa di Istanbul.


Next kami Emir Sultan Camii yang tak jauh dari Green Mosque. Masjid ini dibina sekitar tahun 1429 dan di namakan Emir Sultan yang juga merupakan menantu kepada Sultan Yıldırım Bayezid.

Emir Sultan Camii

Habis explore Bursa hari pun dah senja. Kami pulang awal sebab nak pergi tengok Sufi Dance yang pak cik tu recommend tengah hari tadi. Tapi malangnya, kami tak jumpa pun tempat yang dia maksudkan. Puaslah turun naik bukit ooi semata-mata nak tengok sufi dance free.

Ringkasan perjalanan hari ke-sebelas:
Bursa Grand Mosque (Ulu Camii) – Local Bazaar – Koza Han – Green Mosque (Yeşil Camii) – Emir Sultan Camii

Total expenses:
Ok yang ni saya betul-betul tak simpan note haha, tapi semua tempat yang kami pergi free entrance.

End of Day 11

Sunday, December 22, 2019

The Travel Project : Turki (Day 10) - Izmir


Kami stay di Izmir hanya semalam sahaja. Di Izmir kami stay di Konak Saray Hotel. Location pun kat city center, Cuma lorong hotel ni memalam macam seram sikit.

Siap-siap pagi tu kami terus check out dan pergi ke stesen bas Izmir. Book ticket nak ke Bursa. Plan asalnya nak ajak travelmates saya pergi Bergama Acropolis dan explore area Izmir. Tapi kesilapan pertama seorang perempuan adalah mengunjungi tempat shopping di pagi hari. Hahaha makanya semua tempat yang kami plan nak pergi, semuanya cancel.

Apa yang ada dekat Kemeraltı Bazaar ni? Macam-macam. Dari ikan, sayur, barang perhiasan rumah, baju, seluar, kasut dan banyak lagi la. Paling penting harga dekat sini jauh lebih murah dari Grand and Spice Bazaar di Istanbul. 


Rambang mata kami dibuatnya. Masing-masing dok pakat borong baju turki kot kat sini.

Benda paling saya suka sekali bila lalu dekat kawasan market jual ikan. Meriah sangat. Meriah dengan ikan sudah pastinya. Tapi yang menarik mulut ikan tu disumbat dengan Salad/Sayur, first time tengok benda rare macam tu.




Lama juga kami spent masa kat situ, almost separuh hari tu pun masing-masing macam lupa dunia sekejab. Mujur akhirnya kami sedar diri dan kembali ke pangkal jalan. Petang yang sama kami bertolak ke Bursa mengunakan bas. Sebelum naik bas tapau siap-siap kebab buat makan tengah hari.

Waktu dalam bas tu memang banyak layan perasaan la. Ditambah lagi dengan satu family tiga beranak ni yang share dua seat sahaja. Sekejab-sekejab bapak dia berdiri nak bagi ruang kat anak dia. Sesekali dia menyangkung kat atas lantai memang sebak sangat mengenang pengorbanan seorang ayah. Post lama yang pernah saya tulis pasal 3 beranak ni.



Hampir 5 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bursa. Kami tiba di stesen bas Bursa sedikit lewat, mula-mula singgah surau nak solat Isyak, tapi memandangkan tak ramai orang kami pun terus lepak je dekat dalam surau tu. Ramai je orang local yang datang bersilih ganti. Tiap kali orang baru datang, mesti diorang tanya kami dari mana? Nak cakap English mereka tak faham, maka berbicaralah kami umpama ayam dan itik. Mujur Kak huzai, boleh cakap sikit-sikit. Maka dia ajalah jadi kami punya kamus dan translator hahaa. Jika dibandingkan dengan semua tempat yang kami singgah, kira orang kat Bursa ni lah yang paling ramah sekali.

So malam tu kami overnight dekat surau dalam stesen bas Bursa. Ada juga beberapa orang tempatan yang tidur sekali kat dalam surau tu. Mujur tak kena halau dengan security guard. Kalau tak tahulah apa nasib kami malam tu


Ringkasan perjalanan hari ke-sepuluh:
Kemeraltı Bazaar - Bursa

Total expenses:
Bus to Bursa : 45 TL


End of Day 10