Jujurlah, separuh ramadhan telah berlalu pergi, namun berapa banyak amal, dan berapa banyak dosa telah dikumpulkan?
Wednesday, August 8, 2012
Live your soul
Jujurlah, separuh ramadhan telah berlalu pergi, namun berapa banyak amal, dan berapa banyak dosa telah dikumpulkan?
Monday, May 28, 2012
Andai kamu yang diuji Tuhan
Lumrah manusia, ada tikanya tatkala ujian melanda tak akan selamanya kita mampu mendongak. Jiwa rapuh itu rebah jua. Diri yang dulu kuat, longlai mengharap ihsan dari Tuhan.
Memang mudah untuk mereka mengatakan sabar, kerana bukan mereka yang diuji Tuhan!
Senyum wahai sahabat. Langit tak akan selamanya mendung. Lupakah engkau pada pelangi yang akan muncul selepas hujan reda?
Ujian tidak akan datang menyapa tanpa ada hikmah yang menuggu di hujung jalan. Bersangka baik dan berlapang dada selalu sahabat. Allah punya alasan-Nya yang tersendiri. Cuma kita terlalu bersedih sehingga terlupa memikirkan ibrah di sebalik ujian.
Adakalanya Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya.
Senyum untuk kesekian kalinya sahabat. Senyumlah walau kehilangan sesuatu yang amat kamu sayang. Kerana akhirnya kamu akan sedar betapa Tuhan mencintaimu lebih daripada apa yang kamu perlu.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." [2:155-157]
Tuesday, May 22, 2012
Apa khabar Iman mu hari ini sahabat?
Ada tikanya
ia berada di atas,
Ada tikanya
ia berada di bawah.
Andai di
atas berusahalah untuk tetap di atas
Saat ia
terbating ke bawah, berusahalah untuk naik kembali.
Saturday, May 19, 2012
Dan aku bertanya pada jiwa ku...
Dan aku bertanya pada jiwa ku, sejauh apa hidup tanpa Tuhan Mu?
Dan aku bertanya pada hati ku, sedalam apa hidup tanpa Tuhan Mu?
Dan aku bertanya pada diri ku, sekeras apa kerja tanpa Tuhan Mu?
- ShaqifahSani -
Wednesday, March 21, 2012
Manisnya hidayah dari Allah
Terpaku saya
melihat gambar seorang teman lama
Dia sedikit berubah
Alhamdulillah
perubahan kearah kebaikkan
Sejuk hati
saya melihatnya
Dan pagi
tadi, ternampak seseorang yang amat saya kenali
Dengan imej
barunya, manis berhijab
Alhamdulillah…
Saya tersenyum
sendiri
Manisnya
hidayah dari Allah
Indahnya perasaan
itu andai kita benar-benar menjiwainya
“Barangsiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa
yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang-orang yang rugi.” [7:178]
Subscribe to:
Posts (Atom)