Entah kenapa
hari ini, masing-masing pun dok pakat post gambar “breakfast terakhir sebelum
ramadhan”. Aneh juga manusia ni kadang-kadang.
Tengah hari
tadi sewaktu keluar untuk tapau lunch, terasa meriah daripada kebiasaanya.
Kedai penuh, beratur panjang lagi. Hari terakhir sebelum berpuasa barangkali.
Semalam terbaca
status salah seorang kenalan di FB. Dia baru sahaja menikah minggu yang lalu,
salah seorang temanya maut dalam kemalangan jalan raya pagi itu. Beberapa hari
lalu mereka bertemu, berpelukkan mengucapkan tahniah, hari ini dia sudah tiada.
Sahabat dia yang pergi itu bukan siapa-siapa pun dengan saya. Tapi entah
terkesan benar dengan khabar itu.
Hanya dua
hari sebelum Ramadhan…
Betapa
sebenarnya, mati itu tersangat dekat dengan kita.
Siapa tahu
mungkin kita tak sempat pun untuk sampai ke Rmadhan.
Doa yang
baik-baik, harap yang baik-baik.
Moga Allah
temukan lagi kita dengan Ramadhan yang kali ini.
No comments:
Post a Comment