Sunday, July 5, 2015

Nota Ramadhan #5



Awal pagi tadi booth saya didatangi seorang lelaki yang saya kira seperti pak cik. Lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal 60-an. Rambutnya hampir putih semua. Dia tersenyum sambil membelek-belek jubah-jubah saya.

Dia hanya berseorangan, gayanya seperti berminat lalu saya tergur “Jubah tu ada size dari S sampai XXL”

Dia berhenti membelek dan berdiri di satu sudut sambil berfikir. Lama, kemudian bersuara
“Can you understand me?”
Saya gelak “Yes I do”  saya lihat dia tersenyum lega

Lelaki itu mula bercerita. Dia mencari baju yang sedikit loose untuk isterinya. Dia bertanya jikalau saya masih disini lagi esok. Saya menggeleng dan maklumkan yang kami akan berada di sini lagi pada minggu hadapan.

“I think, I love this one” sambil menunjukkan jubah biru itu pada saya.
“Would you mind if I take photo of your cloth?” saya mengangguk membenarkanya

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar. Tiada smartphone yang canggih-cangih cuma handphone biasa yang semacam Nokia flip phone. 

Dia bagitahu saya, dia mahu jalan-jalan dulu dan akan kembali lagi kalau isterinya suka pada jubah itu. Saya mengangguk dan tersenyum. Pak cik tu pun berlalu, beberapa langkah kemudian dia berpaling balik ke belakang melihat kembali jubah yang telah saya sangkut pada tempat asalnya.

Tersenyum sendiri saya melihat gelagat dia. Saya kira dia benar-benar mahukan jubah biru itu untuk isterinya.

Tak lama kemudian, pak cik itu datang kembali. Sambil berbasa basi jikalau saya dapat memberinya best price untuk jubah itu. Selepas tawar menawar, dia setuju untuk membeli Jubah biru itu dengan harga RM 129. Alhamdulillah ada rezeki saya.

Lantas dia mengeluarkan gulungan duit kertas dari koceknya. Dua keping duit lima puluh dan tiga keping duit sepuluh ringgit. “Just keep the change” katanya bila dia lihat saya masih mencari-cari duit seringgit dalam dompet.

“its ok, I have one ringgit” saya menghulurkan kembali wang baki miliknya bersama-sama dengan business card.
“Owh since you gave to me, I’ll take it” he replied with a big smile

Dia mengucapkan “Terima Kasih” sebelum berlalu meninggalkan saya.
“Sama-sama” balas saya kembali

Saya harap dia gembira
Saya harap isteriya juga gembira dengan pemberian kecil itu.

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Haih dua hari sini, berkali-kali saya jatuh hati.
Jatuh hati pada peribadi-peribadi indah orang yang tidak saya kenal.
Allah tolong jadikan saya seperti mereka juga, boleh?

No comments: