Wednesday, July 29, 2015

Anadolu le mémoire #1



“Wallahi I hate people who make me like this. They touch my bag and thrown me like animal!”

Tersentak saya dari tidur, seriously ini bukan mimpi! Jam sudah hampir 12 tengah malam. Saya sudah keletihan yang teramat sangat dengan perjalanan kami siang tadi. Tetapi pertengkaran malam itu membuatkan mata saya segar kembali.

Lelaki itu juga pelancong seperti kami. Sedari awal ketika di Istanbul lagi dia sudah beberapa kali diminta untuk bertukar seat. Dan kali ini mungkin dia sudah hilang sabar apabila dihalau keluar dari bas tanpa belas. Masih ingat steward yang bertugas memegang jijik jacket lelaki Yaman yang tertinggal di tempat duduknya. Sangat menjengkelkan!

Saat bas kami berlalu pergi, dia masih belum habis bertengkar dengan seorang lelaki tua. Ada beberapa pelancong lain yang melahirkan rasa tidak puas hati atas layanan mereka pada lelaki itu, namun ia seakan tidak diendahkan. Katanya lelaki tersebut tersilap naik bas. Saya sendiri tak pasti bagaimana dia harus meneruskan perjalananya ke Cappadocia kerana kawasan itu hanya perhentian bas kecil yang makin sunyi apabila larut malam.

keesokkan harinya, bas kami tiba di pekan Nashvehir sekitar 7 pagi. Ramai penumpang mulai turun, hanya tinggal beberapa orang pelancong yang akan meneruskan perjalananan ke pekan kecil Gorome. Kami berempat masih lagi bercerita perihal malam semalam. Sangat kasihan mengenang nasib lelaki yang datang dari bumi Yaman itu. Ntah apa nasibnya ditinggalkan di tengah kota asing berseorangan. Moga Allah mudahkan jalannya untuk sampai ke sini juga.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hari kedua di Cappadocia, kami mengikuti green tour yang di tempah melalui travel agen. Seawal pukul 9 pagi kami sudah terpacak dihadapan premis travel agensi tersebut. Nak di jadikan cerita, rupa-rupanya lelaki Yaman yang dihalau kelmarin turut mengikuti tour yang sama. Maka tahu lah kami, bahawasanya dia sudah pun selamat sampai ke Gorome. Lucu macam mana Tuhan mengatur hamba-Nya, tapi dalam hati kami sangat-sangat gembira untuk dia. Mungkin satu perjalanan yang panjang, tapi saya yakin pengalaman itu tak ternilai harganya.

p/s: masih mencari-cari mood untuk mula menulis travelog Turki. Haih kemalasan!

2 comments:

aZie 4eVa said...

Rndunye!
Msh segar kenangan itu. Tp jodoh kuat jmpe byk kali lelaki tu. Haha.

Ijan, sile rajenkn diri buat travelog turki pls. Senang bole jd rujukan nti. Hihi.

norizansyahnan said...

hahhaha mungkin dia tu jodoh azie sebenarnye ahaaa :p