“Wallahi I
hate people who make me like this. They touch my bag and thrown me like animal!”
Tersentak
saya dari tidur, seriously ini bukan mimpi! Jam sudah hampir 12 tengah malam.
Saya sudah keletihan yang teramat sangat dengan perjalanan kami siang tadi.
Tetapi pertengkaran malam itu membuatkan mata saya segar kembali.
Lelaki itu
juga pelancong seperti kami. Sedari awal ketika di Istanbul lagi dia sudah
beberapa kali diminta untuk bertukar seat. Dan kali ini mungkin dia sudah hilang
sabar apabila dihalau keluar dari bas tanpa belas. Masih ingat steward yang
bertugas memegang jijik jacket lelaki Yaman yang tertinggal di tempat duduknya.
Sangat menjengkelkan!
Saat bas
kami berlalu pergi, dia masih belum habis bertengkar dengan seorang lelaki tua.
Ada beberapa pelancong lain yang melahirkan rasa tidak puas hati atas layanan
mereka pada lelaki itu, namun ia seakan tidak diendahkan. Katanya lelaki
tersebut tersilap naik bas. Saya sendiri tak pasti bagaimana dia harus
meneruskan perjalananya ke Cappadocia kerana kawasan itu hanya perhentian bas kecil
yang makin sunyi apabila larut malam.
keesokkan
harinya, bas kami tiba di pekan Nashvehir sekitar 7 pagi. Ramai penumpang
mulai turun, hanya tinggal beberapa orang pelancong yang akan meneruskan
perjalananan ke pekan kecil Gorome. Kami berempat masih lagi bercerita perihal
malam semalam. Sangat kasihan mengenang nasib lelaki yang datang dari bumi
Yaman itu. Ntah apa nasibnya ditinggalkan di tengah kota asing berseorangan.
Moga Allah mudahkan jalannya untuk sampai ke sini juga.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Hari kedua
di Cappadocia, kami mengikuti green tour yang di tempah melalui travel agen.
Seawal pukul 9 pagi kami sudah terpacak dihadapan premis travel agensi tersebut.
Nak di jadikan cerita, rupa-rupanya lelaki Yaman yang dihalau kelmarin turut
mengikuti tour yang sama. Maka tahu lah kami, bahawasanya dia sudah pun selamat
sampai ke Gorome. Lucu macam mana Tuhan mengatur hamba-Nya, tapi dalam hati
kami sangat-sangat gembira untuk dia. Mungkin satu perjalanan yang panjang,
tapi saya yakin pengalaman itu tak ternilai harganya.
p/s: masih
mencari-cari mood untuk mula menulis travelog Turki. Haih kemalasan!
2 comments:
Rndunye!
Msh segar kenangan itu. Tp jodoh kuat jmpe byk kali lelaki tu. Haha.
Ijan, sile rajenkn diri buat travelog turki pls. Senang bole jd rujukan nti. Hihi.
hahhaha mungkin dia tu jodoh azie sebenarnye ahaaa :p
Post a Comment